BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SELAMAT DATANG

Lokasi Online

what you waiting, just click.....

NoVeL

Sinopsis Novel Jeriji Kasih


Bab 18

Syed Mustafa melawat Taman Fantasi. Taman itu dipenuhi tanaman sayur-sayuran dan pokok anggur serta buah pitaya(buah naga). Syed Mustafa tertarik dengan taman itu. Dia yakin, suatu hari nanti Anuariza akan menjadi kaya-raya daripada hasil Taman Fantasi itu. Syed Mustafa berazam untuk menjadikan impian Anuariza menjadi kenyataan. Dia sudah menyediakan kertas kerja dan telah dimajukan kepada Pegawai Pertanian Daerah Hilir Perak. Taman itu nanti akan menjadi tumpuan pelancong dan penyelidik yang ingin melihat tanaman anggur dan buah naga. Terdapat juga taman mini burung yang boleh dibeli dan dimasak secara terus. Selain itu, terdapat juga restoran ala kampung serta ikan air tawar yang boleh dipancing dan dimasak terus. Terdapat juga galeri lukisan yang menjual hasil lukisan Anuariza.




Bab 17

Syed Mustafa menemui Khusyairi di hospital. Dia bertanyakan khabar Ruhaiza. Dia meminta maaf dan bertanggungjawab atas kesalahan anaknya. Dia sanggup memberikan bantuan yang diperlukan oleh Khusyairi untuk memulihkan Ruhaiza. Doktor Rasyidah yang merawat Ruhaiza, menyatakan bahawa Ruhaiza mengalami gangguan mental dan perlu dipindahkan ke sekolah lain. Syed Mustafa sanggup membiayai perbelanjaan tersebut. Khusyairi tidak setuju kerana bimbang perkara buruk akan berlaku apabila tinggal jauh dari matanya. Syed Mustafa bersedia untuk diambil tindakan demi keadilan. Sebaliknya Khusyairi dan Saliha telah membuat keputusan untuk tidak membawa kes itu ke muka pengadilan. Perbualan mereka terhenti apabila Syarifah Farisya dan Azuera datang untuk melawat Ruhaiza.




Bab 16

Anuariza ke paya mendekut burung uak-uak bersama-sama Syed Mustafa. Syed Mustafa kagum dengan kecekapan Azuariza. Dia kecewa dengan sikap Syed Fariz. Anuariza memberitahu bahawa Syed Fariz berdendam dengan Syed Mustafa disebabkan kematian Jumaimah, Syed Mustafa sampai di rumah selepas jenazah dikebumikan dan Syed Fariz mengetahui hubungan ayahnya dengan Norseha. Syed Mustafa menyatakan bahawa itu adalah salah faham kerana isterinya mengizinkan dia berkahwin lain. Namun selepas itu Syed Mustafa tidak lagi berhubungan dengan Norseha atau pun wanita-wanita lain. Syed Mustafa kini menyedari kesilapan lalu dan ingin menebus kesalahannya.



Bab 15


Syed Mustafa melepaskan geram dengan menampar Syed Fariz sehingga berdarah. Syarifah Farisya yang cuba menghalang tindakan ayahnya terpelanting jatuh. Nek Siah meleraikan kemarahan Syed Mustafa. Syed Mustafa menyalahkan isterinya, Jumaimah kerana terlalu memanjakan anak. Nek Siah menyedarkan Syed Mustafa dengan berkias. Anuariza merawat dan menemani Syed Fariz. Syed Fariz amat marah dan membenci ayahnya. Anuariza menasihatinya. Dia menjelaskan bahawa perbuatan menubuhkan kumpulan haram, melakukan kejahatan, memeras ugut dan mencabul kehormatan wanita merupakan satu kesalahan. Sekiranya tidak dijamin dan masuk penjara, sudah tentu keluarganya akan susah. Anuariza menceritakan keperitan hidup yang dilaluinya. Anuariza berjanji kepada Syed Fariz akan berusaha untuk mengubah sikap Syed Mustafa.





