BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SELAMAT DATANG

Lokasi Online

what you waiting, just click.....

Laman Budaya

Tarian Sumazau

merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei.
Ilham tarian Sumazau ini adalah daripada corak penerbangan burung helang yang disaksikan petani-petani yang berehat di sawah sewaktu musim menuai. Setiap penari yang menjayakan tarian ini hendaklah bergerak beberapa sentimeter saja daripada penari lain tanpa bersentuhan.
Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.
Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong, biasanya 6 buah gong yang berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus. Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan desa.
Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan, namun tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan "Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan pada selepas menuai padi.
Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas. Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta talipinggang (tangkong) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars). Penari lelaki biasanya akan memaki tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering.
Kini tarian Sumazau diadakan dalam banyak majlis keramaian seperti majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis keraian menyambut ketibaan orang-orang kenamaan, di mana ia turut juga ditarikan oleh semua yang hadir dengan tidak mengira suku kaum dan peringkat umur bagi memeriahkan majlis tersebut tanpa memakai pakaian tradisional hitam.
Sumber Rujukan:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Sumazau

Tarian Mengalai Suku Kaum Sungai 


            Peralatan Muzik
           
Terdapat tiga peralatan yang digunakan dalam mengiringi tarian Mengalai ini. Antaranya ialah Gong, Kulintangan dan Gendang. Gong ialah sejenis alat muzik yang berasal dari daerah Kudat, Sabah. Gong ini juga  berbentuk bulat dan mempunyai bulatan yang timbul ditengah-tengah permukaan gong tersebut.
Di sebalik alat muzik ini wujud satu cerita berkaita dengan gong itu sendiri. Gong ini dikatakan berasal daripada seorang wanita. Wanita tersebut tidak boleh meningal kecuali menggunakan sebuah alat yang berbentuk seakan tudung saji. Selain itu mestilah diperbuat daripada tembaga. Selepas itu wanita tua tersebut ditutup mengunakan gong lalu meninggal dunialah ia. Melalui kejadian itu maka terwujudlah gong itu sendiri.
Gong ini juga digunakan sebagai barang hantaran kepada pihak pengantin perempuan. Namun pada masa kini tidak ramai masyarakat sungai sendiri yang mengamalkan Gong sebagai barang hantaran. Kebiasannya terdapat tiga biji Gong yang di gunakan semasa memainkannya. Tetapi ke semua Gong yang digunakan adalah berbeza dan bunyinya juga berlainan.
 Seterusnya ialah alatan muzik yang dipanggil Kulintangan. Pekataan “Kulintangan” itu wujud dikatakan akibat gabungan daripada perkataan kuli + tangan maka terhasil perkataan kulintangan disebabkan oleh cara sebutan itu sendiri. Masyarakat lampau mencipta kulintangan sebagai alat hiburan sahaja.
Kulintangan ini diperbuat daripada tembaga. Bentuknya seakan akan Gong namun kulintangan ini lebih kecil saisnya jika dibandingkan dengan Gong. Kulintangan ini diketuk mengikut saisnya terdapat lapan hingga sembilan kulintangan yang digunakan semasa memainkannya. Kulintangan ini akan diletakkan di atas sebuah rangka kayu yang rendah. Pemain Kulintangan ini akan duduk di lantai berhadapan dengan alat muzik. Bagi memukul Kulintangan ini pemain mengunakan dua pemukul kayu. Kebiasannya panjang pemukul kayu itu bersamaan satu hasta.
Peralatan yang terakhir ialah Gendang. Gendang ini sebenarnya tidaklah memainkan peranan yang penting dalam alunan muzik Mengalai ini. Fungsinya adalah untuk menyerikan lagi muzik itu sendiri. Namun di daerah Beluran, golongan tua atau orang lama ini mengunakan gendang yang diperbuat daripada aliminium(mengunakan tin yang terbuang). Gabungan daripada kesemua peralatan ini membentuk satu bunyi yang merdu dan dipanggil muzik mengalai.


