BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SELAMAT DATANG

Lokasi Online

what you waiting, just click.....

Cerpen


PERKEMBANGAN CERPEN DALAM KESUSASTERAAN MELAYU DI MALAYSIA
TAHUN 20-AN HINGGA 50-AN
Kebanyakkan cerpen dalam tahun 1920-an lebih memaparkan persoalan-persoalan yang berkatan dengan kedudukan ekonomi dan pollitik. Hal ini berlaku disebabkan  oleh kemasukan orang-orang bukan yang semakin hari semakin ramai. Keadaan atau kemasukkan orang bukan melayu secara beramai-ramai adalah di berpunca daripada polisi pemerintahan pihak penjajah pada masa itu. Antara tahun 20-an hingga tahun 40-an ini juga telah lahir karya-karya yang bersifat “kebangsaan”. Dalam tahun 20-an juga banyak hasil karya cerpen yang diterbitkan bersifat anti atau menentang penjajah mahupun kaum pendatang. Antara cerpen yang menyentuh tema atau persoalan berkaitan kaum imigran adalah “cerita Awang Putat”(utusan zaman, 1-8 november 1941) karya oleh Abdul Rahim Kajai.Walaubagaimanapun terdapat juga hasil karya yang menyentuh dan mengkritik golongan–golongan pembesar melayu itu sendiri. Di sini dapat kita lihat melalui karya Harun Aminurrashid iaitu “kerana mata dacing,hati saya terpancing”(hiburan ,November 1946). Jika di lihat cerpen ini menceritakan tentang sikap orang cina yang melakukan penipuan terhadap orang melayu melalui urusan jual beli. Jika di lihat secara terperinci keadaan masyarakat melayu pada masa itu sering menjadi mangsa penipuan pendatang. Hal inilah yang ingin di dedahkan melalui hasil-hasil karya yang dikarang oleh para penulis seperti Harun Aminurrashid.Ada juga antara penulis yang mengambarkan rasa kebencian melalui pengunaan nama. Dapat dilihat dalam karya Ishak Haji Mohammad yang menonjolkan watak seperti Datuk Getah Para,Taukee Tong Sam Pah,Mat Kerengga dalam cerpen “anak di buat denak”. Selain itu juga beliau juga menggunakan nama Taukee Poh Ki Mak dalam cerpen “istana berembun”(warta ahad,3-10 april 1938). Selain itu dalam  tahun 40-an ini juga para penulis cerpen mula menggunakan tema dan persoalan yang membicarakan tentang ekonomi orang melayu . Kemerosotan  masyarakat pada ketika itu dikatakan berpunca daripada kemasukan imigran cina dan india ke Tanah Melayu. Selepas itu Jepun telah memerintah negara.Disebabkan pada masa itu jepun memegang tampuk pemerintahan Negara, mereka amat mengambil berat  dan berhati-hati terhadap setiap karya yang dihasilkan. Pada masa itu telah wujud watak-watak orang bukan melayu. Walaupun begitu, perwatakan yang di tonjolkan tidak begitu teserlah. Kewujudan watak-watak bukan melayu ketika itu membantu orang melayu menentang penjajah.

Namun ketika itu masyarakat kita masih menerima watak bukan melayu sebagai petunjuk kepada kesedaran ekonomi dan sosial.Dapat dilihat melalui  watak Annie Wong iaitu seorang gadis Tiong hua yang mencintai seorang jejaka melayu iaitu Ahmad( Dari taiping ke syonanto di terbitkan oleh semangat asia,mac 1943). Saat hari perkahwinan mereka hamper tiba Ahmad terpaksa meninggalkan kekasihnya kerana menyertai tentera sukarela di singapura. Walau dalam keadaan terpaksa berpisah Annie tetap menerima saat-saat itu dengan tabah. Kisah ini berakhir apabila mereka berdua dapat bertemu semula. Selain  itu watak Kim Seng iaitu seorang pekebun sayur dalam dari hal pak menuang(matahari memancar,julai-ogos 1943) karya Abdullah Sidik.Dalam cerpen – cerpen tahun 50-an  ini golongan pendatang tidak dianggap sebagai isu yang penting untuk didedahkan dalam karya-karya mereka. Pada awalnya cerpen tahun 50-an ini lebih mencerminkan kehidupan kaum-kaum yang terdapat di dalam Negara sendiri. Kemudiannya ASAS 50 lebih memenumpukan kepada tema dan persoalan yang memebincangkan tentang semangat memeperjuangkan kemerdekaan. Watak-watak bukan melayu hanya wujud melalui beberapa hal tertentu sahaja seperti dalam soal kahwin campur dan masalah perpaduan.Kris Mas pernah menyatakan bahawa orang bukan melayu juga ada peranan yang tidak kurang pentingnya daripada peranan orang melayu. Hal ini dapat dilihat melalui cerpen “Aku Tidak Mengerti”(Dewan Bahasa ,Oktober 1959). Dalam cerpen tersebut watak-watak (lim dan ramasami) turut memainkan peranan dalam usaha menggagalkan niat seorang expatriat(bill).


