BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SELAMAT DATANG

Lokasi Online

what you waiting, just click.....

Puisi



Nada Sajak

Nada

bunyi tinggi rendah tekanan suara seseorang penyajak ketika mendeklamasikan sajaknya.

Melankolik
Menjurus kepada kesedihan, murung, mendayu-dayu dan hiba. Bila dideklamasikan sajak itu, luahan suranya adalah rendah dan perlahan.

Patriotik
Bertemakan perjuangan menentang penjajah, menegakkan keadilan, semangat kemerdekaan dan cintakkan negara. Memiliki ciri-ciri ketegasan dan semangat.

Romantik
Lebih cenderung melukiskan suasana hati atau perasaan pengarangnya. Bertemakan kasih sayang, percintaan, harapan dan impian. Menggunakan bahasa halus dan lembut kata-katanya.

Protes
Lebih cenderung melukiskan perasaan marah dan menggunakan kata-kata yang menunjukkan rasa marah, geram terhadap sesuatu isu atau pihak.

Sinis
Biasanya dapat dikenali apabila penyajak menyindir manusia atau mana-mana pihak dalam sesuatu isu tertentu. Penyajak kurang menonjolkan perasaam marah tapi hanya menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu isu atau pihak. Menggunakan unsur sindiran sebagai senjata utama penyajak.


PUISI


PUISI TAHUN 70 AN
                Pada tahun 70 an ini telah muncul seorang tokoh yang bernama Profesor Muhammad Haji Saleh.Beliau lebih menekankan unsure intelektual dan sensitivity dalam karya beliau.Beliau juga telah menerimahadiah sastera sebanyak 2 kali iaitu melalui sajak-sajak Pendatang ( 1973) dan Buku Perjalanan Si Tanggang 11 (1975).Kedua-kedua antologi yang dhasilkan beliau telah dipilih sebagai antologi terbaik ASEAN  pada 1976 di Manila.Kemunculan hadiah sastera pada waktu telah meransangkan ramai penulis baru dan lama menulis puisi.Jika dilihat secara kasarnya lebih 10 668 puisi telah dihasilkan dan tersiar dalam pelbagai penerbitan.
             Pada tahun 70 an lebih banyak penulis menggunakan tema dan persoalan berkaitan dengan peladang,nelayan,peniupan semangat politik,ekonomi dan sosial.Bukan sahaja Prof.Muhammad Haji Saleh yang memenangi hadiah saster bahkan Kemala juga pernah memenangi hadiah sastera melalui karyanya yang bertajuk Meditasi.Apabila berakhirnya hadiah sastera pada 1976,perkembangan puisi di negara mulai menjadi suram.Antara tokoh dan karya yang ada pada waktu Muhammad Haji Salleh yang dilahirkan di Perak pada 26 Mac 1942.Hasil karya beliau yang telah diantologikan ialah Sajak-sajak Pendatang ( 1973),Buku Perjanan Si Tanggang 11 (1957- 1975) dan Ini Juga Dunia Ku (1978).Manakala karya Baha Zain ialah Dalam Lingkaran (Dewan Sastera Mac 1971),Topeng-topeng (Dewan Sastera Julai 1971),Beberapa Catatan Kenangan ( Dewan Sastera Februari 1973) dan Menangguh Kebenaran (Dewan Sastera September 1973).
            Manakala penulis yang seterusnya ialah Latiff Mohidin.Karya beliau yang telah dihasilkan ialah Kura-kura dalam Taman(Dewan Masyarakat,Julai 1971) ,Bunga,Balam dan Awan (Dewan Sastera Julai 1971)Si Anak Rimba (Penulis April – Ogos 1972)Detik Itu Kembali Lagi (Dewan Sastera Disember 1972),Suara ( Dewan Sastera Julai 1973) dan Wayang Pak Dalang (Berita Minggu 11 November 1973).Penulis yang seterusnya ialah Kemala yang juga sangat aktif dalam penulisan negara.Antara karya beliau ialah Meditasi,Laut (Dewan Bahasa Julai 1972),Maknawi Itu Kekasihku(Dewan Sastera Disember 1975),Pada Setiap Kali Kau Tiba Ogos (Antologi Kaktus-kaktus) dan Bahawa Cinta Itu Kasihku.