Bab 7

Sudah dua bulan bersekolah di kampung, berbagai-bagai perkara buruk berlaku di sekolah. Hampir seluruh pelajar di sekolah itu mengenalinya. Syed Fariz telah membawa budaya yang buruk di seolahnya. Kerjasama dengan Lily Suriani semakin menjadi-jadi. Syed Fariz dikenali sebagai anak orang berada dan berpengetahuan tinggi sehingga ramai murid yang mengangkat tabik kepadanya. Gejala samseng dan peras ugut semakin berleluasa. Azuera turut mendengar kawan-kawannya bercerita perihal adiknya yang berkelakuan buruk, namun enggan mempercayainya. Ruhaiza menceritakan perkara sebenar kepada Syarifah Farisya. Hal ini menyebabkan Syed Fariz berdendam kepadanya. Syed Fariz bersekongkol dengan beberapa orang kawan untuk mengenakan Ruhaiza. Ruhaiza dipanggil oleh Guru Disiplin ke Bilik Kaunseling dan diminta bercerita tentang perkara sebenar tentang kejadian pergaduhan di belakang kantin sekolah. Ruhaiza dituduh menjadi punca pergaduhan kerana cemburu kepada Lily Suriani yang rapat dengan Syed Fariz. Ruhaiza menafikan tuduhan itu sekeras-kerasnya. Siti Baizurah menceritakan bahawa kejadian pergaduhan itu turut disaksikan oleh pelajar-pelajar lain. Tersebarlah fitnah yang menyatakan bahawa Ruhaiza mencintai Syed Fariz. Hazrul Naim yang menganggotai kumpulan Syed Fariz turut menyebarkan fitnah.

Bab 8
Anuariza mulai bimbang akan perkembangan yang tidak sihat itu. Syed Fariz semakin tidak berminat dalam pelajaran. Anuariza masuk ke dalam bilik Syed Fariz dan terhidu bau yang kurang menyenangkan. Walaupun mengesyaki Syed Fariz menghisap rokok, namun Anuariza tidak menegur hal itu kerana bimbang Syed Fariz akan terasa dirinya dikongkong. Azuera pula tekun belajar setelah memperoleh enam A dan 3 B dalam peperiksaan PMR. Azuera ingin menjejaki kecemerlangan abangnya dalam SPM. Syed Mustafa pula sudah lama tidak pulang ke kampung kerana sibuk dengan urusan pekerjaannya. Anuriza juga meneka bahawa Syed Fariz merindui ayahnya yang sudah lama tidak pulang itu. Anuariza mengajak Syarifah Farisya berbual-bual. Nek Siah meninjau-ninjau cucu-cucunya yang sedang belajar untuk memastikan bahan-bahan keperluan untuk mereka mencukupi dan sama ada mereka betul-betul belajar. Syarifah Farisya memberitahu Anuariza bahawa adiknya merokok. Anuariza menyatakan bahawa dia memang mengetahuinya. Menurut Syarifah Farisya, adiknya itu pernah merokok dan berhenti seketika. Hal itu belum diketahui oleh bapa mereka.


Bab 9
Ruhaiza tidak menghadiri kelas tambahan, sebaliknya dia pergi berjumpa dengan guru kaunseling, iaitu Cikgu Syakinah untuk meluahkan masalahnya. Fitnah tentang dirinya mempunyai perasaan terhadap Syed Fariz telah tersebar. Memang pada mulanya dia cuba mendekati Syed Fariz kerana mengetahui bahawa pelajar itu pintar dan anak orang berada. Mungkin Ruhaiza boleh berkongsi buku-buku pelajaran yang tidak mampu dimilikinya. Dia juga pernah berkunjung ke rumah mereka dan melihat sendiri kekayaan Syed Mustafa. Semua anaknya memiliki komputer dan telefon bimbit seorang satu. Azuera juga berpeluang menggunakan komputer lebihan di bilik bacaan rumah mereka. Cikgu Syakinah mendengar luahan perasaan Ruhaiza dengan penuh minat dan menasihatinya agar bersabar. Ruhaiza amat kesal dengan sikap Cikgu Suhaimi yang menuduhnya tanpa usul periksa. Kisah Syed Fariz yang mempunyai pengaruh juga telah disampaikannya. Kepada Cikgu Syakinah, perbuatan Lily Suriani, tabiat Syed Fariz merokok, menghidu gam, memeras ugut dan kegitan kumpulan mereka di pondok menunggu durian di Tanjung juga dibongkarkan.