Aksi Sang Jerut
Zaid Haji Mohd Saman
Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan tentang Sang Jerut yang ingin membalas dendam terhadap kekejaman manusia. Keadaan ini berlaku kerana tempat tinggal dan juga kaum keluarga Sang Jerut telah ramai terkorban disebabkan ketamakan manusia. Kemudian Sang Jerut telah membunuh Peng iaitu seorang lelaki yang cacat kakinya. Kemudian Sang Jerut ingin menewaskan pula Musa Asli. Namun dalam pergelutan tersebut Sang Jerut telah tertewas dan menemui ajal.
Tema
 Sifat tamak
“Dengan Sawa besar tu, gua akan dapat untung dua kali ganda.”(hal.140)
Persoalan
a.Pentingkan diri sendiri
Terdapat individu yang sering mementingkan diri. Contohnya seperti Tauke Wong. “Letusan suara nafsu besar seorang  tauke, tanpa ada pun sedikit lintasan naluri perikemanusiaan”(hal.140)
b.Sikap suka memperlekehkan orang lain.
Contohnya dapat dilihat ketika Sang Jerut memperlekehkan kebolehan Musa Asli yang cacat anggota tubuh. “Ah yang ni, tentu lebih enteng! Sekali terjah aje dah tergolek”(hal.144).
Aspek Bahasa
Bahasa yang digunakan dalam cerpen ini umumnya mudah difahami.
Unsur gaya bahasa
Anafora
“Kalau dia ajak aku menari, aku menari. Kalau dia ajak berdendang, aku akan berdendang. Kalau dia ajak bersembang, aku bersembang.”(hal.140). perulangan perkataan “kalau dia ajak” sebanyak 3 kali di awal ayat.
Sinkof
            “aku macam biasa aje,Peng”(hal.140). perkataan “aje” dipendekkan sepatutnya “Saja”.
Bahasa Asing
Bahasa Arab
“Allah dan doa”
Bahasa Inggeris
“hot dan best”
Bahasa Indonesia
“Enteng”
Pemilihan kata/diksi
Kata-kata yang mudah difahami dan menggunakan percakapan sehari-harian.
            “Siapa yang tak marah? Siapa yang tak meradang”(hal.138)
Kata ganda
            “Hidup-hidup dan cakap-cakap”
Aliterasi
            “Siapa manusia tu, Sang Jerut”(hal.139). perulangan konsonan “S” sebanyak 3 kali
“Sebab apa pula dia nak tangkap kau?”(hal.139). perulangan konsonan “P” sebanyak 3 kali.
Asonansi
            “Marah nampaknya Sang Jerut?”. Perulangan vokal “A” sebanyak 6 kali.
            “Buat apa kelambu tu Peng”(hal.141). perulangan vokal “U” sebanyak 3 kali.

