BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SELAMAT DATANG

Lokasi Online

what you waiting, just click.....

Tahukah Anda ?



Noordin Hassan
Pengenalan
Noordin Hassan merupakan saterawan Negara yang terkenal dalam bidang drama. Ketokohan ia dapat dilihat daripada penghasilan skrip drama dan cereka untuk siaran radio dan televisyen. Beliau menerima Anugerah Sasterawan Negara pada 18 Disember 1993. Beliau dilahirkan pada 18 Januari 1929 di Jalan Hatin George Town, Pulau Pinang. Pengalaman hidupnya sendiri penuh dengan peristiwa-perisrtiwa dramatik. Noordin Hassan menjelaskan bahawa segala peristiwa yang menyelubungi suasana kelahirannya ke dunia amat dramatic sekali sehingga ibunya yang kesakitan untuk melahirkannya, bapanya dalam hujan lebat berbasikal untuk pulang terpaksa berpatah balik kerana lampu pada kereta berhias yang dipasangnya telah padam dan ini dilakukannya dalam hujan yang mencurah-curah. Beliau juga menghadapi risiko dipukul oleh orang Cina yang betul-betul marah akibat insiden itu yang menurut Noordin Hassan “Dalam Hujan Bapa Berpeluh”. Beliau memulakn persekolahan di Sekolah Melayu Perak Road. Pulau Pinang. Setelah itu melanjutkan pelajaran di Sekolah Inggeris Francis Light, Pulau Pinang. Setelah zaman kekalahan Jepun, beliau terus melanjutkan pelajaran di Penang Free School pada tahun 1945-1950 sehingga beliau memperoleh School Certificate. Pada tahun 1952, ia dihantar untuk mengikuti kursus perguruan di Teachers Training College di Kirkby College, United Kingdom untuk persiapan menjadi guru terlatih. Pada tahun 1962 pula, beliau terus melanjutkan pelajaran di Universiti London dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris. Penglibatanya dalam bidan Kesusasteraan tertumpu dalam bidang drama.Apabila beliau kembali ke tanah air dan mengajar di sekolah Sultanah Asma, Alor Setar dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar dari tahun 1953 sehingga 1958, sumbangan konkritnya dalam bidang drama pun bermula dengan penbghasilan dua buah drama. Drama pertamanya berjudul “Tak Kunjuung Kembali”. Manakala sebuah lagi drama ditulis dengan judul “Surai Cambai” (1954). Kedua-duanya telah Berjaya dipentaskan oleh pelajar-pelajar Sekolah menengah Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.


Kegiatan Penulisan dan Pementasan Drama.
Kegiatan dalam penulisan dan pementasan drama menjadi lebih rancak dan hebat semasa beliau bertugas sebagai pensyarah di maktab-maktab perguruan tanah air seperti Pusat Latihan Harian (DTC) Alor Setar . dari tahun 1959 sehingga 1967, beliau menghasilkan tujuh buah karya lagi. Tiga daripadanya dihasilkan sebelum beliau berangkat ke Universiti London untuk mengikuti kursus pengajaran tarian. Panel Anugerah Sasterawan Negara mengatakan bahawa Noordin Hassan telah menghasilkan lima drama iaiitu “Pucuk Pisang, Bunga Tanjung (1964), “Mas Merah (1965). “Panji Semirang (1967) sekembalinya dari London, kesemuanya telah dijayakan pementasannya oleh guru-guru pelatih Pusat Latihan Harian Alor Setar. Semasa bertugas di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim Perak, dari tahun 1968 hingga 1975, beliau mempergiatkan dn mempertingkatkan usahanya sehingga terhasillah drama-drama yang terpenting dan bernilai tinggi yang dapat meletakkan dirinya sebagai pelopor teater moden di Malaysia. Hal ini terbukti daripada kejayaan menghasilkan teater awalnya yang berjudul “Bukan Lalang Ditiup Angin” yang dihasilkan pada tahun 1970. Teater ini ditulis sesudah tragedy 13 Mei 1969. Karya ini telah mengejutkan khalayak sandiwara dan drama konvesional tanah air daan member kesan pengaruh yang begitu besar. Pementasannya yang pertama di Tanjong Malim terpaksa berpindah pula ke Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur untuk pementasannya kali kedua.Malahan pada tahun yang sama , drama tersebut dipentaskan sekali lagi di kompleks Budaya Negara Kuala Lumpur disiarkan oleh RTM. Selain itu turut diterbitkan dalam majalah Dewan Sastera . selama beliau berada di Tanjong Malim, beliau menghasilkan tiga buah drama yang berjudul “Mendengar Tupai Membaca Kitab (1971) . pada tahun 1972 pula beliau telah mengikuti kursus pengajian bahasa di Regional English Language Centre (RELC) di Singapura. Dengan kejayaan ini, selepas mengikuti kursus pengajian bahasa di RELC, Singapura, beliau semakin bersemangat untuk bekarya sehingga menghasilkan drama-drama “Tiang Seri Tegak Berlima” dan Pintu (1971). Kejayaan terus meningkat pada tahun 1976 apabila ia berkesempatan untuk mengikuti kursus drama dalam Pendidikan di Universiti Newcastle, England. Semasa berada disitu, beliau bukan sahaja menghabiskan masa dengan drama, tetapi jug menaakul untuk mencari dasar falsafah penciptaan drama yang lebih murni dan utuh. Atas dasar falsafah inilah ia diberi kepercayaan untuk menuliskan pantomin bagi musabaqah membaca Al-quran peringkat antarabangsa selama sepuluh tahun iaitu dari tahun 1976 sehingga 1985. Penulisan sepuluh tahun pantomin ini secara tidak sedar telah memberikan warna dan dasar falsafah penulisanya tadi kepada drama-drama ia yang terkemudian, yang diistilahkannya sebagai “Teater Fitrah”. Pada tahun 1976, beliau bertugas di Maktab Perguruan Persekutuan, Gelugor, Pulau Pinang. Pada tahun 1987 pula beliau mementaskan “Don’t Kill The Butterflies dan “The Journey”. Kedua-dua drama ini dijayakan oleh guru-guru pelatih Maktab Perguruan Persekutuan Gelugor.
Kejayaan
Pada tahun 1962, beliau telah menerima anugerah drama terbaik untuk karyanya “Hujan panas Di Bumi Melaka” dalam Pesta Kesenian Pulau Pinang. Dramanya “Bukan Lalang Ditiup Angin” menerima Hadiah Karya Sastera 1971.  Dalam Pestarama Drama Maktab-maktab Perguruan Peringkat Kebangsaan 1974 dramanya “Tiang Seri Tegak Berlima” meraih anugerah skrip dan pengarah terbaik. Manakala drama-drama “Anak Tanjung” dan “Peran” telah memenangi Hadiah Sastera Malaysia untuk tahun 1986/87 dan 1990/91. Lebih penting daripada itu ialah sumbangan-sumbangannya dalam bidang drama telah mendapat pengiktirafan, baik pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Ini terbukti melalui anugerah lain yang diterimanya iaitu pingat Ahli Mangku Negara (AMN) tahun 1979, S.E.A. Write Award pada tahun 1987 dan anugerah Anak Tanjung oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1992. Berdasarkan inilah beliau telah diperakukan untuk layak pula menerima Anugerah Sastera Negara iaitu anugerah tertinggi Kerajaaan Malaysia untuk bidang Kesusasteraan bagi tahun 1993.
Bakat Drama Noordin Hassan
Drama jelas sekali merupakan seni yang dibantu oleh kekayaaan seni-seni lain seperti seni bina, seni muzik, tarian, nyanyian, kostum dan sebagainya. Perbandingan boleh dibuat antara drama dengan seni bina. Apabila membincangkan sesuatu bangunan yang menunjukkan seni yng luar biasa, semestinya tidak dinamakan si pengatur bata atau si tukang cat. Hanya arkitek yang dianggap mustahak dalam penciptaan bangunan itu. Daripada sudut kepentingan peranan, dramatis sama dengan arkitek.Daya imaginasi visual diperlukan untuk mengkonsepkan daan menjelmakan drama di atas pentas. Noordin Hassan menunjukkan imaginasi visual ini baik dalam karya dramanya mahupun dalam pengarahannya sepanjang kerjaya kreatifnya. Daya imaginasi Noordin Hassan harus terdapat pada setiap dramatis yang serius. Jika tidak, drama yang dihasilkannya merupakan kerangka dan bukan drama. Dalam drama, salah satu penyertaan yang paling awal menyerikan sikap sedar kendiri itu ialah “Bukan Lalang Ditiup Angin” (1970) ciptaan Noordin Hassan. Drama itu menghidupkan kembali beberapa amalan dan imej tradisi yang hampir disingkirkan daripada pentas semasa seperti puisi lama, nyanyian boria, komedi bangsawan, tarian dan pengalaman impian. Lama sebelum tahun 1969, beliau kecewa dengan kemunculan drama realistik atau drama moden yang mempengaruhi oleh cara berdrama kebaratan. Ianya tetap mmegang zaman kanak-kanak yang indah mengenai permainan bangsawan dan juga boria.
Pemikiran Dan Falsafah Noordin Hassan.
Noordin Hassan tidak memilih drama absurd falsafah realism atau pemikiran Aristotle serta  persoalan kemasyarakatan semata-mata dalam membentuk falsafah dan juga persoalan drama/teaternya. Disinilah terletaknya keistimewaan Noordin Hassan yang secara komphrensif mengemukakan sesuatu yang berlandaska kepada Islam Melayu dan Timur, dan mengemukakan cirri-ciri dan nilai ke dalam drama serta teater melayu moden ciptaannya semasa drama lain dalam dekad-dekad tersebut cuba mencari sifat dan cirinya yang tersendiri. Dalam pada itu, apabila menyedari dengan mendalam bahawa memperkatakan Melayu itu tidak mungkin sempurna tanpa memperkatakan nilai-nilai dalaman islam, maka Noordin Hassan yang terdidik di kampung dan di dalam persekitaran tradisi serta kemudiannya giat menambahkan ilmu pengetahuan semasa menuntut di maktab dan semasa mengajar sebagai guru, turut memperkatakan islam dengan cara dan pemikiran yang matang.Sesuatu yang menarik bagi beliau ialah ia bukan sahaja memikirkan nilai-nilai Islam yang bersifat luaran dan berbentuk dakwah dengan menggunakan slogan semata-mata tetapi juga dengan daya intelektualnya yang tinggi. Beliau Berjaya menimbulkan dan mnghidupkan aspek-aspek dalaman agama islam yang menjadi asas kepada pemikiran dan falsafah Melayu sepertimana yang terdapat di dalam ajaran tasawuf yang suci menjadi intipati pemikiran islam dan Melayu di alam Melayu sejak abad ke-13 atau lebih awal lagi. Beliau menulis drama moden tetapi drama hasil penulisannya tidak terputus dripada akar umbi budaya Melayu. Ini bukan sahaja jelas terdapat di dalam latar, nyanyian bentuk pengucapan dan plot tetapi yang lebih penting lagi adalah daripada aspek akliah yang merumuskan dunia pemikiran, falsafah, kepercayaan dan aqidah yang mewakili masyarakat islam dan melayu. Di dalam karya Noordin Hassan terdapat banyak alam. Ini jelas menuruti konsep alam di dalam agama-agama serta kepercayaan tradisi bangsa Melayu yang terbayang di dalam hikayat mahupun kitab. Alam merupakan satu hakikat realiti yang berlainan antara satu lapisan dengan lapisan yang lain. Walaupun berlapisan tetapi kesemua peringkat alam mini sentiasa berkaitan di antara satu dengan yang lain . alam kudus dan alam rendah berinteraksi dan masing-masing membuka kepada realiti yang berlainan apabila masa dan ruangnya berperanan di dalam kehidupan atau diri. Watak-watak yang  dikemukakan oleh Noordin juga bukan merupakan watak-watak biasa yang bersifat horizontal dan sekular sepenuhnya sepertimana yang biasa dikemukakan oleh tokoh drama tanah air. Secara keseluruhannya atau kesimpulannya, Noordin Hassan telah memberikan sumbangan yang sangat bermakna terhadap teater moden di Malaysia sejak tahun 1970. Sumbangan beliau telah menjangkau lebih dari dua dekad ini telah mewujudkan deretan karya yang bermutu serta memperlihatkan iltizam seorang insane teater yang prihatin lagi prolitik. Hal ini tidak hairanlah jika dikatakan teater Melayu moden menjadi lebih mantap dengan kehadiran drama-drama Noordin Hassan.