Bab10

Syed Mustafa dan Anuariza duduk berbual-bual di rumah Syed Mustafa. Sudah agak lama Syed Mustafa tidak pulang ke kampung kerana urusan pekerjaan. Nek Siah meminta anaknya itu meluangkan sedikit masa untuk mengetahui masalah anak-anaknya, namun Syed Mustafa terpaksa pulang juga ke bandar keesokan harinya. Nek Siah marah dengan sikap anaknya itu yang lebih mengutamakan kerja berbanding keluarganya. Perbualan mereka lebih banyak berkisarkan Syed Fariz yang agak nakal sejak dahulu lagi walaupun emaknya masih hidup. Anuariza mencerita kisah hidupnya yang perit ketika rumah setinggan yang didiami dijilat api. Ayahnya turut terkorban dalam tragedi itu. Kemudian, dengan wang ihsan sebanyak RM500, emaknya membawa Anuariza dan adiknya ke kampung. Dengan bantuan Tuk Syed dan Nek Siah, rumah yang serba daif didirikan di hujung kampung. Dia digelar anak tarzan, anak dagang merempat, dan anak hutan oleh orang-orang kampung. Emaknya juga dihina kerana menjadi janda merempat. Namun begitu, emaknya tetap reda kerana mereka tidak pernah mengganggu sesiapa. Cerita kesusahan itu rupa-rupanya langsung tidak memberi kesan kepada Syed Mustafa. Dia tidak mahu anak-anaknya susah sedemikian, sebab itulah dia bersusah payah mencari nafkah untuk anak-anaknya. Anuariza kecewa kerana tujuan dia bercerita sedemikian ialah agar Syed Mustafa memberi perhatian dan kasih sayang kepada anak-anaknya.

Bab11

Syarifah Farisya dan Syed Fariz tertunggu-tunggu kepulangan bapa mereka yang sudah sebulan tidak pulang. Syed Mustafa sering memungkiri janji untuk pulang, namun sebulan berlalu dia masih sibuk dengan urusannya. Anuariza amat kesal dengan sikapnya itu. Kenakalan Syed Fariz semakin menjadi-jadi. Kegiatan peras ugutnya juga diketahui melalui Syarifah Farisya. Paling membimbangkan, kumpulan jahat berkenaan sudah berani mencuri barang di pasar raya dan meragut. Buktinya, Syarifah Farisya menemukan banyak telefon bimbit di dalam bilik adiknya itu. Solehah juga berpesan kepada Anuariza supaya menengokkan Syed Fariz yang keterlaluan itu. Baginya, mereka tiada harta untuk membalas jasa keluarga Tuk Syed, melainkan dengan budi dan jasa sahaja. Anuariza tidak merujuk kenakalan Syed Fariz kepada ayahnya kerana bimbang anak itu akan dikasari. Anuariza juga mengetahui bahawa Syed Fariz telah dipukul oleh ayahnya kerana pihak sekolah memanggil Syed Fariz yang terlibat dalam penyalahgunaan ubat batuk. Syarifah Farisya juga menceritakan kecurangan ayahnya yang mempunyai hubungan dengan perempuan lain walaupun ketika itu emaknya sedang sakit. Sewaktu menoreh getah dengan ibunya, Anuariza menceritakan perihal keluarga Syed Fariz yang pincang itu. Solehah mengingatkan bahawa pokok-pokok getah yang ditoreh itulah sumber rezeki mereka walaupun ladang getah itu bukan hak mereka. Oleh itu, keluarga Tuk Syed perlu dibantu dengan apa cara sekali pun. Anuariza berjanji akan menunaikan hasrat ibunya itu. Dia terkenang akan perbualannya dengan Syed Mustafa tentang cita-cita dan impiannya selepas mendapat keputusan STPM. Dia juga teringatkan kecekalan ayahnya membawanya ke bandar dengan berjalan kaki semata-mata untuk membeli baju Superman.

