BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SELAMAT DATANG

Lokasi Online

what you waiting, just click.....

Sabtu, 21 Januari 2012

NoVeL TriLoGi CiNtA.....

KaRyA SiTi JaSmInA IbRaHiM

5.1.1.      Sinopsis Trilogi Cinta

Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis muda yang bernama Umi Citra Cempaka atau lebih dikenali sebagai Cempaka. Cempaka merupakan seorang penuntut di sebuah kolej Seni di ibu kota. Cempaka merupakan seorang wanita yang serius dan seorang yang lebih suka menyendiri. Cempaka pada awalnya memiliki seorang rakan karib iaitu Hana. Hana seorang pelajar yang berasal daripada Indonesia dan baru sahaja enam bulan menetap dan belajar di Kolej Seni. Walaupun mereka berdua akrab namun Hana masih tidak mengetahui tentang diri Cempaka. Namun Hana membiarkan sahaja kerana dia merasakan itua adalah hak peribadi Cempaka. Alfin Ong sangat tertarik dengan Cempaka. Dia merasakan bahawa terdapat keistimewaan yang wujud dalam diri Cempaka. Namun agak sukar dia untuk berbicara. Hal ini kerana apabila bersua mereka sering sahaja bermasam muka terutama Cempaka. Alfin juga memiliki seorang teman rapat iaitu Ezam. Alfin adalah seorang jejaka kacukan cina dan india. Cempaka juga sering dicemburui oleh seorang pelajar senior iaitu Munirah.


            Kisah bermula apabila cempaka terpaksa menghasilkan sebuah persembahan tarian bagi melaksanakan projek akhir semesternya bagi kursus di bawah pensyarah encik Ku Reza. Cempaka telah menghantar kertas cadangan yang bertajuk ‘Gema Trilogi’. Kertas cadangan Cempaka ini menarik minat beberapa orang pensyarah dan juga pelajar termasuk Alfin. Sebaik sahaja Alfin bertanyakan kepada Cempaka berkenaan ‘Gema Trilogi’ Cempaka akan mengelak atau terus diam membisu. Kemudian Cempaka berbaik dengan Alfin dan Ezam. Semua ini disebabkan kerana bagi tugasan Dr. Solehah dan Dr.Khaila mereka perlu menubuhkan kumpulan yang berlainan fokus seperti seni tari, seni taeter, seni lakon dan sebagainya. Akhirnya mereka berempat menjadi sahabat. Munira pula akhirnya menjadi teman Cempaka dan rakan-rakannya. Keadaan ini berubah apabila Munirah meminta bantuan Cempaka untuk melaksanakan tugasan bagi seni tarian zapin. Hasilnya Munirah lulus dalam peperiksaan tersebut.

            Cempaka juga bekerja sebagai penari dengan mengikut Mimi iaitu bekas pelajar Kolej Seni tersebut. Cempaka akhirnya bertemu dengan sahabat ibu dan neneknya. Iaitu Madam Monica yang juga merupakan ibu kepada Alfin. Banyak kenangan yang terimbau oleh mereka berdua. Begitu juga dengan ayah Cempaka, hubungan yang kurang mesra akhirnya menjadi lebih mesra dan bermakna. Semua ini adalah berkaitan dengan ‘Gema Trilogi’. Hasrat sebenar Cempaka adalah untuk mengadakan persembahan akhir bagi kursur encik Ku Reza diadakan di Kampung Ledang iaitu tempat asal dan tempat sejarah bagi Cempaka. Semua persiapan telah diatur atas bantuan rakan-rakannya, Madam Monica, ayah Cempaka dan juga pensyarah iaitu encik Ku Reza. Persemabahan ‘Gema Trilogi’ bermaksud kisah Cempaka dalam satu matlamat iaitu cinta kepada seni. Selain itu ‘Gema Triologi’ juga adalah untuk membantu untuk memulihkan ibunya daripada penyakit ganjil yang dialami selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya setahun yang lepas. Ibunya hilang ingatan dan hanya duduk kaku di kerusi roda. Keadaan ibunya seakan-akan mayat hidup.

            Namun dengan berkat usaha dan kesungguhan Cempaka ‘Gema Trilogi’ dapat dipersembahkan di kampung Ledang di atas pentas ibunya mempersembahkan gerak tari dahulu. Akhirnya dengan kuasa Allah yang maha besar ibunya dapat mengingat semula siapa dirinya. Ibunya telah mampu memanggil namanya dan mengerakkan tangannya. Selain itu Alfin juga telah memeluk islam setelah mendapat hidayah daripada Allah. Maka semua usaha untuk ‘Gema Trilogi’ yang dilakukan oleh Cempaka berhasil dan warisan seni kampung Ledang dapat dihidupkan kembali. Ayah dan ibu Cempaka bersatu kembali setelah lama berpisah secara sah. Kesudahannya bunga emas kampung Ledang senyum dan ceria kembali.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gambar 3D

Jemaah Nazir Blog