Sasterawan Negara ke-6
MUHAMMAD HAJI SALLEH
Latar Belakang
 Muhammad Haji Salleh merupakan  seorang sasterawan negara yang  telah menggilap bakatnya sejak tahun1960-an lagi. Muhammad Haji Salleh telah menerima  anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1991.  Tokoh yang tidak asing lagi ini dilahirkan pada 26 Mac 1942 di Trong, sebuah perkampungan Melayu tradisi di daerah Taiping, Perak. Beliau mendapat pendidikan  awal di High School Bukit Mertajam dan Makhtab Melayu Kuala Kangsar. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Singapura dan memperolehi  Ijazah Sarjana  Muda Sastera.  Pada tahun 1970, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan pada tahun 1973, beliau memperolehi Ph.D dari Universiti Michigan Amerika Syarikat.  Beliau pernah juga dilantik sebagai Profesor Tamu di bawah rancangan Fulbright-Hays dan mengajar di North Carolina State University , Amerika Syarikat.Kini beliau bertugas sebagai pensyarah di Universiti Sains  Malaysia. Pada tahun 1978, beliau dilantik sebagai Profesor Kesusasteraan.  Berdasarkan latar belakangnya, ternyata Muhammad Haji Salleh seorang yang mempelajari bidang kesusasteraan bersasaskan pandangan intelektual. Oleh itu beberapa orang tokoh-tokoh yang berkecimpung dalam dunia kritikan seperti Sohaimi Abdul Aziz, Anwar Ridwan serta Mana Sikana berpendapat bahawa Muhammad Haji Salleh adalah seorang tokoh yang juga merupakan seorang pemikir dan juga pencari yang tidak jemu-jemu merantau untuk mendalami bidang kesusasteraan di seluruh pelosok dunia.Sebagai penyair yang menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris, Muhammad mempunyai kekuatan bahasa yang dapat dan mampu menterjemahkan puisi-puisi Melayu ke dalam bahasa Inggeris. Beliau adalah salah seorang penterjemah kesusasteraan yang penting yang telah banyak menterjemah puisi Melayu ke dalam bahasa Inggeris. Malah beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia dari tahun 1978 hingga tahun 1982. Dan kerana kegiatan kreatif dan ilmunya dalam kajian kesusasteraan, beliau pernah menjadi sidang editor jurnal Tenggara, anggota Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, dan anggota Panel Anugerah Sastera Negara. Dalam banyak pertemuan penulis yang dihadirinya dan kertas-kertas kerja yang dibentangkannya, Muhammad banyak sekali memberikan perhatian tentang teori-teori sastera dalam hubungannya dengan kesusasteraan Melayu.
Sumbangan / Hasil karya