Bab12

Nek Siah telah dipanggil ke sekolah untuk berjumpa dengan Cikgu Suhaimi dan Cikgu Borhan. Cikgu Borhan selaku guru kelas menunjukkan buku kedatangan cucunya yang mencatatkan bahawa Syed Fariz sudah lama tidak ke sekolah. Syarifah Farisya telah memaklumkan bahawa ayahnya berada di Kuala Lumpur. Lantaran itulah Nek Siah dipanggil selaku penjaganya yang sah. Dengan perasaan serba salah Cikgu Borhan terpaksa melaporkan hal cucunya itu walaupun mengetahui kewibawaan Nek Siah, isteri bekas guru besar yang pernah menerima gelaran tokoh guru. Cikgu Borhan juga melaporkan perbuatan Syed Fariz yang ponteng sekolah dan melarikan diri melalui jalan belakang ketika guru sedang mengajar. Nek Siah begitu sedih, hiba, malu dan kesal dengan peristiwa itu. Dahulu, dia pernah dipuji kerana kecemerlangan Anuariza dalam pelajaran, kini cucunya sendiri telah menconteng arang ke mukanya. Nek Siah berjanji akan berikhtiar akan menasihati cucunya. Dadanya juga berombak marah kepada Syed Mustafa yang gagal dalam mendidik anak. Seperti biasa, Solehah menghantar sedikit juadah kepada Nek Siah. Nek Siah termenung memikirkan cucunya yang bermasalah itu. Nek Siah melepaskan kepiluannya dengan sikap Syarifah Farisya yang gemar merajuk dan Syed Fariz yang liar. Bagi Nek Siah, Syed Mustafa sengaja menghantar bala kepadanya.



Bab13

Anuariza ke rumah Nek Siah walaupun hari sudah malam, tetapi sejak Syed Fariz ditangkap polis, dia turut berkongsi kesedihan keluarga angkatnya itu. Nek Siah dan Syarifah Farisya menangis mengenangkan Syed Fariz yang telah ditangkap polis. Nek Siah akan ke balai polis untuk menjamin cucunya itu. Syarifah Farisya teringat akan adiknya yang berada di dalam lokap. Azuera tidak berani bersuara, melainkan hanya mampu mengusap badan sahabatnya itu. Anuariza memujuk Syarifah Farisya yang cuba membayangkan keadaan buruk di lokap yang serba kesusahan. Syarifah Farisya tidak percaya bahawa adiknya melakukan kesalahan yang berat. Anuariza memujuk lagi dengan mengatakan bahawa Syed Fariz baru sahaja ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes rogol. Tangkapan itu bertujuan untuk proses siasatan belum lagi terbukti bersalah. Kelas tuisyen terpaksa dibatalkan. Ruhaiza yang menjadi mangsa pula dikawal ketat oleh pihak hospital. Tidak ada sesiapa yang dibenarkan melawat melainkan ibu bapanya sahaja. Nek Siah amat terharu mengenangkan kebaikan Anuariza yang menjadi penenang kepada empat orang wanita yang tertekan. Nek Siah menyuruh Anuariza menghubungi Syed Mustafa tetapi dia gagal dihubungi. Nek Siah begitu marah akan sikap anaknya yang tidak mengenal siang atau malam. Nek Siah terlepas cakap apabila mengatakan alangkah baik jika Syed Mustafa berkahwin lain, Syarifah Farisya berjauh hati dan meluru naik ke biliknya. Azuera pula diminta masuk menemai Syarifah Farisya di biliknya.

Bab14

Khusairi dijemput oleh Anuariza untuk berbincang tentang Ruhaiza di rumah Nek Siah. Dia cuba mengawal perasaan marahnya. Nek Siah meminta maaf atas perbuatan cucunya terhadap Ruhaiza. Nek Siah amat menyesali tindakan Syed Mustafa dalam mendidik anaknya sehingga menjadi liar. Solehah turut bertanya khabar Liah isteri Khusairi yang sering menangis. Khusairi turut memberitahu keadaan Ruhaiza yang sering meraung seperti orang hilang akal. Ruhaiza yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi telah dipindahkan ke wad biasa. Apabila Nek Siah menyatakan tentang takdir, Khusairi melenting dan menyalahkan orang kaya seperti mereka yang mencipta takdir buruk kepada orang lain. Baginya, simpati sahaja tidak akan mengembalikan maruah anaknya yang telah hilang. Solehah menyuruh Khusairi bersabar dan berhenti melenting kerana perbuatan itu tidak akan menyelesaikan masalah. Nek Siah berjanji tidak akan bersikap lepas tangan. Mungkin wang ringgit tidak akan mengembalikan maruah Ruhaiza, tetapi dia menjanjikan keselesaan Ruhaiza dalam mendapatkan rawatan terbaik. Nek Siah akan melawat Ruhaiza keesokan harinya dan memindahkan Ruhaiza ke wad kelas pertama. Khusairi menolak dengan egonya dengan mengatakan bahawa keluarga mereka bukan pengemis. Nek Siah terus memujuk Khusairi untuk membuang egonya demi Ruhaiza. Solehah juga berjanji akan menjaga anak-anak Saliah di rumah sementara Saliah menjaga Ruhaiza di hospital.
Bab1