Asal Usul 
Tarian ini bermula daripada zaman nenek moyang dulu. Tarian ini dicipta hanya untuk  hiburan sahaja. Selain itu dengan adanya tarian ini menunjukkan identiti suku kaum tertentu, melalui tarian ini menunjukkan tradisi suku kaum sungai di daerah Beluran.Tarian mengalai ini di katakan berasal dari perkataan Tambur. Tambur merupakan sejenis alatan yang digunakan dalam majlis tari menari di zaman lampau atau waktu dahulu. Dalam erti kata yang lain tarian Mengalai dikaitkan dengan orang yang sedang berhibur sambil mengerakkan badan dengan pergerakan yang longlai mengikut alunan muzik tradisional yang dimainkan.Namun ada pendapat lain yang menyatakan maksud mengalai itu sendiri sama dengan erti menari. Tetapi jika dilihat secara terperinci kedua-dua pandangan ini boleh di guna pakai. Untuk pengetahuan juga tarian Mengalai ini terdapat dua jenis iaitu tarian Mengalai Sugut dan Labuk. Terdapat beberapa perbezaan dalam kedua-dua tarian ini.Tarian Mengalai ini merupakan tarian sezaman. Keadaan ini disebabkan tarian Mengalai ini berkembang mengikut peredaran zaman. Walaubagaimanapun tidak ramai individu terutamannya remaja yang ingin mempelajari akan tarian ini. 

Pantang Larang Dalam Tarian 
Ketika menarikan Tarian Mengalai ini dikatakan wujud satu pantang larang iaitu tidak di benarkan ketawa (tidak fokus). Para penari dibenarkan memperlihatkan wajah ceria tetapi tidak boleh ketawa. Dipecayai apabila orang yang menarikan tarian ini ketawa dengan kuat (sehingga hilang fokus dalam tarian), maka mereka dikhuatiri akan dirasuk oleh makhluk halus. Hal ini tidak di ketahui mengapa makhluk halus tersebut menganggu.Namun keadaan seperti yang terkandung dalam pantang larang tarian ini tidak dapat disahihkan kebenarannya. Hal ini kerana tarian ini juga telah berubah mengikut peredaran zaman. Hanya beberapa orang sahaja yang mengetahui pergerakan sebenar yang mampu melibatkan makhluk halus itu tadi. 

 Cara Menarikan Tarian
Dalam menarikan Tarian mengalai ini tiada peralatan tambahan. Hanya lenggokan badan, pergerakan jari-jemari yang lembut dan longlai. Ketika menari para penari perlu fokus supaya lenggokan dan gerakan selari dengan rakan yang lain.Terdapat dua jenis tarian Mengalai ini iaitu Mengalai Sugut dan Labuk. Namun dapat dilihat perbezaan dalam kedua-dua tarian ini. Antara perbezaan yang jelas dapat dilihat ialah melalui pergerakan hayunan tangan. Bagi Tarian Mengalai Sugut tangan diluruskan kehadapan dan satu lagi berada di bahagian belakang. Selain itu kedua tangan terbuka dan bebas.Namun bagi Tarian Mengalai Labuk tangan dari paras siku akan ditegakkan ke atas. Manakala tangan akan digerakkan secara berpusing. Apabila tangan kanan di angkat tangan kiri akan berada di hadapan dada secara mendatar. Namun terdapat juga persamaan iaitu pergerakan kaki adalah sama iaitu dua langkah ke kiri dan dua langkah ke kanan. Penari lelaki dan perempuan mempunyai pergerakan yang sama.

 Tujuan Tarian
Tujuan tarian ini adala untuk menghiburkan penonton. Tidak ada kaitan dengan perkara mistik contohnya cara perubatan tradisional. Tarian ini hanya menunjukkan keunikan tarian tersebut sahaja. Selain itu melalui tarian ini mampu menampakkan keunikan sesuatu suku kaum itu sendiri terutamanya di Sabah.Selain itu tarian ini biasanya dipersembahkan ketika majlis perkahwinan. Tujuannya adalah sebagai mengalu-alukan kehadiran pengantin. Selalunya kedua mempelai juga akan turut menarikan tarian ini bersama-sama tetamu jemputan. Namun di zaman moden ini tarian ini dijadikan sebagai salah satu persembahan pentas ketika majlis rasmi sedang berlangsung.
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gambar 3D

Jemaah Nazir Blog