BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SELAMAT DATANG

Lokasi Online

what you waiting, just click.....

Khamis, 8 Mac 2012

Persoalan & Pemikiran Novel 6:20

Persoalan dan Pemikiran dalam novel 6:20

Dalam novel ini terdapat beberapa persoalan. Antara persoalan yang terdapat dalam novel iaitu kegigihan dan ketekunan seorang remaja dalam mendapatkan sesuatu yang diinginkan. Dalam novel ini pemikiran ini didukung oleh watak utama iaitu Sukma. Hal ini kerana Sukma merupakan seorang pelajar perempuan sebuah pusat pengajian tinggi. Pemikiran ini dapat ditonjolkan oleh watak Sukma kerana dalam novel ini Sukma adalah penggerak utama bagi menumpaskan aktiviti kumpulan ruang sepi. Semua ini bermula apabila sukma mengetahui bahawa rakannya iaitu Jerry terlibat. Kemudian Sukma ingin membantu Jerry supaya keluar daripada kumpulan tersebut. Hal itu lah yang menyebabkan Sukma mencari siapa dalang disebalik aktiviti ruang sepi dalam kelab WX2. Contoh kegigihan dan ketekunan Sukma dalam melakukan penyiasatan dapat dilihat dalam petikan berikut,

“Abang jangan takut. Saya yang tinggal di rumah putih tu. Rumah Haji Syaqir. Abang pernah datang ke rumah saya, menunggu di pintu pagar. Abang ingat tak?. Lelaki itu keliru. Saya pegang lengan bajunya. Saya tidak mau mahu mengalah. Abang datang hari selasa lepas. Jam 6:20 pagi. Ya, memang abanglah orangnya. Abang bersila di sepan pintu pagar. Ingat tak?”.

(Siti Jasmina Ibrahim.2006:80-81)

Petikan di atas membuktikan bahawa Sukma seorang yang berusaha keras. Sehinggakan Sukma berjaya menemui salah seorang tetamu tidak diundang, yang sering sahaja datang di rumah mereka tepat 6:20 pagi.


Seterusnya penulis juga mengetengahkan beberapa persoalan lain. Antaranya iaitu persoalan tentang anasir luar yang ingin menghuru-harakan keamanan negara. Hal ini kerana dalam novel ini pengarang mengetengahkan unsur-unsur luar yang berfungsi untuk menganggu guggat keamanaan negara. Pemikiran ini jelas digambarkan oleh kumpulan yang terlibat dengan ruang sepi di dalam kelab WX2. Contohnya seperti dalam petikan di bawah.

“...Sukma nak ke Kelab WX2. Tempat itu disalah guna. Dah lama mereka bohong kepada ayah. Ada agenda yang berlangsung untuk merosakkan keamanan di sini dan di daerah lain.”

(Siti Jasmina Ibrahim.2006:203)

Petikan di atas jelas menunjukkan bahawa terdapat anasir yang ingin menganggu keamanaan negara yang telah lama dijaga. Persoalan ini juga melihat kepada realiti pada masa kini iaitu terdapat kumpulan ajaran sesat yang boleh merosakkan keamanan negara. Oleh itu persoalan ini ditulis oleh penulis dengan melihat situasi masa kini dan bukan hanya imaginasi semata-mata.

Kemudian penulis juga mengetengahkan persoalan tentang kaum wanita. Hal ini jelas dilihat apabila penulis sendiri mengunakkan watak utama adalah wanita dan juga kebanyakkan kisah ini adalah berkisarkan kepada dua orang wanita iaitu Sukma dan ibunya. Persoalan berkisarkan kaum wanita ini juga terbahagi kepada dua iaitu wanita yang bijak dan mengunakan untuk jalan yang benar dan wanita yang bijak namun menggunakan untuk jalan yang salah. Watak ibu Sukma merupakan kaum wanita yang mendukung persoalan wanita yang bijak namun menggunakannya untuk jalan yang salah. Hal ini berlaku kerana ibu Sukma seorang yang bijak dan berpendidikan. Namun akhirnya ibunya terjebak dalam pengembangan fahaman baru iaitu ruang sepi dalam kelab WX2. Contohnya dapat dilihat dalam petikan berikut.

“Dia dihormati di syarikatnya. Dia selalu beri ceramah dalam bidangnya dan juga bersangkutan ideologi tokoh-tokoh besar.

...

...

Ketika ibu di Amerika dan ikut aktiviti golongan muda di sana. Ayah tahu semua tu, bukan? Waktu ibu berhenti kerja, buku-buku yang dibawa pulang bertimbun dalam perpustakaan dan ada sesetengahnya sudah hilang daripada simpanan kita. Buku-buku itu tidak lain berkisar tentang semangat berjuang, menganjurkan golongan muda supaya berani bersuara mendapatkan hak asasi manusia. Kebebasan bersuara menjadi matlamat gerakan ini yang terus mendorong ke arah kebebasan mutlak individu. Hukum halal haram tak masuk perkiraan.”