Anuariza amat bersyukur kerana mendapat seorang ibu yang sangat menyayanginya, iaitu Solehah. Walaupun mereka sekeluarga hidup dalam kemiskinan, namun mereka dilimpahi kasih sayang dan kebahagiaan yang tidak pernah surut. Anuariza terpaksa bekerja mencari rezeki buat menampung keperluan keluarganya dengan menoreh getah dan mencari buah-buah kayu seperti asam kelubi di hutan paya yang penuh dengan bahaya. Adiknya Azuera melarangnya keluar ke hutan pada hari itu memandangkan hujan baru sahaja turun dan kemungkinan banyak haiwan liar berkeliaran mencari mangsa. Solehah tetap membantah dan tidak membenarkannya pergi ke kawasan itu. Anuariza mencari rezeki dengan mencari asam kelubi yang kemudian akan dijual kepada Ah Chong, satu-satunya peraih di kampung itu yang sering menawarkan harga yang tinggi untuk buah-buah kelubinya. Nek Siah pula merupakan jiran mereka yang sering membantu keluarga Solehah yang sering dalam kesusahan. Nek Siah datang untuk menjemput mereka sekeluarga ke majlis kenduri di rumahnya juga melarang Anuariza ke situ. Nek Siah menyuruh Anuariza pergi ke rumahnya bagi membantu mereka yang akan mengadakan kenduri naik rumah dan tahlil.

Bab2

Anuariza tiada jalan lain kecuali terpaksa bersetuju dengan permintaan Syed Mustafa untuk memberi kelas tuisyen kepada anaknya Syed Fariz sementara menanti keputusan STPM diumumkan. Syed Mustafa mempunyai seorang anak perempuan iaitu Syarifah Farisya yang merupakan abang Syed Fariz. Mereka anak beranak bertungkus lumus membantu keluarga Nek Siah menguruskan kenduri tersebut. Azuera kelihatan begitu cekap dengan kerja-kerjanya membasuh pinggan mangkuk, membungkus makanan untuk jiran dan menghidangkan makanan pencuci mulut manakala Syarifah Farisya sedikit kekok. Anuariza disuruh mengajar anak Syed Mustafa keesokan harinya, namun Anuariza meminta ditangguhkan sehari kerana dia bercadang untuk keluar hutan bagi memungut asam kelubi. Apabila mendengar tentang asam kelubi, Syed Mustafa menceritakan pengalamannya dahulu ketika usia remaja. Dia turut mencari asam kelubi, buah ketiau, dan buah perah bersama-sama kawannya di hutan, tetapi untuk sekadar suka-suka sahaja. Dia pernah terdengar cadangan Menteri Besar Perak untuk mengkomersialkan buah-buah kayu tersebut tetapi cadangan itu senyap begitu sahaja. Setelah larut malam dan rancak bercerita, keluarga Anuariza memohon izin untuk pulang.

