BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SELAMAT DATANG

Lokasi Online

what you waiting, just click.....

Rabu, 25 Januari 2012

CeRpEn KhaBaR DaRi JeNdeLa OmaK

KaRyA SiTi JaSmInA IbRaHiM

Sinopsis Cerpen Khabar Dari Jendela Omak
Cerpen ini mengisahkan tentang seorang ibu yang menanti kepulangan dua orang anak lelakinya. Cerpen ini berlatar belakangkan masyarakat negeri sembilan yang masih mengamalkan adat perpatih. Cerita bermula apabila kedua anak lelakinya iaitu Ashraf dan Haziq mula mempersoalkan tentang pemilikan harta dalam adat pepatih. Ashraf dan Haziq menginginkan harta keluarga mereka dibahagikan sama rata kepada mereka semua. Namun ibunya tidak membenarkan keadaan itu berlaku. Ibunya sangat berpegang pada adat perpatih yang lebih mengutamakan kepada anak perempuan. Walaupun dengan nasihat daripada ibu, mereka tetap tidak mengendahkannya. Kemudian mereka berdua telah keluar daripada rumah dan berhijrah ke luar kampung.


Semua peristiwa ini berlaku pada 15 tahun lepas. Kini ibu hanya diam dan mengenang kembali masa silam itu. Kebiasannya ibu akan termenung di jendela ketiga di ruang tamu. Jendela itu adalah jendela tempat kegemaran anak-anaknya. Kini ibu tinggal bersama Laila anak perempuannya yang mengalami kecacatan fizikal. Namun pada suatu hari ketika ibu dan Laila sedang manjamu makanan tengahari di jendela ke tiga, Tok Ngah datang dan memberitahu bahawa anaknya akan balik hujung minggu ni daripada negera Berunei. Bukan itu sahaja Tok Ngah memberitahu bahawa Ashraf juga akan balik kerana dia sekarang telah menjadi seorang ahli perniagaan berjaya di Brunei. Begitu juga Haziq yang akan balik sama, dia sekarang mengajar tentang adat dan budaya di sekolah seni di Kuala Lumpur. Ibu menangis dan sangat berharap dapat bertemu kedua-dua puteranya hujung minggu nanti.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gambar 3D

Jemaah Nazir Blog