Muhammad mula menulis sajak dalam bahasa Malaysia dan inggeris sejak tahun 1963. Sajak-sajaknya dalam bahasa inggeris pernah tersiar dalam majalah terbitan Malaysia, singapura, Australia, England dan amerika syarikat. Manakala sajak-sajaknya dalam bahasa Malaysia diterbitkan di Malaysia dan Indonesia. Selain dari menulis sajak beliau juga banyak membuat terjemahan dari kedua bahasa ini. Sajaknya dalam buku “Perjalanan si Tenggang” adalah karya hasil dari pendepanan penyair dan kebudayaannya dan juga kebudayaan lain yang pernah ditemuinya misalnya Auden, Thomas dan Eliot. Muhammad Haji Salleh meminati penyair-penyair Chairil, Subagio Sastrowardojo (Indonesia) dan pada satu ketika juga meminati T.S. Eliot dan Pablo Neruda. Beliau meminati sastera dari Barat bukan sahaja kerana terdapatnya keragaman tetapi juga kerana di Barat sastera kerana terdapatnya keragaman tetapi juga kerana di Barat sastera sudah menjadi sebahagian daripada ilmu tentang manusia dengan falsafah, psikologi dan sebagainya. Yang lebih menarik minat beliau ialah sastera Barat itu mengandungi eksperimen-eksperimen yang pelbagai yang cuba mencari stail yang sempurna untuk ekspresi yang tepat. Itulah antara unsur-unsur Barat yang diperhatikannya.
Pada umumnya, kegiatan Muhammad Haji Salleh adalah lebih tertumpu kepada puisi.  Beliau mula menulis sajak ketika beliau mencari ilmu di luar negara lagi.  Beliau meminati puisi kerana baginya sebuah makna yang menjadikan seseorang itu lebih bijaksana apabila membacanya iaitu menyetujui pendapat sama yang dikemukakan oleh Robert Frost. Hal ini kerana penyair menyedarkan kita kepada sesuatu masalah, dan memastikan sesuatu persoalan itu betul-betul diselesaikan. Beliau juga berpendapat puisi adalah suatu bentuk sastera yang kental muzik bahasa dan kebijaksanaan penyair dan tradisinya. Sesebuah puisi atau pantun adalah susunan muzik bahasa yang mengindahkan bahasa itu serta pembacaan oleh pendengaran.
Justeru, bagi Muhammad Haji Salleh, puisi haruslah ditulis dengan ungkapan yang  bermakna tidak hanya dengan ungkapan yang romantik semata-mata. Kumpulan sajaknya ialah Sajak-Sajak Pendatang yang dianggap berbeza dengan sajak-sajak yang dicipta oleh penyair-penyair semasa atau sebelumnya. Sajak-sajak Pendatang mengandungi sajak-sajak yang kukuh.  Kumpulan sajak-sajak ini iaitu Sajak-Sajak Pendatang  bukan sahaja memperlihatkan gaya dan peribadi penyair tetapi merupakan satu konsep puisi yang menggunakan kata-kata tepat, fungsional dan berkesan. Begitu juga halnya dengan sajak-sajak yang terdapat dalam buku kumpulan puisinya Buku Perjalanan si Tanggang 2.  Buku ini juga telah diterbitkan dan telah dipilih oleh ahli Panel Hadiah Karya Sastera bagi kumpulan sajak terbaik bagi tahun 1975.
Sebuah lagi kumpulan sajaknya ialah Ini Juga Duniaku.Sajak-sajak dalam kumpulan ini juga tidak lari daripada konsep puisi yang dipegang oleh Muhammad Haji Salleh tentang peranan sesebuah sajak kepada masyarakat.  Di samping itu Muhammad Haji Salleh mempunyai kemampuan bahasa yang kuat untuk menterjemahkan pelbagai bahasa selain daripada bahasa Melayu.
Muhammad Haji Salleh juga seorang sarjana sastera yang telah menghasilkan karya sasteranya serta beberapa buku ilmiah seperti ,The Mind of The Malay Author .  Beliau juga turut menulis buku Puitika Sastera Melayu, yang merupakan buku teori dan kritikan sastera yang sering menjadi rujukan para pengkritik karya kesusasteraan. Oleh itu, tidak hairanlan mengapa Panel Anugerah Sastera Negara memutuskan untuk memberikan anugerah Sasterawan Negara kepada beliau di usia paling muda. Muhammad Haji Salleh juga dilihat sebagai tokoh yang turut menulis pantun dan sastera sejarah serta telah melibatkan diri dalam menghasilkn teori sastera melayu lama (Sohaimi AbdulAziz,2003:5). Puisi-puisinya selalu dikaitkan dengan intelektualisme, idea dan pemikiran yang cuikup serius. Muhammad haji salleh melihat kehidupan dengan sikap intelektual seorang pencari dan pemikir. Sebagai seorang penyair yang rajin bereksperimen dan mencari bentuk-bentuk baru yang lebih kuat.
Muhammad telah menerbitkan lapan buah kumpulan puisi perseorangan di samping puisi yang terbit dalam kumpulan bersama. Kumpulan puisi beliau, Sajak-sajak Pendatang bukan saja sejumlah puisi yang dicipta sewaktu beliau mengembara di luar tanah air malah ia merupakan satu kumpulan puisi yang kukuh, berbeza daripada puisi-puisi yang dicipta oleh penyair yang sebelum dan sezaman dengan beliau. Panel Hakim Karya Sastera telah memilih Buku Perjalanan Si Tenggang II sebagai kumpulan puisi Muhammad yang terbaik bagi tahun 1975. Kumpulan ini dikatakan dengan jelas memperlihatkan bukan saja stail dan peribadi penyair, bahkan konsep puisi yang secara tegas mengelak daripada ungkapan romantik dengan menggunakan kata-kata secara tepat, fungsional dan berkesan.
Keseluruhannya antara karya-karya Muhammad Haji Salleh ialah, karya berbentuk puisi seperti Himpunan Sajak (Antologi Bersama) (1969), Sajak Pendatang (1973), Buku Perjalanan Si Tenggang II (1975), Ini Juga Duniaku (1977), Times and Its People (1987), The Travel Jounals of Si Tenggang II (1979), Pilihan puisi Baru Malaysia Indonesia (1980), Puisi-Puisi Nusantara (antologi bersama) (1981), Sajak-sajak Dari Sejarah Melayu (1981), Pinta Pena (1981), Dari Seberang Diri (1982), Antologi Puisi ASEAN (1983), Lagu Kehidupan (1983), Bintang Mengerdip (1984), Bunga Gerimis (1984) dan Puisi Rama Merdeka.
            Manakala kajian-kajian yang pernah dihasilkan oleh beliau ialah Tradition and Change In Contemporary Malay-Indonesian Poetry (1977), Selection From Contemporary Malaysian Poetry (1978) dan Pengalaman Puisi (1984). Dari segi penulisan esei dan kritikan pula ialah Kritikan Sastera Di Malaysia (antologi bersama) (1974), Bahasa dan Kesusasteraan kebudayaan (1976), Kesarjanaan Melayu (1977), Penulisan Kreatif (1980), Imej dan cita-cita iaitu Hasil kertas kerja Hari sastera (1980), Warisan ASAS 50 (1981) dan Cermin diri (1986).
            Bahagian esei dan kritikan yang pernah dihasilkan oleh beliau ialah Kritikan Sastera di Malaysia (antologi bersama), Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1974, 187 hlm, Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1976, 338 hlm, Kesarjanaan Melayu (antologi bersama), Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1977, 368 hlm, Penulisan Kreatif (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 92 hlm, Imej dan Cita-cita: Kertas Kerja Hari Sastera 1980 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 87 hlm dan  Cermin Diri, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 208 hlm.
Anugerah / penghargaan
Ketokohan sasterawan negara ke enam ini jelas kelihatan dan dirasakan oleh para peminat sastera tanah air apabila karya-karyanya terutama puisi, mendapat tempat di hati para peminat sastera tanah air, malah bukan sahaja oleh Panel Hadiah Karya Satera tanah air bahkan memenangi ”Hadiah Sastera Asean” di Jakarta.  Sejak tahun 1971, beberapa buah puisinya telah memenangi hadiah karya sastera dan kemudiannya pada tahun 1977, Muhammad Haji Salleh menerima Hadiah sastera Asean bahagian puisi dengan kumpulan puisi beliau iaitu Perjalanan Si Tenggang II. Akhirnya Muhammad Haji Salleh telah dipilih menjadi Sasterawan Negara ke enam dalam tahun 1991 dan menerima anugerah S.E.A Write Awards di bangkok dalam tahun 1997.
 Kesimpulan. 
Sesungguhnya Para sejarawan, ini wajar mendapat penghormatan dan pengiktirafan yang sewajarnya setara dengan sumbangan besar mereka dalam melahirkan pelbagai karya sastera yang bermutu yang menjadi rujukan dan panduan bagi masyarakat.  Karya sastera mereka meliputi pelbagai genre atau bentuk penulisan samaada dalam bentuk penulisan novel,cerpen,dan drama atau pun dalam  bidang penterjemahan  penulisan esei dan juga bidang kritikan . Sebagai tokoh sejarawan yang di hormati dan disegani.Novel penulis muda yang ada pada masa sekarang dilihat mempunyai kekuatan penulisan dari sudut kuantiti, tetapi belum cukup mantap dari segi kualiti, tema, perwatakan, latar dan teknik penulisan. Hal ini kerana ,kebanyakan novel-novel tersebut membicarakan hal-hal kehidupan anak-anak remaja yang dipenuhi dengan persoalan-persoalan cinta, rindu, cemburu, cinta tiga segi, kekeluargaan dan sebagainya. Pengarang muda yang ada sekarang juga  memperlihatkan bakat yang besar dan menjanjikan satu fenomena kegemaran membaca untuk generasi akan datang.Jika di bandingkan dengan penulis-penulis atau tokoh-tokoh sejarawan yang mana karya yang di hasilkan mempunyai kemantapan dari segi kualiti, tema, perwatakan, latar dan teknik penulisan . Ia juga merupakan cabaran kepada ahli akademik muda yang sepatutnya mengalas tugas untuk sama-sama mengangkat tradisi kritikan sastera yang berwibawa dan jitu.Sesungguhnya  sejarawan-sejarawan ini yang wajar dicontohi oleh penulis-penulis muda agar dapat menghasilkan karya yang labih bermutu demi untuk menjadikan bidang penulisan dan bidang sastera amnya mendapat perhatian yang sewajarnya daripada masyarakat luar agar lebih menghayati sastera. Hal ini kerana bidang sastera sebenarnya mampu membawa kebaikan dan  keharmonian kepada manusia sejagat dalam situasi dunia sekarang yang tidak menentu. 