Bab3

Anuariza pergi ke hutan untuk mengambil buah asam kelubi yang disorok di situ dua hari lepas kerana hujan lebat. Anuariza ditemani oleh Syed Mustafa atau Pak Syed. Pak Syed gembira melihat kecekalan dan kesungguhan Anuariza namun sedikit sebanyak dia melihat Anuariza seperti dirinya sendiri. Pak syed menceritakan kepada Anuariza, bahawa dia pernah membuat kerja sebegitu pada masa dahulu, tetapi hanya sekadar untuk suka-suka, berbanding dengan Anuariza yang mahu menyara keluarganya. Anuariza pernah diketawakan dan diejek sebagai SI BONGKOK sewaktu dia berkaki ayam menghendap di belakang sekolah kerana mahu belajar, selama berbelas tahun dahulu membuatkan dirinya tersisih daripada orang. Dia juga pernah melihat ibunya dimalukan hanya kerana dituduh memikat suami orang. Sejak itu dia bertekad untuk hidup bersendirian tanpa mempedulikan orang lain. Pak syed amat bangga dengan kecekalan Anuariza dalam menyara keluarganya walaupun Anuariza hanya sekadar anak angkat kepada Solehah. Anuariza pernah tinggal di Kuala Lumpur tapi selepas ayah angkatnya meninggal dunia, mereka terus tinggal di kampung. Pak syed bertanya kepada Anuariza, kenapa ibunya tidak kahwin lagi. Anuariza menyatakan bahawa ibunya tidak mahu ada orang lain antara mereka.Mereka mengharungi anak paya yang airnya separas pinggang, tetapi mereka perlu berhati-hati mungkin ada haiwan berbisa. Pak syed memberi cadangan supaya buah-buah ini dikomersilkan. Anuariza berhasrat untuk menanam buah-buah sesebigu di ladang. Harga buah kabung tinggi di pasaran. Di bandar buah kabung menjadi makanan pencuci mulut di hotel.Pak syed mengingatkan Anuariza bahawa dulu ada orang kampung pernah dibaham harimau. Anuariza pernah terserempak dengan harimau, tetapi dengan membaca ayat kursi dan surah al ikhlas Allah menutup pandangan raja rimba tersebut. Seterusnya mereka bercerita tentang agama yang berkaitan dengan ajaran sesat.

Bab4

Anuariza memulakan tugasnya sebagai guru tuisyen di rumah Syed Mustafa. Syed Mustafa sudah membayar gajinya untuk bulan pertama, tetapi Anuariza menolak wang itu. Syed Mustafa tetap berkeras memaksa Anuariza mengambil wang tersebut. Hari pertama dia pergi ke situ Syed Fariz langsung tidak turun belajar. Syed Fariz memang tidak berminat dalam pelajaran. Anuariza meminta kebenaran Syed Mustafa untuk berbual di dalam bilik Syed Fariz. Ketika Anuariza berada di dalam bilik Syed fariz, Anuariza minta Syed Fariz menceritakan masalahnya. Syed Fariz berkata bahawa dia tak suka tinggal di kampung kerana di kampung tiada apa yang boleh dibuat dan membosankan. .Anuariza pun turut menyokong bahawa di kampung ini sangat membosankan, tetapi itu dahulu, kerana dahulu Anuariza tinggal di Kuala Lumpur. Setelah Anuariza tinggal di kampug Anuriza sangat tenang. Syed Fariz turut menceritakan bahawa dia sangat benci pada ayahnya, yang menjadi punca ibunya mati. Setelah hampir dua jam berada di dalam bilik Syed Fariz, Anuariza pun meminta diri untuk pulang. Dia telah berjanji untuk membawa Syed Fariz ke sungai untuk menyedut udara segar di samping menenangkan fikiran. Pada malam itu Anuariza amat sukar untuk memejamkan matanya walaupun tubuhnya begitu letih. Anuariza masih terkenangkan perbualanya dengan Syed Fariz, Syed Fariz sangat membenci ayahnya. Menurut Syed Fariz, ayahnya jarang berada di rumah serta mementingkan pekerjaan daripada keluarga. Tuduhan Syed Fariz pada ayahnya sangat kejam. Peristiwa ditinggalkan ayah dan ibunya, kembali menyemak dalam fikiranya. Anuariza teringat akan buah kabung yang dibakarnya petang tadi bersama Syed Mustafa. Anuariza mencapai lampu gasolin, digoncang untuk memastikan kandungan minyak tanah di dalamnya.Mancis digunakan untuk menyalakan api,angin diisi dengan mengepam beberapa kali. Gelap bertukar terang,dia bersedia untuk turun ke bawah. Buah kabung yang masih bertangkai dan masih suam-suam kuku di dalam bakul rotan, dilonggok di atas tikar Anuariza bersila kemas dengan ditemani Solehan. Anuariza bergurau senda dan menyatakan bahawa dia amat takut jika gagal dalam STPM. Solehah menyakinkan Anuariza bahawa dia akan memperoleh keputusan cemerlang setelah berusaha bersungguh-sungguh.

