BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SELAMAT DATANG

Lokasi Online

what you waiting, just click.....

Khamis, 28 April 2011

HIKAYAT RAJA_RAJA PASAI


SEJARAH PEMBUKAAN NEGERI PASAI
WATAK          :SULTAN MALIKAUL SALEH
TEMPAT        :DI TEPI LAUT
Pada suatu hari sedang Sultan Malikul Saleh sedang pergi berburu dengan pengikutnya di tepi laut. Sultan Malikul Saleh telah membawa anjingnya yang bernama si Pasai. Setelah tiba di tepi laut si Pasai pun dilepaskan lalu masuk ke dalam hutan. Kemudian si Pasai bertemu dengan seekor pelanduk yang sedang duduk berehat di atas satu kawasan tanah tinggi tersebut. Si Pasai itu pun menyalak akan pelanduk tersebut dan ingin menangkapnya. Namun sesuatu yang ganjil telah berlaku apabila pelanduk itu membalas salakan si Pasai. Apabila si Pasai mendengar salakan pelanduk itu tadi , maka ia pun kembali kebalakang iaitu tempat asalnya. Setelah di lihat oleh Sultan Malikul Saleh keadaan yang berlaku itu, baginda pun cuba untuk menangkap pelanduk itu tadi. 


Namun pelanduk itu dapat melarikan diri dari di tangkap oleh Sultan Malikul Saleh dan anjingnya si Pasai. Lalu baginda Sultan pun bertanyakan kepada semua hulubalang sama ada pernah melihat seekor pelanduk yang gagah sekali. Maka terlintas di fikiran Sultan Malikul Saleh untuk membuka negeri baru khas untuk anakndanya iaitu Sultan Malikul Tahir. Setelah kembali ke negeri Samudera baginda menitahkan agar kawasan tersebut di bersihkan dan di dirikan oleh baginda sebuah istana. Tidak berapa lama setelah selesai semua pembinaan di kawasan tanah tinggi itu, anjing baginda pun mati. Kemudiannya baginda mengarahkan agar si Pasai di tanam dinegeri yang baru di buka itu. Sempena kematian si Pasai Sultan Malikul Saleh menamakan negeri baru itu sebagai negeri Pasai. 
Di sini dapat kita lihat sejarah awal pasai bermula dari Sultan Malikul Saleh menjumpai kawasan tanah tinggi yang berhampiran dengan laut. Nama Pasai itu sendiri di ambil sempena nama anjing Bagina Sultan iaitu si Pasai. Nama tersebut diambil kerana selepas terbinanya sebuh negeri di kawasan itu anjing Baginda Sultan pun mati. Selain itu nama anjing ini di gunakan kerana si Pasai inilah yang menjumpai kawasan tanah tinggi tersebut.                           

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gambar 3D

Jemaah Nazir Blog