Bibliografi.

__________________Buku Sastera dan Kemanusiaan, Siri Lestari Sastera. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. 2005
__________________(Penyelenggaraan Majlis Peperiksaan Malaysia).Mutiara Sastera Melayu Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.2003
___________________(Penyelenggaraan urus setia panel anugerah sastera Negara). Sastera dan Kemanusiaan: Pidato Umum dan Pidato Penerimaan Sasterawa Negara 1981-1996. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1997
Muhamad Haji Salleh.1975. Buku Perjalanan Si Tenggang II. Kuala lumpur : university    kebangsaan Malaysia
Muhammad Haji Salleh. 1996. Sebuah unggun di tepi danau ; puisi-puisi pilihan. Kuala     Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Sohaimi Abdul Aziz. 2003. Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh: Pencari dan Pemikir.     Pulau pinang:            University Sains Malaysia

Sumber Internet.



  

ABDULLAH HUSSAIN

Abdullah Husain dilahirkan pada 25 Mac 1920 di Sungai Limau Dalam, Yan,Kedah. Mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Sungai Limau,Yan sehingga lulus darjah V. Meneruskan pembelajaran di sekolah St.Michael,Alor Setar pada tahun 1932 hingga 1933. Kemudian meneruskan pengajian di Anglo Chinese School,Alor Setar hingga lulus darjah VII (kelulusan paling tinggi) pada tahun 1935.
Sering bertukar-tukar pekerjaan sekiranya pekerjaan tersebut tidak sesuai dengan dirinya. Antara pekerjaannya adalah seperti Penolong Kerani Stor,Ayer Hangat Tin Mines,Bentong, Pahang (1939), Penolong Pengarah Surat Khabar Saudara, Pulau Pinang (1939-1940), kerani tukang dobi Kem Tentera Inggeris Bakar Arang, Sungai Petani (1941), kerani Gunseikanbu, Aceh, Kotaradja (1942) beberapa kali dinaikkan pangkat sehingga menjadi Keisatsutyo (Kepala Polis). Selepas pendudukan Jepun beliau menjadi wakil kepada Penyelidikan Aliran Masyarakat (PAM) Kantor Daerah Aceh, Kotaradja (1947). Selain itu pernah bekerja di Negara Thailand sebagai pengurus Cardova Trading Company (1948). Mula berkecimpung dalam dunia kewartawanan pada tahun 1950. Menjadi wartawan bebas di Indonesia. Pada 1955 beliau bekerja sebagai pengurus Empiric Filem Company Singapura. Selain itu beliau juga pernah menjadi pengarang majalah Bintang, Filem, Warta Masyarakat, Qalam Press, Singapura.
Kemudian pada tahun 1960 beliau bertugas sebagai pengurus dan ketua editor penerbitan P.Ramlee. Beliau juga pernah menjadi penolong pengarah kanan Oxford University Press, Kuala Lumpur pada tahun 1961 hingga 1964. Tahun 1965 beliau bekerja sebagai  pengarang Franklin Book Program, Kuala Lumpur dan tahun 1966 beliau bertugas sebagai pebgurus dan ketua editor Syarikat Karyawan, Kuala Lumpur. Dua tahun selepas itu menjadi editor majalah Angkatan Baru, Kuala Lumpur. Mula berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur pada tahun 1978 sebagai pegawai penyelidik. Kemudian menjadi ketua unit bahasa dan sastera cawangan Sabah. Ketua bahagian pembinaan dan perkembangan sastera Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei Darussalam.Selain itu Abdullah Hussain juga aktif dalam persatuan dan organisasi. Beliau pernah menjadi  pengurus Kumpulan Sahabat surat khabar Sahabat, Pulau Pinang pada tahun 1940 sehingga 1941. Merupakan salah seorang anggota ASAS 50 dan merupakan ahli seumur hidup persatuan tersebut. Menyandang jawatan dalam GAPENA iaitu bendahari.
Banyak sumbangan yang telah beliau lakukan terutama dalam dunia penulisan. Beliau banyak menyumbangkan hasil penulisan dalam genre novel dan cerpen. Namun beliau juga menghasilkan beberapa penulisan lain seperti kerja penterjemahan, penulisan genre biografi, penulisan drama dan penyusunan buku.
Beliau telah menulis sebanyak 20 buah novel dalam tempoh 54 tahun (1941- 1995). Antara novel yang dihasilkan adalah novel Dia … Kekasihku (1941), Kasih Isteri (1941), Darah Pembalasan (1944), Amin Pemuda Desa (1947), Kalau Tidak Kerana Tuan (1957), Berenang Di Lautan Baru (1957), Terjebak (1964), Janganlah, jangan…! (1965), Peristiwa (1965), Rantau Selamat (1966), Aku Tidak Minta (1967), Interlok (1973), Intan (1973), Noni (1976), Kuala Lumpur Kita Punya (1978), Buih Di Atas Air (1980), Konserto Terakhir (1980), Masuk Ke Dalam Cahaya (1983), Peristiwa Kemerdekaan Di Acheh (1989) dan Imam (1995).
Selain itu Abdullah Hussain juga bergiat aktif dalam penghasilan cerpen. Selama tiga dekat beliau menghasilkan berpuluh-puluh cerpen dengan pelbagai teknik dan aliran. Pada tahun 70-an kebanyakkan cerpen yang beliau hasilkan menggunakan unsur-unsur ingatan dan flashback berselang seli dengan realiti cerita. Antaranya adalah cerpen-cerpen siri Pertemuan di Tjiandjur (1972), Pertemuan di Kota Baharu (1974), Pertemuan di Kuala Terengganu (1975), Pertemuan di Brunei (1980), Pertemuan di Kuching, dan Pertemuan di Kota Kinabalu.
Banyak kejayaan yang beliau telah miliki selain mendapat Anugerah Sasterawan Negara yang ke lapan. Novel beliau iaitu Iman Mihad menang hadiah pertama dalam Sayembara Novel Nasional yang membawa hadiah RM30,000. Selain itu memenangi hadiah ke tiga dalam sayembara mengarang roman sejarah di Acheh dengan tajuk Darah Pembalasan. Juga pernah mendapat tempat kedua dalam sayembara mengarang cerpen di Acheh melalui cerpenya Manusia Baru. Kemudian beliau juga pernah menang dalam sayembara pengarang cerpen sempena Hari Buruh di Medan, Sumatera pada tahun 1950 dengan cerpen berjudul Kario Buruh Kebun. Mendapat tempat pertama dalam sayembara cerpen berunsur Islam anjuran JPM 1979 melalui cerpen bertajuk Tuhan, bagaimana akan kucari-Mu. Manakala mendapat tempat kedua dalam sayembara yang sama pada tahun 1983 melalui cerpen Cahaya Langit.
Selain itu beliau juga Abdullah Hussain telah menghasilkan drama iaitu Di Atas Pentas (1984). Beliau juga turut menghasilkan esei atau kritikan seperti ‘Penulisan Cerpen: Kaedah dan Pengalaman (1980). Juga menghasilkan autobiografi iaitu sebuah perjalanan (1984) dan biografi seperti P.Ramlee Seniman Agung (1973), Pendeta Za’ba dalam Kenangan (bersama Khalid Hussain) dan Harun Aminurrashid: Pembentuk Semangat Kebangsaan (1982). Abdullah Hussain juga telah menghasilkan beberapa karya terjemahan antaranya seperti Orang Tua dengan Laut karya Ernest Hemingway (1961), Bumi Bertuah karya Pearl S. Buck (1962), Mutiara karya Johan Steinbeck (1962), Angin Timur Angin Barat karya Pearl S. Buck (1964), Lorong Midaq karya Naguib Mahfouz (1984). Abdullah Hussain juga telah menghasilkan buku-buku umum seperti Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (1965), Kamus Simpulan Bahasa (1966), Balabatu dan Lain-lain, Kata Sembunyi (1959), Bunga Bahasa (1961), Pertemuan Sasterawan Nusantara V bersama Mohd. Shahri Hussin (1981) dan Canai Budi kumpulan peribahasa (1997).
Selain itu ramai juga antara tokoh-tokoh yang sering memperkatakan tentang hasil-hasil penulisah Abdullah Hussain. Dr.Darwis Harahap Mohamad melihat cara pemikiran  Abdullah Hussain bukan sahaja merangkumi aspek pemikiran malah turut membicarakan tentang bahasa, minda Melayu, kegiataan penterjemahan, perfeliman, Sastera Islam dan sumbangan Abdullah Hussain dalam mengangkat citra dan martabat sastera di Malaysia. Melalui penilaian Dr.Darwis juga menlihat hasil karya yang dihasilkan oleh Abdullah Hussain bukan sahaja bersifat tempatan malahan hasil karya tersebut juga bersifat universal. Contohnya iaitu novel ‘Terjebak’ mendapat penganugerahan hadia Nobel di Sweden yang juga diterjemahkan dalam bahasa Swedish. Selain itu Abdullah Hussain juga mengikut Dr.Darwis menggunakan watak-watak sebenar untuk menimbulkan unsur-unsur realisme dalam novel dan cerpennya. Di samping itu juga dilihat bahasa yang digunakan oleh Abdullah Hussain amat kemas dalam penyampaian ceritanya sama ada cerita tersebut berbentuk novel karyanya sendiri atau pun terjemahan. Menurut Dr.Darwis juga Abdullah Hussain sebagai seorang penulis yang bersifat keislaman. Hal ini dapat dilihat dalam hasil-hasil karyanya yang lebih bercorak keislaman seperti novel ‘Isabella’. Selain itu Abdullah Hussain juga memulakan gaya penulisan new journalis melalui novel ‘Terjebak’.
A.Rahman Abdullah juga melihat keunikan dan kalainan dalam penulisan novel dan cerpen Abdullah Hussain. Kebanyakkan novel dan cerpen sangat menarik dari segi aspek teknik dan gaya penulisannya. Kemudian Talib Samad juga pernah menyatakan melalui wawancaranya dengan Darwis Harahap bahawa Abdullah Hussain merupakan seorang tokoh yang secara tidak langsung telah menggerakkan atau merakamkan minda Melayu dalam masyarakat moden hari ini menerusi penyusunan buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu.
Mohamad Saleeh Rahamad juga menyatakan bahawa Abdullah Hussain merupakan seorang penulis yang menitik beratkan unsur bahasa yang bagus di dalam karya-karyanya. Selain itu juga beliau mengatakan Abdullah Hussain sangat cermat dan teliti dalam penulisannya seperti dalam buku peribahasa yang ditulisnya. Selain itu Jins Shamsudin juga berpendapat bahawa novel ‘Imam’ karya Abdullah Hussain sememangnya memiliki ciri-ciri novel yang boleh diadaptasikan untuk dijadikan sebuah filem cereka serius berhubung kejatuhan dan kebangkitan seorang imam di kampung Anggerik Desa.



