BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SELAMAT DATANG

Lokasi Online

what you waiting, just click.....

Ahad, 4 Mac 2012

Pendekatan Biografi

Pendekatan Biografi

     Menurut Talib samat (2008) dalam penyelidikannya yang bertajuk ‘Biografi Lapan Orang Pemegang Gelaran Tengku Menteri (Perak) Daripada Keturunan Tengku Menteri Ngah Ibrahim Sejak Abad Ke:19 Hingga Tahun 2006’ menyatakan pendekatan biografi bermaksud 

‘penulisan biografi atau riwayat hidup seseorang tokoh itu ditulis oleh orang lain mengikut kronologi atau perkembangan riwayat hidupnya dari satu fasa kehidupan ke satu fasa kehidupan yang lain. Penelitian kajian menggunakan pendekatan ini bererti seseorang pengkaji memfokuskan perkembangan hidup seseorang tokoh besar atau kecil berasaskan pelbagai sumber rujukan sama ada sumber pertama seperti mewawancara tokoh itu sendiri atau waris-waris keturunan dan sahabat handainya yang masih hidup. Manakala penggunaan sumber kedua bererti meneliti surat-surat peribadi, koleksi ucapannya mahupun artikel-artikel surat khabar, majalah, buku, mikrofilem dan sebagainya yang boleh memberikan maklumat tentang tokoh tersebut untuk menguatkan lagi pentafsiran dan penulisan biografi tokoh tersebut’.



Sebagaimana yang telah dikatakan oleh Talib Samat bahawa dalam melakukan penulisan biografi ini memerlukan pengkaji menggunakan dua sumber. Sumber pertama dan sumber kedua. Meneliti kedua-dua sumber ini dapat membantu pengkaji dalam melakukan kajian terhadap responden beliau. Daripada pemberian makna yang dinyatakan oleh Talib Samat jelaslah bahawa biografi adalah menulis tentang riwayat hidup tokoh tersebut.

Penulisan biografi merupakan suatu latihan untuk mendidik seseorang penulis atau penyelidik menjadi pengkaji,pewawancara, pentafsir karya dan kehidupan pengkarya yany tulin dalam kerjaya seseorang penulis itu sekali gus. Selain itu penulisan biografi ini juga mempunyai beberapa kesulitan dan masalah. Hal ini kerana tidak semua tokoh yang dikaji membenarkan riwayat hidupnya diterbikan atau didedahkan. Masalah lain termasuklah terdapat segelintir tokoh yang kurang member kerjasama dan mereka juga menyembunyikan fakta-fakta tertentu. Dalam keadaan ini pengkaji perlu bersikap penyabar, tahan lasak dan cuba mendekati tokoh tersebut dengan pendekatan psikologi, komunikasi dan hubungan kemanusiaan yang sesuai untuk mencungkil rahsia dan cerita seseorang tokoh tersebut.

Ramlah Adam (1998) dalam tulisan Talib Samat (2008) menyarankan para penulis biografi perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu dan persiapan tertentu sebelum menulis buku biografi. Menurutnya lagi tokoh yang dipilih mestilah bersesuaian, sudah terbukti jasanya kepada bangsa dan negara, bersedia melakukan wawancara, penyelidik bertahun-tahun atau berbulan-bulan untuk mendapatkan fakta sebenar dan bersedia menanggung risiko apabila sesuatu buku itu diterbitkan.

Menurut Kamarudin Hj Husin (1988) dalam menilai karya-karya sastera, riwayat hidup seseorang pengarang itu adalah penting diambil kira. Pengetahuan tentang tentang diri pengarang atau biografinya dapat menolong pengkritik membuat tafsiran ynang lebih bermakna. Menurut beliau lagi penulisan biografi memerlukan sesuatu yang tepat dan benar dan harus ditulis sedemikian rupa supaya apabila dihasilkan ia menjadi sesuatu yang indah, menarik dan tidak menjemukan.

Rene Wellek dan Austin Warren (1995) mengatakan bahawa penulisan biografi dapat dinikmati kerana pengkaji dapat mempelajari hidup pengarang yang jenius, menelusuri perkembangan moral, mental dan intelektualnya yang tentu menarik. Menurut mereka lagi biografi dapat juga dianggap sebagai studi yang sistematik tentang psikologi pengarang dan proses kreatif. Mereka juga mengatakan bahawa terdapart tiga sudut pandangan yang perlu dibezakan dalam penulisan biografi. Sudut pandangan pertama penulisan biografi yang menganggap bahawa biografi menerangkan dan menjelaskan proses penciptaan karya sastera yang sebenarnya. Sudut pandangan kedua mengalihkan pusat perhatian dari karya ke peribadi pengarang. Sudut pandangan yang ketiga ialah memperlakukan biografi sebagai bahan untuk ilmu pengetahuan atau psikologi penciptaan artistik.

Bentuk-bentuk Penulisan Biografi

     Menurut Abdul Latiff Abu Bakar dalam Talib Samat (2008) terdapat tiga jenis bentuk biografi. Biografi pertama adalah biografi tulin yang mengisahkan tentang tokoh secara kronologi dari era kecil hingga dewasa. Seterusnya biografi jenis yang kedua ialah biografi berdasarkan fokus tertentu iaitu dengan mengambil satu aspek atau beberapa aspek sahaja. Kemudian penulisan biografi yang terakir iaitu penulisan biografi yang seimbang diantara huraian riwayat hidup dan kerjayanya.

Penulisan biografi juga mempunyai bentuknya yang tersendiri iaitu sama ada boigrafi, autobiografi dan memoir. Menurut Othman putih (1998) dalam tulisan Talib Samat (2008) menyatakan ketiga-tiga bentuk mempunyai persamaan dan perbezaan. Persamaan ialah penulisnya tertumpu kepada satu tokoh sahaja dan mengikut bidang masing-masing. Manakala berbezaan ketiga-tiga bentuk pula ialah penulisan autobiografi dan memoir menggunakan sudut pandangan orang pertama iaitu aku. Penulisan biografi pula menggunakan sudut pandangan orang ketiga iaitu nama tokoh, dia , mereka dan sebagainya.

Selain itu penulisan biografi juga mempunyai dua ketagori. Pertama iaitu biografi kreatif dan yang kedua biografi deskriptif atau ilmiah. Namun kedua-dua kategori biografi ini menuntut agar pengkaji melakukan kajian lapangan, wawancara, pembacaan dan pemikiran yang mendalam. Penulisan biografi berbentuk kreatif boleh dilihat contohnya seperti nvel sejarah Kanang: Cerita Seorang Pahlawan karya Maznah Noordin. Jika dilihat secara teliti bentuk penulisan ilmiah (kajian) dalam sesebuah biografi sebenarnya lebih menonjolkan keunggulan, ketokohan, kehebatan dan kecemerlangan seseorang tokoh tersebut. Manakala bentuk biografi kreatif pula lebih cenderung menampakkan kesan emosi dan kreativiti semata-mata. Karya biografi berbentuk ilmiah ternyata lebih memperlihatkan kebenaran sejarah, kebenaran cerita, kejelasan fakta dan ketepatan susur galur dan jatuh bangun hidup seseorang tokoh tersebut. Hal ini berbeza dengan karya biografi berbentuk kreatif yang lebih baik memperlihatkan unsur imaginasi, tokok tambah yang berlebihan dan penyimpangan daripada fakta dan sejarah yang sebenar. Keadaan ini berlaku disebabkan sifat kreatif itu sendiri yang mengutamakan unsur-unsur kreativiti, fiksyen dan khayalan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gambar 3D

Jemaah Nazir Blog