PUISI TAHUN 1960-AN
            Pada tahun ini masih terdapat 2 orang tokoh penulis ASAS 50 iaitu Mansuri S.N dan Usman Awang.Bagi A.Samad Said,beliau menulis hanya untuk masa yang singkat pada awal tahun 60 an dan telah menonjol kembali pada zaman 70 an.Puisi Usman Awang pada wakru itu lebih kepada peristiwa-peristiwa yang menyentuh hatinya.Manakala Kassim Ahmad selalu menggunakan tema kepincangan masyarakat walaupun pada masa itu negara telah merdeka.Selain daripada Kassim Ahmad dan Anis Sabinin terdapat juga beberapa orang penulis yang memaparkan kisah kepincangan masyarakat seperti Baha Zain,Affandi Hassan dan Nik Muhammad Zain.Selain itu,terdapat juga dikalangan Guru-guru yang bergiat aktifpada tahun 60 an ini antaranya ialah Suhaimi Haji Muhammad,Wahab Ali,Kemala,Ahmad Razali dan Rejab F.I.Pada ketika itu juga terlalu banyak sajak yang menggambarkan pelbagai peristiwa terutamanya apabila Indonesia melakukan konfrontasi kepada Malaysia.Terdapat contoh puisi yang menggambarkan peristiwa seperti “Kerana 152” ( Antologi memuatkan 38 buah sajak)apabila terdapat kelulusan Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan pada 3 Mac 1967 oleh parlimen.Melalui peristiwa 13 Mei 1969 telah wujud beberapa puisi yang berteraskan kepada kejadian yang berlaku pada waktu tersebut.Pada zaman ini juga terlalu ramai pencipta muda yang menghasilkan puisi sehingga berlaku kehambaan puisi- puisi mereka.Bagi Alis Murni pula keadaan ini berlaku disebabkan oleh empat factor iaitu isi yang padat,kurangnya gambaran yang baru lagi segar,terlalu memetik istilah persajakan yang sudah hilang kebuatannya dan memberikan tinjauan rohaniah yang lebih dalam daripda kesedaran biasa.
           Tokoh dan karya yang telah ada pada zaman itu ialah Usman Awang yang telah menghasilkan karya Kemanusiaan,Anak Jiran Tianghua (Tema perpaduan kaum) dan Kambing Hitam ( sempena peristiwa 13 Mei ).Manakala Kassim Ahmad yang dilahirkan di Alor Star Kedah pada 9 September 1933.Beliau telah belajar di sekolah Melayu dan Inggeris.Antara hasil karya beliau ialah Antologi Kemarau di Lembah,Jalan ke Parlimen dan Sidang Roh.Baha Zain atau nama sebenar beliau ialah Baharuddin Zainal yang lahir di Perak pada 22 Mei 1939 .Beliau telah bersekolah di Anglo Chinese School,Teluk Anson dan Sekolah Anderson,Ipoh sebelum ke Universiti Malaya.Beliau juga telah menghasilkan puisi tetapi tidak banyak kerana puisi tersebut mengandungi pemikiran yang bernas dan padat.Terdapat juga sajak-sajak beliau yang telah diantologikan dalam Perempuan dan Bayang-bayang (1974) dan Dari Catatan Tengah Malam( 1978).Hasil karya beliau pada tahun 60 an ialah 69 (Dewan Bahasa,Januari 1969),13 Januari  (13 Januari 1969),Reintanasi ( Penulis,September 1969),Kolaj Gerakan Moden ( Penulis,September,1969)Surat 1 Januari 2000 ( Dewan Bahasa,Jun 1969) dan Dada Merah Jingga (Utusan Zaman 14 September 1969).Latif Mohidin yang dilahirkan di Seremban Negeri Sembilan pada 20 Ogos 1941.Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja dan Mercantile Insitution Singapore.Tetapi beliau telah berpindah ke King George,Seremban.Sajak pertama beliau yang telah dihasilkan ialah Tanah ini akan mencintai aku (Dewan Masyarakat Jun 1964).Antara hasil karya beliau ialah Sungai Mekong (1972),Kembara Alam ( 1974),Wayang Pak Dalang (1977) dan Sungai Mekong ( Dewan Masyarakat,Mei 1968).Manakala Kemala juga antara penulis yang aktif pada waktu itu atau nama sebenar beliau ialah Ahmad Kamal Abdullah yang dilahirkan di Gombak Kuala Lumpur pada 30 Januari 1941.Beliau bersekolah di Sekolah Melayu dan Agamadan seterusnya melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris ( 1958 – 1962) malah beliau merupakan Setiausaha GAPENA ( 1972-1974)Hasil karya beliau ialah Perjalanan Dalam Hujan Gerimis ( Berita Minggu 19 Januari 1964),Lagu Cinta Bapa Tani(1963),Lahirnya Seorang Anak Tani (1963) dan Jauh Di kota (Dewan Bahasa,April 1963).