Shaharom  Husain
     Pengenalan.
Shaharom Husain merupakan seorang Sasterawan Negara yang berasal dari Negeri Johor Darul Takzim. Beliau dilahirkan pada 4 November 1919 di Mukim Tiga, Batu Pahat, Johor.Juga dikenali dengan nama samaran Masyhor Malaya dan Dharmaya. Menerima anugerah Doktor Falsafah Kehormat daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2000. Sebelum itu,beliau telah menerima anugerah Sarjana Persuratan Kehormat daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1989. Shaharom Husain yang membesar dalam dunia kesusasteraan, kini menjadi tokoh besar dunia persuratan.Seramai 11 orang anak Johor berjaya memasuki SITC dan Shaharom Husain merupakan salah seorang daripadanya. Beliau telah menuntut di SITC bermula pada 1938 sehingga tahun 1940. Beliau juga merupakan seorang guru pelatih dan mendapat bantuan wang saku daripada Kerajaan Negeri Johor berjumlah RM2.50 sebulan.
Beliau sangat menggemari drama Shakespeare. Ekoran daripada itu beliau telah menghasilkan drama pertamanya yang berjudul “Lawyer Dahlan”. Selain berkarya Shaharom Husain bergiat aktif dengan persatuan di mana beliau pernah menyandang jawatan Yang Dipertua bagi beberapa badan bahasa, sastera, kesenian dan sejarah di Johor Baharu. Badan-badan ini seterusnya mementaskan dramanya satu demi satu. Shaharom Husain merupakan seorang budayawan dan namanya sering dikaitkan sebagai seorang sejarawan. Pada tahun 1946, beliau menjadi ahli UMNO cawangan Tanjung Malim.
Dalam bidang penulisan, beliau telah menghasilkan lebih 70 buah buku termasuk drama, novel sejarah, novel masyarakat, kajian sastera, memoir perjalanan ke luar Negara, biografi dan buku sejarah. Semasa bertugas di Pusat Latihan Guru Johor Baharu, beliau telah menubuhkan badan kebudayaan Pusat Latihan Guru Johor Baharu. Badan ini telah mementaskan drama untuk mendirikan kolej Tengku Ampuan Mariam yang diusahakan oleh Hajah Ibu Zain disamping menganjurkan kutipan derma pembinaan Masjid Negara Kuala Lumpur. Bagi beliau melalui drama manusia dapat meingatkan kegemilangan tamadun dan kejatuhan orang melayu pada zaman dahulu. Atas sebab ini drama sejarah yang dihasilkan sering memberi tumpuan pada tradisi politik dan kebudayaan peribumi agar nilai lama diwujudkan.
Sumbangan
i.Drama
Ø  Membuat pementasan bertujuan untuk memungut derma bagi menubuhkan Kolej Islam Klang
Ø  Banyak menulis buku berkaitan sejarah
Ø  Drama berkisarkan sejarah Johor dan Melaka
Ø  Skrip drama pertamanya ialah “Pembelot”
Ø  Dipentaskan dalam tahun 1930-an
Ø  1930,telah mementaskan drama “ Anak Setia “
Ø  Pada mulanya drama yang ditulis  berupa drama kanak-kanak.
Ø  1941 , Skrip drama dewasa pertama telah ditulis. (“Lawyer Dahlan”)
Ø  Drama pementasan seperti “Tun Fatimah”
Ø  1954- Mementaskan drama sejarah “Keris Laksamana Bentan”
ii.Novel
Ø  Menghasilkan lebih daripada 10 buah novel sejarah dan  5 buah buku sejarah
Ø  Contoh  Novel : “ Lembing Awang Pulang ke Dayang “
Ø  Kebanyakan novel yang dihasilkan berunsur sejarah.
Ø  Contoh dapat dilihat berdasarkan tema :
  1. Perjuangan menentang Portugis
  2. Kepentingan diri sendiri
  3. Ketidaksamaan Sosial
Ø  Contoh novel berdasarkan tema tersebut ialah :
  1. Tun Fatimah
  2. Keris Laksamana Bentan
iii.Karya Umum