Teknik
Teknik dialog
“Marah nampaknya Sang Jerut? Memang aku tengah hot ni ko tu tak apalah kodok ...”(hal.138)
Konflik luaran
            “Aku nak balas dendam kepda semua manusia.”(hal.138)
Pemerian
            “Mata Sang Jerut mulakabur dan semakin kabur.”(hal.146)
Monolog dalaman.
“Ah, tiga minggu akan kenyang. Daging manusia pastinya lebih enak sebab dosanya banyak. Sang Jerut bermonolog”(hal.145)
Monolog
“Dengan sawa besar tu, gua akan dapat untung dua kali ganda. Letusan suara nafsu...”(hal.140)
Plot
 Plot cerpen ini mengikut kronologi. Penulis menceritakan sesuatu yang berlaku secara tersusun.
Permulaan
Permulaan cerpen ini menunjukkan watak-watak yang terlibat dalam cerita dan juga konflik yang berlaku. “Marah nampaknya Sang Jerut? Memeng aku tengah hot ni ko tu tak apalah kodok ...”(hal.138)
Perkembangan
Pada tahap ini Sang Jerut telah menjerut Peng. Iaitu seorang lelaki yang telah  dipergunakan oleh Tauke Wong. “selama hampir satu bulan, manusia heboh memperkatakan nasib Ah Peng ditelan Sang Jerut”(hal.144)
Puncak/klimaks
Kemudian Sang Jerut ingin menjerut Musa Asli yang memiliki kecatatan lebih dari Ah Peng. Maka berlakunya pergelutan antara kedua-dua makhluk tersebut. “Belum pun keluar perkataan, yang terakhir dari mulut pahlawan rimba, kepala Musa Asli sudah ditujah oleh hentakan kuat Sang Jerut.Serta merta, Musa Asli jatuh tertiarap di tanah”(hal.145)
Penurunan/peleraian
Namum Musa Asli memiliki kelebihan dan dapat meloloskan diri daripada jerutan Sang Jerut. “Sedikit demi sedikit, belitan Sang Jerut semakin longgar. Apabila merasakan tubuh dan kakinya sudah terlepas daripada belitan ...”(hal.146)
     Penyelesaian
Pada tahap ini akhirnya Sang Jerut memenui kematian kerana dapat ditumpaskan oleh Musa Asli. “Musa Asli menguatkan kudratnya menghentakkan kaki layurnya ke bahagian leher Sang Jerut. Serentak itu juga, nyawa Sang Jerut tercabut”(hal.146)
Latar
Latar Masyarakat
Masyarakat desa yang tamak
            “1500 ringgit, kayalah aku. Wow!”(hal.141)
Latar masa
Satu bulan
“selama hampir satu bulan, manusia heboh memperkatakan nasib Ah Peng ditelan Sang Jerut”(hal.144).
Tiga hari
“sudah hampir tiga hari Sang Jerut memerhatikan jejak langkah pahlawan rimba,Musa Asli”(hal.144)
Latar Tempat
Kampung Putera
“ketika masyarakat orang asli Kampung Putera menemui batang ...”(hal.146)
Dalam hutan
Tempat tinggal Sang Jerut dan juga kodok.
Restoran Cina
Ketika Tauke Wong menawarkan harga untuk menangkap Sang Jerut kepada Ah Peng. “Manusia lurus tu dah ditawarkan harga yang tinggi oelh tauke sebuah restoran masakan cina”(hal.139)
Tebing sungai dan pohon beringin.
“Sang Jerut segera menyusuri belukar di tebing sungai, menuju pohon beringin, tempat biasa Musa Asli menyimpan basikal roda tiganya”(hal144-145)
Sudut Pandangan
Cerpen ini menggunakan sudut pandangan orang pertama. Dalam cerpen ini banyak menggunakan kata ganti diri orang yang pertama iaitu “aku”. “Aku nak balas dendam kepada semua manusia”(hal.138)
Pengajaran
kita  janganlah memandang rendah kepada kebolehan orang lain.
Kita janganlah sesekali bersifat tamak haloba
kita haruslah menjaga flora dan fauna
kita mestilah berusaha untuk mencapai kejayaan
Nilai
Nilai Kemanusiaan
Gigih berusaha
“Musa Asli menguatkan kudratnya menghentakkan kaki layurnya ke bahagian belakang leher Sang Jerut”(hal.146)
Bijak
“dia sudah bersedia dengan menggenggam hulu parang, mata parang azimat sudah menghala ke hadapan”(hal.145)