TAHUN 50-AN
                  Tahun 50an ini merupakan kebangkitan politik dan sastera(Penubuhan asas 50).Kebanyakan tema puisi pada masa itu tertumpu kepada perjuangan kemerdekaan,soal kemiskinan rakyat,penderitaan warga petani,dan penindasan serta ketidak adilan terhadap kaum buruh.Jika dilihat menurut kajian yang di lakukan oleh Alis Murni pada tahun 1950 hingga 1957 terdapat 848 buah sajak yang tersiar dalam tiga majalah.Majalah-majalah yang dimaksudkan ialah Utusan Zaman,Mastika dan Hiburan.Jika dilihat secara lebih terperinci sajak bertemakan perjuangan kemerdekaan agak kurang jumlah penghasilannya berbanding tahun 1947 hingga 1949.Antara penulis yang menggunakan tema perjuangan kemerdekaan dalam hasil karyanya ialah Awam Il –Serkam,Usman awing,Abdullah Abdul Ghani,Abdul Ghani Rokambul,Malim Anuar,A.S.Amin dan Samad Said.Kemudian penulis penulis telah mula memperkatakan tentang kepincangan masyarakat.Disini dapat dilihat penulis seperti Mansuri S.N dan Usman Awangmenjadi orang yang penting dalam membicarakan tema kepincangan dalam masyarakat pada zaman itu.
                   Antara contoh hasil karya yang pentig pada waktu itu ialah berjudul Pandanglah Kami (Awan Putih) ciptaan Mansuri yang mengingatkan bahawa nasib bangsa-bangsa Melayu tidak akan terbela kalau asyik mengharapkan sesuatu daripada orang lain sekiranya kita tidak berusaha untuk mendapatkannya.Manakala Usman Awang lebih banyak menghasilkan puisi yang bercerita tentang penderitaan kaum buruh,nelayan dan petani yang tertindas pada zaman pemerintahan komunis.Terdapat beberapa contoh penulisan Usman Awang ialah Pak Utih(Utusan Zaman,14 November 1954)Penjual Air Batu (Utusan Zaman,3 Januari 1951),Nasib Buruh (Hiburan,6 Mei 1950),Kaum Buruh (Gelombang,halaman 17),Buruh Utusan Zaman 29.Julai 1956 dan Buruh Majikan (Utusan Zaman,15 Mei 1955)Selain itu,Usman Awang juga menghasilkan puisi yang bertemakan Zaman Darurat.
                  Tema yang telah diutarakan oleh Usman Awang dapat dilihat melalui dua buah karyanya iaitu Di Desa (Utusan Zaman,20 November 1953) dan di Balik Bukit (Utusan Zaman,6 Disember 1953).Dalam kedua0dua karya beliau ini menggambarkan tentang kehidupan pahit getir yang dialami oleh penduduk pada zaman itu yang hidup dalam keadaan darurat.Tambahan lagi,dalam tahun 50 an ini juga menampakkan kegigihan guru-guru Melayu dalam membangkitkan semangat kebangsaan terhadap penduduk Tanah Melayu dan juga kepada pelajar-pelajar supaya sentiasa mencintai negara.Keadaan seperti ini dapat dilihat melalui hasil penulisan yang disiarkan melalui Majalah Guru seperti Buana Terdedah (M.P Melaka,Julai 1952),Di Tepi Sungai Semantan(Hasni,Ogos 1952).
                  Perkembangan kesusuteraan ini dapat dilihat pada tahun 1955 yang telah wujud penulis-penulis puisi yang digelar sebagai penyair kabur.Hal ini berlaku disebabkan oleh penulisan mereka jauh menyimpang dari tradisi yang dipelopori oleh Mansuri dan Usman.Selain daripada itu,terdapat juga penulis dan penyair kabur antaranya adalah Noor.S.I,A.S.Amin,M.Ghazali kemudian diikuti oleh A.Samad Said dan Salmi Manja.Akibat daripada kewujudan penulis dan penyair yang kabur telah menyebabkan berlakunya polemik yang hebat antara penulis tradisi dan penulis kabur.Kekaburan ini berlaku apabila penggunaan kata-kata,gaya bahasa dan perlambangan yang terlalu personal sifatnya sehingga menyebabkan wujudnya pelbagai jenis karya pada waktu itu.
TOKOH-TOKOH DAN KARYA-KARYA