Ø  Menerbitkan artikel-artikel yang berbentuk membangkitkan semangat perjuangan bagi mencapai  kemerdekaan.
Ø  Contoh Majalah :
  1. Lembaga Melayu
  2. Warta Ahad
  3. Warta Jenaka
Ø  Turut menulis artikel berunsur sejarah
Ø  Contoh : “ Kawat Bantahan Kepada Kerajaan British.
iv.Penulisan Rencana
perkembangan akhbar pada tahun 1940 dan 1950-an telah memberi peluang kepada beliau untuk menerbitkan artikel-artikelnya. Shaharom menulis artikel yang dapat membangkitkan semangat perjuangan dalam mencapai kemerdekaan. Antara majalah yang pernah menyiarkan artikelnya adalah:
a.Lembaga Melayu
b.Lembaga
c.Warta Ahad
d.Warta Jenaka
e.Cenderamata
Shaharom cenderung menulis tentang sejarah Tanah Melayu semasa perjuangan Dato’ Onn Jaffar contohnya “Seruan Pada Orang Melayu” yang memaparkan bagaimana Dato’ Onn membangkitkan semangat agar orang Melayu  bersatu padu memartabatkan bangsa. Shaharom juga menulis tentang perjuangan Kesatuan Melayu Muda(KMM) yang diasaskan oleh guru-guru sekolah melayu lepasan MPSI. Shaharom telah menyatakan bahawa guru-guru lepasan Tanjung Malim telah memainkan peranan dalam mengerakkan gerakan kebangsaan menerusi penulisan.
v.Buku-buku Kajian Kesusasteraan
Shaharom telah menerbitkan buku sastera yang bertajuk “Antara Pengarang Novel Melayu dan Karyanya”. Dalam buku ini, Shaharom mengemukakan riwayat hidup dan karya pengarang novel dan tokoh-tokoh besar karya sastera Melayu kita. Bagi Shaharom karya-karya itu patut dibukukan dan disimpan untuk tatapan umum di perpustakaan. Bagi beliau tujuannya mengumpul karya-karya tersebut sebagai pelopor atau perintis jalan bagi pengarang-pengarang novel melayu kita sekarang dan akan datang. Dalam buku ini juga Shaharom menyelitkan ulasan tentang lima orang pengarang novel Melayu iaitu :
a.Ahmad Bakhtiar
b.Harun Aminurrashid
c.Ishak Hj. Muhammad
d.Abdulah Sidik
e.Edrus
Tujuannya supaya peminat Kesusasteraan Melayu lebih mengenali pengarang-pengarag tanah airnya dengan lebih dekat. Satu lagi buku hasil karangan Shaharom ialah Memahami dan Meringkas Karangan. Lahirnya buku ini adalah untuk memberi latihan kepada pelajar sekolah menengah, guru pelatih dan mereka yang mencintai bahasa agar dapat memahami segala fikiran dan kandungan sesuatu karangan.
vi.Buku Sejarah
Shaharom banyak membuat kajian sejarah Johor walaupun beliau merupakan pensyarah sejarah di MPSI. Hasil daripada kajian, beliau telah menerbitkan sebuah buku sejarah yang bertajuk “Tawarikh Johor” . Selain daripada Tawarikh Johor, terdapat beberapa buah lagi buku sejarah yang ditulis oleh Shaharom seperti :
a)      Kesan Sejarah Tanah Air
b)      Tunggak Kerajaan Johor
c)      Tiga Zaman Raja-Sultan Johor Moden
Selain daripada buku sejarah, beliau juga menulis buku pengembaraan contohnya Melihat Australia I dan II. Buku ini merupakan catatan pengalaman ketika berkunjung ke Australia untuk menyertai jambori pengangkap selama 3 bulan. Secara kesimpulannya, tulisan-tulisan dapat memberi manfaat kepada pembaca dan memberi semangat perjuangan kepada bangsa Melayu. Di samping itu, tulisan-tulisan sejarahnya dapat membuatkan masyarakat kembali mengenang sejarah silam. Dapat disimpulkan, hubungan karya dan sejarah menjadi teras kepada pembikinan karya-karya Shaharom Husain. Dalam penulisan drama atau novel, tumpuan utama karya Shaharom Husain adalah selarah. Tumpuan sejarah itu banyak diberikan kepada kerajaan Melaka dan Johor. Terdapat contoh novelnya yang menggambarkan bagaimana kejatuhan Negeri Melaka dan kemudiannya orang-orang Melayu berpindah ke Johor seterusnya mendirikan kerajaan baru di sana.
Politik 
Perebutan kuasa dikalangan penjajah telah menyebabkan keadaan politik di Nusantara semakin kacau dan merumitkan. Dengan itu maka munculah nasionalis Melayu yang berjuang untuk membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah. Semangat nasional ini ada dipaparkan kepada watak Si Bongkok yang mana ia mempunyai rupa yang hodoh dan menakutkan tetapi mempunyai semangat yang kuat untuk memperjuangkan prinsip kebebasan. Mengikut beliau, drama ini melambangkan sejarah Negeri Johor dan Tanah Melayu yang dijajah. Dalam penglibatan politik, beliau turut menghasilkan drama iaitu Keris Laksamana Bentan. Cerita ini memaparkan tentang perpecahan yang berlaku dikalangan pembesar Negeri Johor akibat perebutan kuasa. Pihak yang bertentangan adalah Sultan Mahmud Shah dan Datuk Bendahara Abdul Jalil. Menerusi cerita ini, beliau mengambil kesempatan menonjolkan tentang nasib kaum wanita yang diperalatkan. Menerusi drama Balang Mas pula, beliau mempersoalkan penguasaan terhadap manusia dengan bersenjatakan kecantikan dan tipudaya. Drama ini membawa kisah Malaya yang berusaha untuk membebaskan diri dari Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak daripada cengkaman British.
Mengikut Shaharom, menerusi ‘Keris Laksamana Bentan’ dipaparkan tentang perpecahan yang berlaku di kalangan pembesar Negeri Johor akibat perebutan kuasa pada akhir abad ke-17. Pihak yang bertentangan adalah Sultaan Mahmud Syah dan Datuk Bendahara Abdul Jalil akibat kezaliman pemerintahan Sultan Mahmud pada ketika itu.Keadaan ini telah menyebabkan Laksamana Bentan menuntut bela demi menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.Laksamana Bentan berpegang kepada falsafah iaitu ‘hutang darah dibayar darah, hutang nyawa dibalas nyawa. Akan tetapi Laksamana Bentan dinasihati Tun Aria dan Bendahara tentang pantang larang orang melayu  iaitu pantang melayu derhaka kepada sultannya. Namun begiti nasihat itu tidak dihiraukan laksamana bentan kerana dia merasakan bahawa dirinya tidak bermaruah dan boleh diperlakukan sesuatu dengan sewenang-wenangnya.
2)          Heroisme
Seseorang tokoh yang dianggap mempunyai beberapa kelebihan seperti bijaksana, gagah, berani, setia      dan lain-lain sifat yang luar biasa seperti sering dipuja dan sering disanjung. Konsep Heroisme ini kerap kali terdapat dalam drama sejarah terutamanya untuk mengagung-agungkan seseorang pahlawan, pembesar negeri atau raja yang mempunyai pelbagai-bagai kelebihan yang baik sama ada dari segi fizikal atau mental.Shaharom menggarap persoalan ini dalam drama “Tun Fatimah”. Drama ini berkisar tentang Tun Fatimah yang bijak dalam mengeluarkan pendapat dan handal pula bermain senjata. Tun Fatimah ialah srikandi melayu yang menentang kemasukan Portugis di negeri Melaka dan membanteras penyelewengan yang berlaku di kalangan pemerintah negeri dan buah fikirannya sentiasa dituruti oleh ayahnya iaitu Datuk bendahara. Keputusan Tun Fatimah menolak pinangan Sultan Mahmud menyebabkan baginda berdendam dengannya dan juga keluarga Datuk Bendahara bertambah di samping musuhnya.
Kepahlawanan Tun Fatimah kerap kali diuji. Contohnya dia dapat menewaskan D’Squera yang menceroboh masuk ke dalam biliknya pada waktu malam ketika suaminya tiada . Bukan itu saja makah dia juga Berjaya menangkap Kitol sewaktu berperang dengan Portugis mlah dia telah menyamar sebagai hulbalang untuk mempertahankan Melaka dan Berjaya menghapuskan pengkhianat Negara yang telah menyebabkan kematian keluarganya. Sifat wirawati Tun Fatimah ini agak Universal iaitu berbentuk penyelamat dan muncul pada saat-saat genting. Dia dilahirkan sebagai penyelamat keadaan. Unsur penyamaran Tun Fatimah pula menggambarkan unsure kepahlawanan wira klasik melayu. Unsur ini sering terdapat dalam cerita-cerita panji.
Bagi Shaharom, faktor-faktor seperti inilah yang telah membawa kepada kurangnya kesepaduan di kalangan orang melayu Melaka sehingga mudah ditawan oleh pihak Portugis. Semasa berada di Hulu Muar, kerjaan Melaka didirikan di Pagoh dengan benteng-benteng beserta kubu-kubu pertahanan Melaka di Pagoh menyebabkan Sultan Ahmad mengarahkan supaya seluruh hulubalang dan pembesar Melaka berundur dari Pagoh. Akan tetapi Bendahara Tepok berkeras hati enggan mematuhi perintah itu. Di sinilah pengarang Berjaya menggambarkan betapa kerasnya semangat perjuangan Bendahara Tepok . kekentalan semangat Bendahara Tepok harus dicontohi.Konsep Heroisme ini melahirkan nilai ketaatan yang mula berubah disebabkan oleh beberapa peristiwa dan keadaan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat melayu tradisi Melaka. Rakyat mula bersuara untuk menegakkan kebenaran dan sesuatu yang hak. Dalam hal ini didapati Seri nara dengan tegas, tetapi sinis telah meluahkan rasa hati anggota masyarakat ketika itu terhadap sikap dan perlakuan Sultan Mahmud ketika memerintah Melaka.