Bab5

Azuera, Syed Fariz, Anuariza dan Syarifah Farisya telah berkunjung ke sebatang sungai di hujung kampung mereka untuk menyaksikan keindahan sungai tersebut. Azuera dan Syarifah Farisya bermain air di sungai manakala Anuariza asyik melukis pemandangan di sungai itu. Syed Faris seperti biasa mempamerkan sikap tidak senangnya dengan perubahan mendadak yang dilaluinya di kampung itu. Syarifah Farisya membandingkan keindahan sungai di situ yang amat berbeza denga keadaan sungai di bandar yang amat kotor dan tercemar. Azuera bercerita kepada Syarifah Farisya bahawa mereka sekeluarga pernah tinggal di tepi sungai itu sebelum itu. Oleh sebab rumah mereka pernah dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut, keluarga mereka dipelawa tinggal bersebelahan dengan rumah Nek Siah. Azuera juga bercerita tentang hobi Anuariza yang gemar melukis, malah lukisan pemandangan di biliknya juga dilukis oleh Anuariza. Lukisan di dinding sekolah mereka merupakan buah tangannya juga sebelum meninggalkan sekolah. Syarifah Farisya mulai teruja dengan pelukis lukisan pemandangan di biliknya dan mulai menyimpan perasaan.

Bab6
Selepas cuti panjang, seperti biasa Syed Fariz dan Syarifah Farisya berbasikal ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Muzaffar Shah, Lambor Kanan seawal 6.45 pagi. Syarifah Farisya membandingkan keadaan mereka yang selesa ketika bersekolah di bandar dahulu.Sewaktu ibu mereka masih hidup, mereka dihantar ke sekolah menaiki kereta berhawa dingin, sedangkan di kampung mereka terpaksa berbasikal seperti pelajar-pelajar lain. Di sekolah, Azuera memperkenalkan Syed Fariz dan Syarifah Farisya kepada guru-guru dan rakan-rakannya. Syed Fariz dimasukkan ke kelas 3 Bestari. Selepas waktu rehat, cikgu Borhan yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia mendapati Syed Fariz tiada di dalam kelas. Cikgu Borhan bertanya ke[ada Azizul Hafis yang duduk di sebelahnya. Cikgu Borhan menyuruh Azizul Hafis mencarinya di sekitar sekolah tetapi tidak ditemui. Syarifah Farisya mulai risaukan adiknya yang mungkin kembali berkelakuan buruk seperti dahulu. Di rumah, Syarifah mencari-cari adiknya tetapi juga tiada. Apabila Nek Siah melihat Syarifah Farisya memasuki bilik adiknya, Syarifah Farisya memberi alasan dia ingin mengambil buku dan mengatakan adiknya belum pulang dari sekolah. Nek Siah mengajaknya makan, namun Syarifah Farisya belum mahu makan dan akan makan setelah lapar nanti.


Watak

Tokoh dalam cerita atau pendukung atau pelakon yang memainkan peranan bagi menggerakkan atau menghidupkan sesebuah cerita dalam sesebuah cerita.

Perwatakan
Perihal atau pemerian watak dalam karya.  Sifat luaran dan dalaman watak.

ANUARIZA
BAB 4
  1. Seorang guru tuisyen
  2. Bersikap matang
  3. Bersikap rasional
BAB 5
  1. Berlesung pipit
  2. Penyabar
  3. Berminat dan berbakat dalam melukis
SYED FARIZ
BAB 4
  1. Tidak minat belajar
  2. Pendendam dan memberontak
BAB 6
  1. Seorang yang suka mendiamkan diri dan bermuka masam
  2. Sombong dan suka memandang rendah orang lain
  3. Sering ponteng sekolah dan menghisap rokok
SYARIFAH FARISYA
BAB 5
  1. Mudah mesra
  2. Peramah
  3. Suka bergurau
  4. Minat melihat hasil lukisan
BAB 6
  1. Seorang yang ceria
  2. Berbasikal ke sekolah
  3. Pandai menyimpan rahsia

CIKGU BORHAN
BAB 6
  1. Guru kelas tingkatan 3 Bestari.
  2. Mengajar Bahasa Malaysia.
  3. Suka berjenaka
AZIZUL HAFIS
BAB 6
  1. Duduk di sebelah meja Syed Fariz
  2. Suka berjenaka
  3. Mendapat gelaran Saiful Apek
RUHAIZA
BAB 6
  1. Rakan sekelas Syed Fariz
  2. Bersahabat dengan Azuera
  3. Meminati Syed Fariz.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gambar 3D

Jemaah Nazir Blog