 
Bah Urei
Baharuddin Kahar
Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan tentang Bah Urei yang telah lama kehilangan isterinya. Namun kasih sayang terhadap isterinya masih kuat. Sehingga pada suatu hari mereka diarahkan berpindah kerana kampung mereka akan dibangunkan. Bah Urei bertambah risau dan kurang senang. Keadaan ini ditamabah apabila pembangunan tersebut akan memusnahkan pusara isterinya yang tercinta. Akhirnya Bah Urei menerima semua itu dan ingin pusara isterinya dipindahkan bersama-sama mereka.
Tema
Kesetiaan seorang suami kepada isteri
Bah Urei yang sangat setia kepada isterinya. “nanti kita ambil tulang-tulang emak engkau, kita tanamkan semula baik-baik di tempat baru itu, katanya. Air matanya terus menitis.”(hal.120)
Persoalan
a.Kasih sayang
Bah Urei yang sangat sayang kepada isterinya walaupun isterinya sudah lama meninggal dunia. “dia memegang tangan isterinya yang sudah amat kurus itu. Digosok-gosoknya perlahan-lahan. Kulit lengan isterinya itu kelihatan kering dan bersisik-sisik. Dan dengan sebak dia mengangguk-angguk.”(hal.111)
b.Tanggungjawab anak kepada ayah
Runa bertanggungjawab dalam menjaga ayahnya. “Hari ini ayah tak makan lagi, saya dah siapkan lemang ubi di atas pondok.”(hal.106).
Aspek Bahasa
Perkataan atau ayat yang digunakan mudah untuk difahami dan yang sering digunakan sehari-hari.
Hiperbola
“segala-galanya seolah-olah menikamkan kesakitan, menyerap jauh ke dalam pembuluh darah, malah terpuing-puing menghiris-hiris relung hati”(hal.103)
Pemilihan kata/diksi
Kata-kata yang mudah difahami.
Contohnya “Bah Urei memejamkan matanya”(hal.104)
Penggunan kata ganda.
Contohnya “mengacah-acah, segala-galanya, seolah-olah dan dll”
Peribahasa .
      “membabi buta”(hal.108)
Aliterasi
            “Matahari mula terbenam.”(hal.119). perulangan konsonan “M” sebanyak 3 kali
Asonansi
            “sudah tumpul mana dia?”(hal.113). perulangan vokal “U” sebanyak 3 kali

Teknik
Dialog
“bukan dayus,bapak. Bukan dayus apa? Ngapa batin setuju?”(hal.104)
Pemerian
“tinggal semuanya, huma yang subur, sungai yang jernih, dan pohon-pohonan yang sejuk dan menghijau”(hal.105)
Imbas Kembali
“Sirih sangat suka menyelitkan melur hutan di rambutnya”(hal.108)
Konflik Dalaman
“Dia sedar apabila setiap kali dia cuba mengenang-ngenangkan akan isterinya itu, hatinya menjadi begitu hiba. Tapi dapatkah dia melawan kuasa perasaan?”(hal.110)
Plot
Plot cerpen ini mengikut kronologi. Penulis menceritakan sesuatu yang berlaku secara tersusun.
Permulaan
Cerpen ini memulakan cerita dengan memperkenalkan watak yang terlibat iaitu Bah Urei. Selain itu bahagian ini juga menunjukkan keadaan Bah Urei yang sedang mengalami masalah. “Tetapi pondok itu pun akan dipokah! Semuanya harus musnah. Bah Urei mengepal-ngepal genggamannya”(hal.103)
Perkembangan
Bahagian ini pengarang menceritakan tentang kenangan Bah Urei bersama-sama isterinya. “Bah Urei masih ingat di situ dulu, pada satu ketika, dia telah dikahwainkan sengan sirih mengikut adat istiadat lama suku Semai”(hal.107)
Puncak/klimaks
Konflik di sini berlaku dalam diri Bah Urei sendiri. Bah Urei semakin ingat kepada isterinya. Keadaan ini ditambah lagi dengan pembangunan yang akan merosakkan pusara isterinya. “Sirih ... aku sayang kuburkau, aku sayang pokok keledang ini dan aku sayang kampung kita ini. Tapi apakah yang mesti aku buat? Apa?”(hal.111).
Penurunan/peleraian
Bah Urei kemudiannya ingin menebang pokok keledang  berhampiran pusara isterinya. “Bah Urei mengangkat beliung. Dengan tangkas dia mengayun beliung itu bertingkah-tingkah dengan cara menegak dan menyerong.”(hal.117)
Penyelesaian
Akhirnya Runa dan tok batin sampai dan memujuk Bah Urei agar berhenti melakukan semua ini. Kemudian Bah Urei mengikut Runa dan tok batin pulang dengan hati yang sebak. “Dan apabila Runa dan tok batin datang mengampu badan dan kemudian menyeretnya berjalan, dia tidak berusaha untuk membantah. Hatinya terasa amat jauh dan sayu.”(hal.119-120)
Latar
Latar Masyarakat
            Masyarakat orang asli (suku Semai)
            “... orang-orang lelaki puak Semai ...”(hal.104).
Latar Masa
Senja
“matahari mula terbenam.”(hal.119)
Latar Tempat
Pusara isterinya(Sirih)
“permukaan kubur itu kelihatan bersih kerana telah dicucinya semalam, ...”(hal.110)
Rumah Bah Urei
“Runa masih terdiri di ambang pintu.”(hal.114)
Rumah Umbut
“saya nak pergi rumah Umbut lagi, ayah. Katanya”(hal.115)