(Siti Jasmina Ibrahim.2006:205)

Petikan di atas menggambarkan tentang kebijakkan ibu Sukma. Namun ibunya terlibat dengan fahaman yang menyesatkan para remaja di kawasan mereka. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kepandaian yang dimiliki oleh ibu Sukma telah di salah guna.

Persoalan wanita yang kedua iaitu dibawa oleh watak Sukma sendiri, iaitu wanita yang bijak dan menggunakan kelebihan yang ada untuk kebaikan. Hal ini kerana Sukma bijak dalam melakukan siasatan tentang ruang sepi yang sering diperkatakan oleh rakan-rakannya. Setiap perkara yang dilakukan juga adalah untuk membantu rakan-rakannya supaya dapat keluar daripada kumpulan ruang sepi tersebut. Contohnya boleh dilihat melalui petikan berikut.

“Begitulah yang berlaku sejak mula saya mengetahui tentang kumpulan ini, tentang rahsia hidup saya dan identiti ibu. Semuanya berlaku dalam masa tujuh hari, dua minggu lepas. Hari ini saya menceritakan kepada semua yang hadir, kepada para peguam dan Yang Arif tentang segala kebenaran yang saya tahu.”

(Siti Jasmina Ibrahim.2006:226)

Petikan di atas jelas menunjukkan bahawa Sukma menggunakan kepandaian yang ada untuk membongkar rahsia disebalik kumpulan ruang sepi di dalam kelab WX2. Hasilnya aktiviti kumpulan ruang sepi dapat ditumpaskan walaupun dalang sebenar masih tidak diketahui.

Seterusnya adalah persoalan tentang sikap saling bantu-membantu antara satu sama lain. Persoalan ini dapat dilihat melalui watak Sukma dan rakan-rakannya. Hal ini kerana bukan Sukma sahaja yang melakukan penyiasatan tentang kelam WX2. Namun Sukma dibantu oleh rakannya seperti Teja dan Rafiq. Petikan di bawah mengukukuhkan lagi tentang persoalan yang ditonjolkan oleh penulis.

“ Saya menelefon Teja dan meminta dia beritahu Rafiq yang saya akan berjumpa mereka di Kafe Flora dalam tempoh lima belas minit. Teja bersetuju, lagipun mereka sudah memperoleh matlamat baharu selepas menemui Abang Aim. Saya sudah tidak sabar hendak mendengarnya. Saya segera melangkahi anak tangga.”

(Siti Jasmina Ibrahim.2006:155)

Petikan di atas jelas memaparkan bahawa sikap saling bantu-membantu akhirnya membuahkan hasil. Oleh itu melihat dunia realiti kini, sikap ini perlu diteruskan dan dikekalkan dalam masyarakat kita.

Penulis juga mengetengahkan persoalan berkenaan tuntutan keadilan tanpa mengira darjat dan pangkat. Hal ini kerana keadilan perlu dilakukan tidak mengira siapa pun seseorang itu. Sesuatu yang salah tetap salah dan perlu diadili dengan batul dan saksama. Contohnya seperti petikan berikut.

“Dia tetap ibu saya. Saya dan ayah redha dengan segala yang berlaku. Saya mengasihinya dan kerana kasih itulah saya sanggup mendedahkan segala yang saya tahu untuk diambil pengajaran. Saya mohon agar hukumlah semua yang bertanggungjawab dalam merosakkan pemikiran anak-anak muda di sini dan ibu saya sendiri. Sekian terima kasih.”

(Siti Jasmina Ibrahim.2006:227)

Hal ini menjelaskan hukuman akan diberikan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat dan darjat. Walaupun ibu Sukma seorang isteri kepada seorang ahli wakil rakyat namun disebabkan kesalahan yang dilakukan ibunya juga akan dihukum dan diadili mengikut lunas-lunas perundangan. Oleh itu dapat dilihat pengarang melihat sistem keadilan sangat penting dalam mengekalkan keharmonian dalam sesebuah organisasi masyarakt seterusnya mampu menjamin sesebuah negara untuk terus maju dan aman sentosa.

Anak muda yang mudak dipengaruhi juga menjadi salah satu cabang persoalan yang cuba diketengahkan oleh penulis dalam novel 6:20 ini. Dapat dilihat bahawa rakan Sukma iaitu Jerry dan Iskandar antara anak muda yang telah terpengaruh dengan kumpulan ruang sepi ini. Bukan itu sahaja malah kumpulan ini telah membesar dan merebak di beberapa buah daerah berhampiran. Contohnya seperti petikan berikut.

“Bukan. Bukan tuduh, ayah! Semua orang dah tahu. Satu daerah ni tahu apa yang ibu lakukan di belakang ayah. Dia ... dia racuni fikiran anak-anak muda. Dia pengaruhi mereka, cuci minda mereka dengan satu fahaman lain. Dia latih mereka dengan cara yang salah. Dia gunakan dadah sintetik yang boleh membunuh kita secara perlahan. Dia rosakkan pegangan anak muda macam saya ni. Dia ajar cara kononnya betul, tetapi hakikatnya dia seumpama menyedut semua semangat dan keyakinan anak muda yang sudah mengagungkannya sebagai penyelamat!”