                Tokoh yang telah ada pada tahun 50 an ialah Mansuri S.N yang telah menghasilkan karya tidak kurang daripada 50 buah puisi.Antara karya-karya beliau yang terkenal pada waktu itu ialah Seribu Harapan ( 1951), Melangkah Sekarang ( Mastika, 1953),Perjuangan yang belum selesai (Utusan Zaman,1953),Pandangan Kami ( 1951),Cerita Wak Tua ( 1950 – 1956) dan yang terakhir ialah Darma ( September 1955).Manakala,pada waktu itu juga selain Mansuri,Usman Awang juga mula berkarya dan menghasilkan pelbagai penulisan,antara hasil karya beliau ialah Nelayan (Mastika 1951),Gadis di kuburan (Mastika 1953),Pak Utih ( Utusan Zaman 1954),Nasib Buruh ( Mei 1950),Khabar Dari Asia ( Mei 1955) dan yang seterusnya ialah Ke Makam Bonda (195).Penulis yang seterusnya yang aktif seperti Mansuri dan Usman ialah Halim Nuar atau nama sebenarnya beliau ialah A.Ahmad Saad ( Malihan ).Beliau yang dilahirkan di Jitra,Kedah dalam tahun 1932 dan beliau merupakan bekas pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris.Peduli Apa (Mastika 1953),Menanti ( Utusan Zaman 1954),Dugaan ( Mastika 1954 ),Minta Jawapan ( Utusan Zaman  1954) dan Jejak Ke Bumi ( Mastika 1954).
                Penulis-penulis lain banyak yang bergiat aktif selain daripada yang di atas antaranya Afrini Adham yang berasal dan dilahirkan di Alor Star,Kedah.Selain daripada bergiat aktif dalam sajak beliau juga bergiat aktif dalam penulisan cerpen.Antara hasil karya beliau ilah Pena Hatiku ( 1952) dan juga Rahsia Sajakku ( 1953).Setelah itu muncul A.Samad Said yang telah menghasilkan lebih daripada 70 buah sajak.Bakyak hasil karya beliau yang termuat di dalam Utusan Zaman,Mastika ,Remaja,Bintang dan Dewan Bahasa.Selain itu,beliau juga dikatakan sebagai penghubung satu zaman dengan satu zaman ( menurut peredaran poitik dan sejarah negara)Malahan beliau juga merupakan salah seorang pemenang pejuang sastera dalam tahun 1975.Antara hasil karya beliau yang populr ialah Irama Ridu ( 1954)Kepada Gadis Manis (1954),Titisan Darah Di Tanah Indah (November 1956) dan juga Pertama dan Terakhir ( April 1957 ).A.S Amin atau nama sebenar beliau ialah Adnan Haji Abdul Rahman yang lahir di Parit,Perak pada 9 Disember 1929.Beliau telah mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Pasir Putih,Ipoh Perak dan juga belajar bahasa Inggeris di sekolah di Singapura dalam tahun 1953.Beliau juga pernah bekerja sabagai budak pejabat,pengatur huruf akhbar Berita Perak,anatara tahun 1958 – 1964 beliau telah menjadi wartawan dengan mengendalikan Gelanggang filem Malah telah menghasilkn kira-kira 100 buah sajak.Antara sajak yang popular dalam tahun 50 an ialah Daerah Yang Hilang ( Utusan Zaman 1957), Kawan ( 1957),Anak Berbaju Merah ( 1958) dan Bulan Di Hujung Atap ( 1958).
                     Pada zaman itu juga muncul juga penulis M.Ghazali atau Muhammad Ghazali  yang dilahirkan di Sungai Udang,Melaka pada 22 Jun 1930.Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu dan menyambung pelajaran di sekolah Al-Junied di Singapura.Malah beliau juga pernah menjadi guru sebelum berkhidmat sebagai penyemak ( Utusan Zaman dan Melayu Raga).M.Ghazali juga pernah terlibat dengan mogok pada tahun 1961.Penulis yang seterusnya ialah Noor S.I atau nama sebenar beliau ialah Ismail bin Haji Omar yang lahir di Singapura pada 5 Ogos 1933.Beliau telah bersekolah di sekolah Melayu Kota Raja hingga tahu 5.Setelah itu beliau telah bekerja di Jabatan Ukur dan Penerbitan Pustaka Nasional Singapura dan mula menulis sajak pada tahun 1953.Selain itu beliau juga bergiat aktif dalam drama radio dan penulisan cerpen.Majalah yang pernah menyiarkan hasil karya beliau ialah Mingguan Melayu,Hiburan,Warta Mingguan,Belia,Mastika,Remaja,Utusan Zaman,Dewan Bahasa,Dewan Sastera dan Bahasa.Antara karya beliau ialah Kisah ( 1954),Yang Tidak Dilupakan ( 1955),Tinggal Kenangan ( 1957),Pertama dan Kedua ( 1957) dan Senja ( 1958).                   