Sudut Pandangan
Cerpen ini menggunakan sudut pandangan orang pertama. “Aku dah kenyang”(hal.106)

Pengajaran
Kita mestilah bertanggungjawab menjaga ibu bapa sendiri
Kita janganlah bertindak terburu-buru
Kita mestilah mempunyai sifat kesetiaan dalam diri
Nilai
Nilai Kemasyarakatan
Masyarakat yang saling hormat-menghormati
Tok penghulu menghormati Bah Urei dengan memberitahu akan perkara yang akan berlaku. “Ialah, kita ni orang bawah, kenalah ikut orang atas”(hal.105).
Nilai Kemanusiaan
Kesetiaan
Bah Urei yang setia kepada isterinya walaupun isterinya sudah lama meninggal dunia. “nanti kita ambil tulang-tulang emak engkau, kita tanamkan semula baik-baik di tempat baru itu, katanya. Air matanya terus menitis.”(hal.120)
Bertanggungjawab
Runa yang bertanggungjawab menjaga ayahnya. “Hari ini ayah tak makan lagi, saya dah siapkan lemang ubi di atas pondok.”(hal.106).


 
Anak Gembala
Zahari Affandi
Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan tentang kehidupan Mat Seman dan keluarganya yang menjadi pengembala kerbau. Setelah sekian lama kerbau-kerbaunya mencari makanan di Lembah Bilut, akhirnya Tok Penghulu membawa perkhabaran yang kurang gembira buat Mat Seman. Mat Seman dan kerbau-kerbaunya terpaksa mencari padang ragut yang lain untuk mencari makanan, hal ini kerana Lembah Bilut akan dibangunkan. Namun Mat Seman tidak berpuas hati. Mat Seman membawa kerbaunya ke Lembah Bilut pada hari pertama Lembah Bilut ingin dimajukan. Kerbau-kerbaunya berlari dan menuju ke jentolak yang ada. Namun apabila jentolak itu dihidupkan kesemua kerbaunya menjadi takut dan berpusing untuk lari menyelamatkan diri. Dalam masa yang sama Mat Seman tidak dapat menyelamatkan diri. Akhirnya Mat Seman dipijak oleh kerbau-kerbaunya sendiri.

Tema
Kegigihan dalam mempertahankan hak dan maruah diri.
“ Ini soal maruah! Mana-mana dia pergi, ...”(hal.81)

Persoalan
a.Tanggungjawab terhadap keluarga
Mat Seman yang masih berusaha bekerja untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. “ Tidak sampai sebulan dia mengambil alih  menjadi jeneral, walaupun jeneral kumpulan kerbau, ...”(hal.81)
b.Taat kepada suami
Sutinah yang taat kepada Mat Seman. “Tetapi, Sutinah dan Sahak sudah pun melambakkan batang pisang dalam kandang”(hal.89)

Aspek Bahasa
Menggunakan bahasa yang mudah dan senang untuk difahami.
Perlambangan
“... salah-salah kita pulak jadi roti canai kena pijak”(hal.79). Roti canai melambangkan benda yang penyek dan lenyek sekiranya dipijak oleh kerbaunya.
Personifikasi
            “... muda teruna menguik pula mahu menggatal dengan si betina, ...”(hal.80)
Perulangan awal ayat
“Mat Seman johan menembak, Mat seman johan terjun dari udara, Mat seman johan dalam bermain senjata ...”(hal.81).
Perulangan akhir ayat
            “... kira tayar buruk, lori buruk, barang buruk, dan macam-macam yang buruk”(hal.81)
Bahasa asing
Penggunaan bahasa arab iaitu “Allah, dan berdoa”

Pemilihan kata/diksi
Kata-kata yang mudah difahami.
Contohnya “orang tidak tahu, menjadi gembala kepada kumpulan kerbau lebih payah daripada menjadi gembala kumpulan, manusia.”(hal.79)
Penggunan kata ganda.
Contohnya “mula-mula,kerbau-kerbaunya”
Aliterasi
“Mak suruh abah balik,Sehak yang menjawabnya”(hal.86) perulangan konsonan “K” sebanyak 3 kali.
Asonansi
“Tok penghulu tunggu abah, Milah pula mencelah”(hal.86) perulangan vokal “U” sebanyak 4 kali.
Peribahasa .
            “Naik Minyak”(hal.79)