1)      Sosial
Dari sudut sosial Shaharom menggunakan aspek-aspek soaial dalam karya-karyanya baagi tujuan untuk menyedarka masyarakat terutama golongan muda-mudi tentang betapa pentingnya mereka menjaga perilaku sebagai bangsaTimur yang penuh dengan adat resam sendiri. Shaharom cuba menekankan kep[ada muda – mudi tentang peranan ilmu sebagai teras hidup dan kepentingan ilmu di  dalam hidup. Ini dapat dilihat dalam dramanya yang bertajuk “ Meniti Bahagia” (1985). Kata-kata nasihat diutamakan melalui dialog antara ibu bapa (Golongan tua) dan anak  ( Golongan Remaja) menyentuh tentang kemanfaatan ilmu kepada seseorang di samping Islam sebagai pegangan utama. Kepincangan masyarakat dibincangkan secara simbolik melalui drama-drama “Bendahara Tepok” dan “Seni Nara”. Ini diperlihatkan melalui kata-kata Bendahara Tepok kepada anaknya Khoja Ahmad :
            “Melaka runtuh bukan kerana serangan Peringgi sahaja, juga kerana kesalahaan kita. Kita lakukan pecah amanah, lucah, zalim aniaya, berpecah belah, bebunuhan sesama sendiri , fitnah, hasad dengki, bohong dan lain-lain.” ( Tanpa Pengarang ,1991:641)
Sifat-sifat buruk yang ada pada setiap individu Melayu itulah yang akhirnya akan menghancurkan Negara yang dibina. Itulah yang ingin diperkatakan oleh Shaharom. Dia juga menekankan tentang persamaan taraf dan perpaduan sesama masyarakat bagi membina sebuah ikatan kemasyarakatan yang utuh dan dapat bertahan menghadapi segala cabaran dan godaan yang melanda. Contoh adalah dalam drama “Seri Nara”, Shaharom turut menekankan tentang aspek ini. Oleh itu, dapat dilihat bahawa versi utama Shaharom adalah untuk membentuk masyarakat Melayu melalui drama-dramanya. Di samping sindiran pedas yang dilontarkan ia juga memberikan nasihat yang berguna.
Apabila memperkatakan tentang sosial, Shaharom dengan tegasnya menempelak golongan yang mendefinisikan sosial ini hanya kepada duduk berdua-duaan lelaki perempuan, pergaulan bebas tanpa batasan antara muhrim dan bukan muhrim. Menurut shaharom sosial adalah :     
            “ Satu perkataan yang biasa mempunyai konotasi budaya yang luas, termasuklah bidang pendidikan , pergaulan dengan masyarakat, adat istiadat dan juga kesenian.” (Maslina Abdullah,Oktober 1991)
Kebanyakan tema utama pemikiran drama-drama kekeluargaan Shaharom lebih tertumpu kepada pemupukan nilai-nilai positif dalam institusi kekeluargaan. Bagi shaharom sebuah Negara yang makmur dan padu berpunca daripada sebuah institusi kekeluargaan yang bahagia dengan ahli-ahlinya saling mengambil berat abtara satu dengan yang lain. Antara faktor utama yang boleh membawa kepada pemupukan nilai-nilai positif ini ialah aspek keagamaan itu sendiri. Atas kesedaran inilah maka Shaharom menekankan aspek-aspek tersebut daloam pemikiran drama yang ditulisnya lewat dekad 80-an. Contoh drama yang menonjolkan aspek ini ialah drama “Meniti Bahagia” (1985). Antara pemikiran utama yang cuba diterapkan oleh Shaharom dalam drama ini ialah setiap yang bermula daripada niat yang baik, pasti akan mendapat hasil yang baik lagi memuaskan hati. Kisah yang dipaparkan dalam drama ini begitu penuh dengan pengajaran sosial. Jelaslah bahawa Shaharom cuba menyahut seruan tersebut dengan menjadikan karyanya  sebagai karya yang menekankan aspek ini yang betemakan keislaman dalam membincangkan persoalan kehidupan.
Dalam menghasilkan karya, Shaharom menyentuh juga tentang perangai, sikap dan amalan bersifat negative yang membawa akibat yang buruk. Melalui drama “Bendahara Tepok” diutarakan amalan yang tidak bermoral yang membawa kea rah kehancuran sesebuah Negara.Fitnah , hasad, dengki, pecah amanah, zalim dan aniaya merupakan amalan negative yang disentuh dan diterpkan dalam drama ini. Kesemuanya ini membawa masyarakat atau sesuatu bangsa itu ke arah perpecahan dan seterusnya melemahkan semangat perpaduan yang ada. Rasa taat setia akan tergugat dan bagi sesetengah pihak pula keadaan ini memberi peluang untuk mereka mengaut keuntungan.Dan, keadaan inilah yang menjadi antara punca kejatuhan Melaka seperti yang dapat dijelaskan melalui petikan berikut:
            HANG KADIM : Tanganku luka terkena peluru (memegang luka) sebab itu kita tewas.
            SERI NARA       : Kita tewas kurang perpaduan tidak bersungguh –sungguh menentang
                                           Musuh (Halaman 32)
2)      Agama
Shaharom juga turut menyentuh aspek agama di dalam penulisan karyanya. Terdapat beberapa yang membawa persoalan agama yang ditulis oleh Shaharom seperti “Wak Chantok” yang mengisahkan seorang tua yang bernama Wak Chantok yang berusia 70 tahun kecewa akibat diketepikan oleh masyarakat. Kehadiran Bagong pemuda yang agak celupar mulutnya yang sering membuat berbagai-bagai tuduhan terhadap Wak Chantok menambah rasa sakit hati Wak Chantok. Bagong sentiasa sahaaja menyakiti hati orang tua itu dengan mengatakan Wak Chantok seperti tua Bangka, tidak sedar diri, miang keladi, dan lintah darat.Shaharom berpendapat.Oleh itu dalam drama ini , Shaharom cuba memaparkan aspek-aspek negatif agar masyarakat tidak bersifat sedemikian.Di mana dalam Islam juga ada mengatakan bahawa sifat hasad dengki, fitnah, dan sebagainya tidak dituntut dalam Islam itu sendiri.
Terdapat contoh lain yang memperlihatkan aspek agama contohnya dalam drama “Harimau Johor”. Di sini Shaharom mengemukakan kepincangan masyarakat akibat daripada tidak menjalankan kehidupan dengan berlandaskan undang-undang, agama, adat dan Negara.Selain itu terdapat banyak lagi  drama lain yang menyentuh tentang aspek agama ini.
3)      Bahasa dan Sastera
Pemikiran Shaharom tentang bahasa dan kesusasteraan Melayu di utarakan dalam drama “Tun Seri Lanang”. Drama ini mengisahkan Tun Seri Lanang yang suka menulis dan tidak suka membuang masa. Dia menulis cerita-cerita tentang Melaka yang penuh dengan adat istiadat peraturan dan undang-undang. Cerita ini patut ditulis untuk orang Melayu pada zaman itu dan zaman kemudiannya untuk mengingatkan bahawa mereka mempunyai tokoh bahasa yang cerdik yang semarak di seluruh Alam Melayu. Tokoh ini pula bercita-cita memperkembang sastera dan bahasa Melayu Tujuan Shaharom menghasilkan drama ini adalah untuk mengetengahkan tokoh-tokoh yang berjasa seperti Tun perak supaya dicontohi oleh masyarakat semasa.Menerusi drama ini juga Shaharom juga menitikberatkan bahasa Melayu yang indah, dan banyak pemikiran dapat ditonjolkan, contohnya gambaran masyarakat Melayu yang memakai bahasa yang indah, berbunga, dan sentimental yang membayangkan pemikiran mereka yang Romantis seperti berikut:
SYEIKH NURUDDIN:…kalau bukan pokoknya tempat memetik buah, sebenarnya yang rimbun
                                           Tempat memetik bunga yang harum semerbak.
TUN SERI LANANG:…Tapi kalu terberi atau terpetik buah yang belum masak dan bunga yang  
                                        belum cukup mekar janganlah dimakan bulat-bulat dan disunting terus
                                       menerus .
                                                                                                         ( Tanpa pengarang,1991: 258).
Bahasa kiasan ini sukar difahami jika tidak dituturkan dengan mendalam. Bahasa ini menggambarkan tahap pemikiran yang begitu tinggi. Hal yang sedemikian membuktikan bahawa sastera lama dan klasik masih memperlihatkan ciri-ciri Romantisme yang mendalam. Shaharom sebagai seorang ahli sejarah tidak dapat memisahkan dirinya dengan sejarah. Pemikiran yang digarap dalam ken=banyakan drama adalah berdasarkan peristiwa sejarah yang berlaku di sekitar abad 17 hungga 19. Pemikiran dalam dramanya sukar untuk difahami kerana kebanyakan dramanya mengandungi dua makna ( Double Meaning ) seperti drama Shakespeare dan menurut Shaharom drama-dramanya banyak mendapat pengaruh daripada drama Shakespeare. Khalayak perlu memahami latar belakang sejarah tanah air untuk mendapat gambaran menangani maksud atau pemikiran drama itu. Walaupun begitu, pemikiran dalam dramanya tidak dapat dipisahkan daripada hubungannya dengan peredaran masa yang menyebabkan masyarakat turut berubah dan memasuki satu zaman baru dengan berbagai-bagai masalah baru.
4)      Kekeluargaan.
Sebagai ketua keluarga, Shahaarom tidak lupa kepaada ciri-ciri hidup berkeluarga yang dituntut dalam Islam dan boleh diambil teladan seperti yang diutarakan dalam drama “Meniti Bahagia” yang ditonjolkan melalui peranan watak-watak yang sering mengambil berat btentang kebajukan ahli keluarga masing-masing. Antara nilai utama yang ditekankan ialah kasih sayang yang diutarakan melalui dialog-dialog yang dipaparkan dalam drama ini. Jarang berlaku perbalahan atau perselisihan. Jika ada perbalahan atau perselisihan, mereka cuba meleraikan dengan cara yang paling bijaksana. Contohnya kasih sayang yang teguh antara Encik Salleh dan Puan Salehah akhirnya dapat membangunkan sebuah rumah tangga yang harmoni dan anak-anak yang terdidik dengan nilai-nilai keagamaan yang cukup daripada ibu bapa mereka.
Bagi Shaharom, kasih sayang menjadikan institusi keluarga yang dibentuk oleh En Salleh tidak bepecah belah. Mungkin antara motif pengarang adalah untuk memupuk kesedaran di kalangan masyarakat bahawa kemakmuran sesebuah Negara berpunca daripada institusi kekeluargaan yang berkembang secara sihat.
Shaharom tidak lupa kepada tanggungjawab ibu bapa sebagai ketua keluarga yang ditonjolkan menerusi watak Encik Salleh dan Puan Salehah.Ibu bapa harus sentiasa membimbing anak-anak mereka dengan asas keagamaan. Hal ini amat ditekankan oleh Shaharom seperti mana yang dinasihatkan oleh Encik Salleh kepada anak-anaknya agar berkorban secara positif untuk mendapat keredhaan Allah.Moral juga diperlukan oleh seseorang agar peribadi mereka tidak runtuh inilah yang ditekankan oleh Salleh dan Salehah ketika mendidik anak-anak mereka.Perangai ,sikap dan amalan yang buruk sentiasa dielak dan diawasi oleh mereka agar perkembangan fizikal dan rohani anak-anak mereka agar sempurna, terdidik dan terkenal.Umpamanya Sahabat adalah orang kedua selepas ibu bapa yang boleh mempengaruhi pemikiran anak-anak. Oleh itu, Salleh dan Salehah sentiasa mengawasi dengan siapa anak-anak mereka berkawan.Hasrat dan harapan yang terselit dalam karya-karyanya sebenarnya didasarkan daripada pengalaman hidup berkeluarga yang telah dialaminya selama 40 tahun. Apa yang hendak dipaparkan oleh Shaharom dalam drama ini ialah asas-asas yang paling penting dalam mendirikan sesebuah rumah tangga yang bahagia.Di samping itu, Shaharom berpendapat sejarah lampau dapat dijadikan teladan oleh individu kini. Inilah antara tujuan utama Shaharom menulis drama-drama dan novel berbentuk sejarah ini.
Kesimpulan
Maka jelaslah bahawa penglibatan dan sumbangan Shaharom Husain dalam penulisan novel sejarah begitu menonjol dalam dunia kususasteraan sehingga kini. Melalui novel-novel serta drama-drama  yang dihasilkan oleh beliau inilah yang memberikan banyak pengetahuan dan kisah-kisah sejarah masa dahulu diungkitkan kembali oleh Shaharom Husain melalui karya-karyanya. Terbuktilah bahawa Shaharom Husain begitu teliti dalam mengkaji segala unsur-unsur sejarah yang berlaku pada masa dahulu mahupun sekarang ini. Dapat kita lihat bahawa Shaharom Husain lebih menonjol sebagai penulis novel sejarah. Hal ini kerana, terdapat banyak novel-novel sejarah yang dihasilkan berbanding drama dan sebagainya. Kebanyakan karya yang dihasilkan diterapkan dengan pelbagai isu semasa yang berlaku di kalangan masyarakat contohnya seperti politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa dan sastera serta aspek kekeluargaan. Tidak dinafikan bahawa Shaharom Husain sangat menekankan aspek sejarah. Ini kerana, kebanyakan kisah sejarah yang dihasilkannnya melalui pengalaman hidupnya sendiri. Secara keseluruhannya, dapat diklasifikasikan bahawa Shaharom Husain banyak memberi sumbangan dan penglibatan dalam novel-novel berbentuk sejarah. 
RUJUKAN
Mana Sikana, 2006.  Shaharom Husain Sasterawan Sejarah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan             Pustaka.
Adnan Haji Md. Ikhsan, 1981. Shaharom Husain; Pencinta Budaya, Sastera dan Sejarah. Dewan
            Budaya.
Aziman Hasan, 1983. Cikgu Shaharom Husain Penulis Sejarah yang Gigih. Berita Harian.
Dinsman, 1979. Shaharom Husain Seorang Tokoh Sandiwara. Dewan Sastera.
Shaharom Husain, 1959. Tun Seri Lanang. Singapura : Pustaka Melayu.
Shaharom Husain, 1991. Drama-drama Shaharom Husain. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
            Pustaka.