Peringkat awal
Penulis sajak yang pertama ialah Harun Muhammad  Amin Al-Rashid.Di Malaysia sajak dipelopori oleh pungguk(cikgu Mohammad Yassin bin Makmur).Alis Murni dan Ali Haji Ahmad sependapat menyatakan bahawa  puisi melayu di Malaysia bermula pada tahun pelopor puisi melayu moden. Dalam penghasilan puisi pungguk dan rakan-rakannya telah meletakkan kepentingan idea dan pemikiran dalam sesebuah hasil puisi. Namun pada peringkat awal ini juga Melayu masih terikat dengan pantun dn syair.

TOKOH-TOKOH DAN KARYA
Muhammad Yassin bin Makmur. Lahir di Brickfield ,Kuala Lumpur pada 18 September 1610.Menjadi guru pelatih pada tahun 1928.Kemudiannya memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris(1929-1931).Antara karyannya ialah keluh kesah(Mac 1934),selalu merayu(Mac 1934),tak di sangka-sangka(Mac 1934),pujukan hati(Mac 1934),ibuku(Mac 1934),waktu senja kala(Julai 1935),oh tuhan (Julai 1936),adinda ku sayang(Julai 1936)tiada bernama(Mac 1938).Kasmani Hj Arif.(Tiada catatan lengkap mengenai biodatanya).Guu sekolah di Batu Pahat Johor.Antara karyanya ialah pertanyaan sukma(1 Febuari 1937),anjakan (1Febuari 1937) melalui warta jenaka.selain itu hasil karya beliau juga diterbitkan melalui warta ahad dan idaman(tanah airku 22 januari 1939 dan rahsia kemenangku Julai 1940 dan idaman.Daniel (Danian)Din,Pulau Pinang (tdak diketahuai siapa sebenarnya)Karyanya karya ialah ketamaduan Timur Ke Barat November 1937 dan Kenapa Jun 1938.Ys.Darwis Amin (tiada diketahui siapa sebenarnya)Karya Adat Dunia 22 Jun 1939(Suara Malaysia)Cintati.MuhammadYusuf Arang.menggunakan pelbagai nama pena antaranya “Jiwa”.Beliau merupakan kelulusan maktab perguruan sultan idris tanjung malim perak.Pernah menjadi tenaga pengajar di sekolah melayu pontian,Johor.Beliau juga seorang yang bergiat aktif dalam penulisan rencana dan juga novel.Antara hasil karya puisi beliau yang berjaya diterbitkan ialah “Oh Dia”,April 1940 dan Darah Muda pada Septembar 1941.Manakala Abu Samah(tiada keterangan yang lanjut tentang diri beliau).Beliau berasal dari Kuala Pilah Negeri Sembilan.Antara hasil karya beliau ialah Harta Dunia( Januari 1941),Khayal(Jun 1941),Tanah Airku(Julai 1941)Fitnah (Julai 1941)