(Siti Jasmina Ibrahim.2006:204)

Hal ini menguatkan lagi bahawa minda para remaja sangat mudah untuk dipengaruhi. Oleh yang demikian novel ini memaparkan agar minda remaja dilentur supaya menjadi insan yang berguna kelak.

Penulis juga menonjolkan persoalan berkenaan pemimpin. Pemikiran berkaitan pemimpin yang berjiwa rakyat. Hal ini dapat dilihat melalui watak ayah Sukma yang merupakan seorang wakil rakyat di kawasan tersebut. Bukti ayah sukma merupakan seorang ahli wakil rakyat yang berjiwa rakyat boleh dilihat melalui petikan berikut.

“Majlis ni. Sejak ayah jadi wakil rakyat, Sukma tak pernah ikut ke mana-mana majlis atau perhimpunan. Ini kali pertama, bukan? ... Yang penting, bantuan sampai terus kepada mereka yang memerlukan. Itulah juga kehendak rakyat, segala permintaan mereka ditunaikan sebaik mungkin. Bukan begitu, Iskandar?”

(Siti Jasmina Ibrahim.2006:35-37)

Semangat setia kawan juga merupakan antara persoalan yang dimuatkan dalam novel 6:20, oleh penulis. Semangat ini jelas diperlihatkan oleh watak-watak Sukma, Jerry, Teja, Rafiq dan Reny. Keakraban dan semangat setia kawan antara mereka sangat jelas terlihat dalam setiap pergerakan dan aktiviti yang mereka lakukan. Tidak kira semasa perbincanagan di kampus atau semasa menjalankan penyiasatan. Contohnya dapat dilihat melalui petikan berikut.

“Rafiq yang menarik lengan saya. Debar di dada kembali berdegup normal. Rafiq kata, dia tidak sanggup meninggalkan saya sendirian di tempat yang berbahaya ini. Saya sebenarnya lega dengan kehadirannya, namun saya bimbang kehadirannya itu akan membuatkan pengawal kelab WX2 rasa terancam. Rafiq mulanya membantah namun setelah dipujuk dan diyakinkan, dia akhirnya bersetuju untuk menunggu agak jauh sedikit situ sambil mengawasi saya.”

(Siti Jasmina Ibrahim.2006:84)

Dapat dilihat melalui petikan tersebut. Rafiq yang memiliki semangat setia kawan sanggup menunggu dan menemani Sukma walaupun berada agak jauh daripada Sukma. Contoh lain juga adalah seperti berikut.

“Terima Kasih semua sebab bawa Jerry pulang. Terima Kasih banyak-banyak. Sukma, kamu sama seperti ayah kamu. Selalu bersungguh membantu orang lain. Terima kasih Sukma.”

(Siti Jasmina Ibrahim.2006:178)

Dalam petikan di atas jelas menjelaskan bahawa Sukma dan rakan-rakannya memiliki sifat setia kawan. Petikan tersebut memperlihatkan Sukma dan rakan-rakannya menyelamatkan Jerry dengan menghantar kembali Jerry ke rumah ibubapa mereka. Nyata sekali penulis ingin memperlihatkan bahawa pentingnya semangat setia kawan dalam diri remaja pada masa kini.

Berdasarkan persoalan-persoalan yang terdapat dalam novel 6:20, dapat disimpulkan bahawa Siti Jasmina Ibrahim telah mengangkat satu pemikiran utama. Pemikiran utama dalam novel ini ialah kebenaran mengatasi hubungan kekeluargaan. Hal ini jelas ditunjukkan oleh penulis. Dapat dilihat watak Sukma yang sanggup menjadi saksi utama di mahkamah. Walaupun orang yang bersalah adalah ibunya sendiri. Buktinya dapat dilihat melalui petikan berikut.

‘Yang arif, sungguhpun saya mengaku ibu saya bertanggungjawab atas segala kesalahannya, dia tetap ibu aya. Dia tidak ada di sini untuk mempertahankan dirinya. Semua sudah tahu bahawa ibu saya masih koma di hospital akibat terkena tembakan dan terjatuh dari tingkat lima bangunan operasi mereka itu. Dia tetap ibu saya. Saya redha dengan segala yang telah berlaku. Saya mengasihinya dan kerana kasih saying itulah saya sanggup mendedahkan segala yang saya tahu untuk diambil pengajaran. Saya mohon agar hukumlah semua yang bertanggungjawab dalam merosakkan pemikiran anak-anak muda di sini dan ibu saya sendiri.’

(Siti Jasmina Ibrahim,2006:227)

Hal ini menunjukkan bahawa peraturan tetap peraturan. Peraturan tidak mengenal bangsa, darjat dan pangkat. Sekiranya bersalah tetap akan dikenakan hukuman.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gambar 3D

Jemaah Nazir Blog