BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SELAMAT DATANG

Lokasi Online

what you waiting, just click.....

Jumaat, 27 Januari 2012

CeRpEn TiNgKaT 34

KaRyA SiTi JaSmInA IbRaHiM

Sinopsis Cerpen Tingkat 34
Cerpen ini mengisahkan tentang Maria yang hidup dalam penipuan. Maria adalah nama yang telah ditukarkan olehnya. Maria sanggup hilang ahli keluarga demi kepentingan diri sendiri. Namun masalah bermula apabila Sam melamar Maria. Maria tidak pernah menceritakan tentang keadaan dirinya yang sebenar. Kemudian Maria menceritakan kepada rakan baiknya iaitu Sofia. Sofia juga melakukan perkara saya sama seperti Maria Cuma Sofia lebih jujur dan sangat mementingkan kejujuran dalam dirinya. Dia sangat benci dan hina melihat pembohongan yang berlaku. Ketika memberitahu masalah itu kepada Sofia, dia bertanya kepada Maria kenapa Maria tidak pernah berterus terang kepada Sam tentang keadaan dirinya yang tidaklah sebenar yang digambarkan diluarannya. Kemudian pertengkaran berlau di antara Maria dan Sofia. Maria meninggikan suara, manakala Sofia sangat marah dan membenci pembohongan yang telah dilakukan oleh Maria. Disebabkan hal itu mereka tidak bersahabat lagi.


Sehinggalah pada suatu hari Maria ingin berubah. Dia ingin mengambil air sembahyang dan bersembahyang namun dia tidak tahu bagaimana melakukannya. Maria menyesali semua kesilapan yang telah dilakukannya. Maria ingin kembali kepada nama dan diri asalnya iaitu seorang lelaki yang bernama Muhammad Ammar. Sehinggalah pada satu hari Sam datang dengan perasaan marah yang amat sangat. Sam telah mengetahui keadaan diri Maria yang sebenar. Walaupun pada masa tersebut Maria telah berubah sepenuhnya menjadi Muhammad Ammar tapi, disebabkan kemarahan yang membuak-buak menyebabkan Sam hilang akal dan terus menyerang Ammar. Lalu Ammar tertolak kuat sehingga terjatuh daripada pagar korido rumahnya yang berada di tingkat 34 itu. Akhirnya Maria mati dalam keadaan tragik namun dia sudah berubah menjadi Ammar

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gambar 3D

Jemaah Nazir Blog