Pasar Pengalaman
T. Alias Taib

Maksud

pisau cukur
Rangkap 1
Kata-kata pujukannya berbisa.
Kata-kata pujukan perempuan mata pisau cukur amat mempersonakan.

Rangkap 2
Diucapkan kata-kata pujukan itu
Kepada lelaki kota yang kaya

Rangkap 3
Kata-kata yang penuh dengan penipuan
Menyebabkan lelaki kota mudah terpedaya

Rangkap 4
Semakin lama mereka menjadi semakin berpengalaman
Kata-kata penipuan sentiasa digunakan untuk menjerat lelaki-lelaki kaya.

di atas pagar
Rangkap 5
Pemimpin yang bijak
Sentiasa berada dalam keadaan selamat
Supaya tidak dikecam oleh masyarakat sekeliling

Rangkap 6
Pemimpin yang hanya pentingkan diri sendiri
Mengaut keuntungan untuk kepentingan diri
Tidak memikirkan kesusahan rakyat

sumpah-sumpah
Rangkap 7
Lelaki yang suka menipu
Pandai berkata-kata
Bijak dalam berbicara dan sentiasa mencari jalan untuk menipu mangsanya

Rangkap 8
Sentiasa mencari mangsanya
Akan hilang apabila kemahuannya tercapai

Rangkap 9
Penipuan yang dilakukan penuh berhati-hati
Sentiasa mengikut keadaan
Agar kemahuannya sentiasa mengena

ayam
Rangkap 10
Masyarakat yang hidup dalam suasana yang sunyi

Rangkap 11
Masyarakat yang tidak mempunyai apa-apa
Rangkap 12
Masyarakat yang hidup dalam keadaan sombong dan megah
Walhal mereka tidak mempunyai apa-apa

Tema
  • Kepelbagaian ragam manusia dalam kehidupan seharian. .
Persoalan
  • Sikap dan ragam manusia yang berbagai.
  •  Manusia tidak tetap pendirian.

RUANG ISTIMEWA MASIH TERBUKA.
Khadijah Hashim

Makna
Rangkap 1
Rumah Tuhan yang penuh dengan keberkatan
Sentiasa merasakan ketenangan dalam mengerjakan ibadat
Rumah Tuhan yang sentiasa mengingatkan kita tentang kelemahan diri

Rangkap 2
Mengeratkan ikatan persaudaraan antara satu sama lain
Rumah Tuhan yang sentiasa membuatkan kita mengawal  kelemahan diri

Rangkap 3
Rumah Tuhan yang sentiasa terbuka untuk semua umat Islam
Memohon kemaafan dan hajat agar diri sentiasa berada di jalan yang benar
Mohon diperkukuhkan iman di hati

Tema
  • Bertemakan tentang amalan manusia dalam meneruskan kehidupan.

