BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SELAMAT DATANG

Lokasi Online

what you waiting, just click.....

Khamis, 8 Mac 2012

Persoalan & Pemikiran Novel 6:20

Persoalan dan Pemikiran dalam novel 6:20

Dalam novel ini terdapat beberapa persoalan. Antara persoalan yang terdapat dalam novel iaitu kegigihan dan ketekunan seorang remaja dalam mendapatkan sesuatu yang diinginkan. Dalam novel ini pemikiran ini didukung oleh watak utama iaitu Sukma. Hal ini kerana Sukma merupakan seorang pelajar perempuan sebuah pusat pengajian tinggi. Pemikiran ini dapat ditonjolkan oleh watak Sukma kerana dalam novel ini Sukma adalah penggerak utama bagi menumpaskan aktiviti kumpulan ruang sepi. Semua ini bermula apabila sukma mengetahui bahawa rakannya iaitu Jerry terlibat. Kemudian Sukma ingin membantu Jerry supaya keluar daripada kumpulan tersebut. Hal itu lah yang menyebabkan Sukma mencari siapa dalang disebalik aktiviti ruang sepi dalam kelab WX2. Contoh kegigihan dan ketekunan Sukma dalam melakukan penyiasatan dapat dilihat dalam petikan berikut,

“Abang jangan takut. Saya yang tinggal di rumah putih tu. Rumah Haji Syaqir. Abang pernah datang ke rumah saya, menunggu di pintu pagar. Abang ingat tak?. Lelaki itu keliru. Saya pegang lengan bajunya. Saya tidak mau mahu mengalah. Abang datang hari selasa lepas. Jam 6:20 pagi. Ya, memang abanglah orangnya. Abang bersila di sepan pintu pagar. Ingat tak?”.

(Siti Jasmina Ibrahim.2006:80-81)

Petikan di atas membuktikan bahawa Sukma seorang yang berusaha keras. Sehinggakan Sukma berjaya menemui salah seorang tetamu tidak diundang, yang sering sahaja datang di rumah mereka tepat 6:20 pagi.

Ahad, 4 Mac 2012

Pendekatan Biografi

Pendekatan Biografi

     Menurut Talib samat (2008) dalam penyelidikannya yang bertajuk ‘Biografi Lapan Orang Pemegang Gelaran Tengku Menteri (Perak) Daripada Keturunan Tengku Menteri Ngah Ibrahim Sejak Abad Ke:19 Hingga Tahun 2006’ menyatakan pendekatan biografi bermaksud 

‘penulisan biografi atau riwayat hidup seseorang tokoh itu ditulis oleh orang lain mengikut kronologi atau perkembangan riwayat hidupnya dari satu fasa kehidupan ke satu fasa kehidupan yang lain. Penelitian kajian menggunakan pendekatan ini bererti seseorang pengkaji memfokuskan perkembangan hidup seseorang tokoh besar atau kecil berasaskan pelbagai sumber rujukan sama ada sumber pertama seperti mewawancara tokoh itu sendiri atau waris-waris keturunan dan sahabat handainya yang masih hidup. Manakala penggunaan sumber kedua bererti meneliti surat-surat peribadi, koleksi ucapannya mahupun artikel-artikel surat khabar, majalah, buku, mikrofilem dan sebagainya yang boleh memberikan maklumat tentang tokoh tersebut untuk menguatkan lagi pentafsiran dan penulisan biografi tokoh tersebut’.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gambar 3D

Jemaah Nazir Blog