NURUDIN AL-RANIRI 

Latar belakang
  • Nuruddin Muhammad bin Ali Hassan bin Muhammad Hamid Raniri.
  • Lahir di Gugerat ,India.
  • Berketurunan Arab Hadramaut
  • Pergi ke Mekah pada 1621 Masihi.
  • Belajar Bahasa Melayu daripada seorang Jawa di Mekah.
  • Ilmu agama disebarkan ke timur dan Acheh namu beliau gagal mempengaruhi rakyat Acheh.
  • Kambali semula ke Mekah pada 1637nuntuk melanjutkan pelajaran.
  • Datang semula ke Acheh bagi membetulkan ajaran fahaman Wujudiah yang diketengahkan oleh Hamzah Fansuri.
  • Seorang ulama Tasauf yang beraliran Wahadatul-Syuhud.(fahaman yang menafikan wujudnya persamaan antara  manusia dan semua kejadian alam dengan sifat-sifat Tuhan)
  • Dipelajari daripada Iman Al-Ghazali,Al-Suhrawi,Abu Thalib Al-Makki,Al-Khusairi dan Ibn Arabi
  • Menjadi ulama kesayangan Sultan Iskandar II.
  • Meninggal dunia pada September 1654.

Sumbangan dan hasil karya
  • Bertugas sebagai jurutulis Raja Acheh.
  • Sebagai penulis ulama.
  • Meghasilkan pelbagai karya yang paling popular ialah”Bustan Al-Salatin(taman Raja-raja)
  • Hasil karya yang lain ialah Siratul mustakim,Darul Faraid bisyarhil,Asrar Al-Insan Fi-Makrifat Al-Roh Wal-Rahman(1640),Akhbar Al-Akhirat Fi-Awwalil Qiamah(1642),Al-Tabyan Fi-Makrifati Al-Adyan(1644),Jawahir Al-Ulum Fi-Kasy Al-Maklum(1642),Fathal-Mubin Ala Al-Muhidin Hujjat Al-Siddik dll.

ABDUL RAUF SINGKEL

Latar belakang
  • Abdul Rauf bin Ali
  • Juga dikenali sebagai Tengku Syeikh Kuala(menetap dan mengajar di Kuala Sungai Acheh sehingga wafat)
  • Lahir di Singkel.(satu tempat di pantai barat Acheh)
  • Dikenali pada era 1615 hingga 1693 Masihi.
  • Banyak mencari ilmu di Timur Tengah dan tertumpu di Kota Madinah selama dua puluh tahun.
  • Berguru dengan Ahmad Al-Qusyasyi(setelah gurunya ini meninggal barulah beliau mendapat ijazah yang membolehkan beliau menyebarkan Tarekat Syatariyah.)
  • Ijazah ini diterima dari Maula Ibrahim Pengganti gurunnya.
  • Tentang bila sebenaranya beliau dilahirkan dan bagaimana sejarah kehidupannya tidak diketahui.
Sumbangan dan hasil karya
  •  Menjadi Guru kepada Ibrahim ibn Hassan Al-Kurani.
  • Tekun menyebarkan Agama Islam di acheh dan daerah Nusantara yang lain melalui kitab-kitabnya yang merupakanrjemahan kitab Al-Baidawi.
  • Buat pertama kalinya mengikhtisarkan Al-Quran dalam Bahasa Melayu.
  •  Hasil karangannya seperti Umdat Al-Muhtajin Ila Suluki Maslaki’i-Mufridin atau dalam melayunya pegangan segala mereka itu yang berkehendak menjalani jalan segala orang yang menggunakan dirinya.
  •  Mengarang kitab seperti Kifayat Al-Muhtajum,Mau’izat Al-Bani(karangan yang ditulis berdasarkan Al-Quran,hadis dan ucapan-ucapan sahabat-sahabat Nabi dan ulama-ulama besar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gambar 3D

Jemaah Nazir Blog