Persoalan
  • Kepentingan agama dalam kehidupan setiap manusia yang bergelar umat Islam.
  • Muhasabah diri yang perlu ada dalam diri setiap insan.
  • Keinsafan
  • Kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t dalam menentukan hidup umat-Nya

SESEKALI DALAM SAJAK
Nawawee Mohammad

Makna
Rangkap 1
Menjurus kearah keagamaan. Menyatakan prinsip hidup sebagai manusia yang mempunyai maruah diri dan berpendirian, iaitu tidak harus terlalu merendah diri dan menyerah. Sifat berterus terang, berani menentang sesuatu yang bertentangan dengan prinsip yang diyakini dan ikhlas dalam tindakan; banyak membawa kebaikan.

Rangkap 2
Setiap manusia bernaung di bawah hukum agama yang dianuti. Orang yang mempunyai pendirian dan yakin  dengan pegangan hidup dan anutan agama, tidak akan melakukan sesuatu secara melulu.

Rangkap 3
Setiap manusia tidak akan terlepas dari hukum yang ditetapkan oleh Allah s.w.t sepanjang menjalani kehidupan mereka.

Rangkap 4
Tidak salah menentang lumrah hidup selagi tidak bertentangan dengan syariat Allah. Penyajak berpendapat, semua perbuatan manusia di dunia ini tidak terlepas daripada hukum yang ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Tema
  • Bertemakan keagamaan.

Persoalan
  • Kehidupan manusia yang pelbagai ragam.
  • Tanggungjawab manusia terhadap Allah s.w.t.
  • Realiti kehidupan yang kadang kala membawa kesusahan kepada orang lain.

NASI AYAM LAUT SEPINGGAN
J.M. Aziz

Makna
Rangkap 1
Kebahagian atau kemanisan dalam hidup berumah tangga. Kehidupan yang sangat bahagia bagi pasangan yang menjalani kehidupan berumah tangga. Tanggungjawab yang dipegang sebagai insan yang bergelar suami isteri.

Rangkap 2
Kenikmatan hidup berumah tangga.

Tema
  • Sajak ini bertemakan kasih sayang dalam kehidupan rumah tangga.

Persoalan
  • Kasih sayang antara suami dan isteri.
  • Kenikmatan berumah tangga.

Anak Global
Muhammad Haji Salleh

Makna
Rangkap 1
Ruang kereta api yang mula dipenuhi oleh manusia

Rangkap 2
Kelihatan di hadapan penyajak seorang anak muda yang cukup bergaya dengan kemewahan.

Rangkap 3
Dari pandangan jauh, penyajak  melihat anak muda itu hanya sebagai pemuda biasa.

Rangkap 4
Dari pandangan dekat, anak muda itu seolah-olah seperti orang ternama. Memakai barangan berjenama keluaran luar negara.

Rangkap 5
Penyajak bertanya dalam diri mengenai anak muda tersebut. Dimana lambang anak muda tersebut sebagai warga tempatan. Segalanya telah berubah dari segi pertuturan yang lebih kepada bahasa Inggeris dan berbagai lagi. Penyajak mencari di mana ketulenan anak muda tersebut sebagai warga tempatan.

Rangkap 6
Namun, apa yang ditemui penyajak hanyalah sisa-sisanya sahaja. Kebanyakan yang dibawa oleh anak muda tersebut lebih ke arah barat.

Rangkap 7
Penyajak kecewa dengan anak muda kini yang lebih mementingkan kemewahan-kemewahan yang dibawa dari negara luar berbanding negara sendiri.

Tema
  • Bertemakan tentang anak muda yang hilang nilai bangsanya sendiri.
Persoalan
  • Remaja yang mudah terpengaruh dengan cara hidup barat.
  • Perubahan zaman yang mengubah kehidupan remaja tempatan.
  • Sifat anak muda yang lupa dengan asal usul dirinya.
  • Sifat kemelayuan anak muda yang semakin pupus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gambar 3D

Jemaah Nazir Blog