Teknik
Teknik dialog
“Mak suruh abah balik, Sehak yang menjawabnya. Mengapa? Agak terperanjat juga Mat Seman”(hal.86)
Imbas kembali
“Datuk Mat Seman, menurut cerita ayahnya, memang pakar tentang kerbau, daripada tahi dia sudah tahu kerbau itu sakit.”(hal.79)
Pemerian
“Kerbau demam dia tahu, kerbau cerah perut dia tahu, kerbau sudah bunting seminggu pun dia sudah tahu,sampai kerbau hendak berbini pun dia tahu”(hal.80)
Imbas Muka
“Menurut Tok penghulu, anak Desa Angun Batu Sebutir akan mandi dalam rumah dengan air paip, anak kampung akan disirami elektrik dan macam-macam”(hal.82)
Plot
Cerpen ini mempunyai plot yang mengikut kronologi serta tersusun.
Permulaan
Permulaan cerpen ini menunjukkan watak-watak yang terlibat seperti Mat Seman. Selain itu bahagian ini juga memperkenalkan pekerjaan watak utama iaitu Mat Seman. Contohnya “orang tidak tahu, menjadi gembala kepada kumpulan kerbau lebih payah daripada menjadi gembala kumpulan, manusia.”(hal.79).
Perkembangan
Pengarang menceritakan kisah hidup watak utama. Selain itu memperincikan keadaan diri atau fizikal Mat Seman. Contohnya “ bagi Mat Seman tidak ada kaki sebelah  bukannya bermakna seorang askar itu sudah tidak bermaya lagi duduk di barisan hadapan”(hal.81).
Puncak/Klimaks
Kemuncak berlaku apabila kedatangan Tok penghulu ke rumah Mat Seman untuk menghabarkan sesuatu perkara. Manakala Mat Seman tidak berpuas hati akan perkara itu. Selain itu Mat Seman membawa kerbau-kerbaunya untuk menyerang pekerja jentolak yang ingin membangunkan Lembah Bilut. Contohnya
Penyeselaian
Akhirnya Mat Seman meninggal dunia akibat di pijak oleh kerbau-kerbaunya sendiri. Contohnya “... tubuh Mat Seman sudah jadi batang pisang yang disondol babi, berkecai. Dan “Menurut Tok penghulu anak Desa Angun Batu Sebutir akan mandi dalam rumah dengan air paip, anak kampung akan disirami elektrik dan macam-macam.”(hal.82)penuh darah”(hal.93)
Latar
Latar Masyarakat
            Masyarakat yang bekerja sebagai pengembala
“orang tidak tahu, menjadi gembala kepada kumpulan kerbau lebih payah daripada menjadi gembala kumpulan, manusia.”(hal.79)
Latar Masa
            Pagi
            “paginya lembap di sana sini, becak dan berair”(hal.89)
Latar Tempat
            Desa Angun Batu Sebutir
“Menurut Tok penghulu anak Desa Angun Batu Sebutir akan mandi dalam rumah dengan air paip, anak kampung akan disirami elektrik dan macam-macam.”(hal.82)
            Lembah Bilut
            “Inilah istimewanya Lembah Bilut, ...”(hal.80).
Sudut Pandangan
Sudut pandangan orang ketiga serba tahu.
Banyak menggunakan kata nama khas seperti “Mat Seman”. Contohnya “Tetapi, Sutinah dan Sahak sudah pun melambakkan batang pisang dalam kandang”(hal.89)
Pengajaran
Kita janganlah selalu berperasangka buruk terhadap seseorang
Kita mestilah gigih berusaha
Kita haruslah menerima pembangunan yang ada
Kita janganlah bersikap terburu-buru
Nilai
Nilai Kemasyarakatan
Masyarakat yang saling hormat-menghormati
Tok penghulu menghormati Mat Seman dengan memberitahu agar dia membawa kerbau-kerbaunya meragut rumput di kawasan lain. “ Apa salahnya Man kau boleh bawa kerbau-kerbau kau ke tempat lain, kampung kita kan masi luas ...”(hal.84)
Nilai Kemanusiaan
Taat.
 “Tetapi, Sutinah dan Sahak sudah pun melambakkan batang pisang dalam kandang”(hal.89)
Bertanggungjawab
“Tidak sampai sebulan dia mengambil alih  menjadi jeneral, walaupun jeneral kumpulan kerbau, ...”(hal.81)
Kasih sayang
Kasih sayang seorang isteri kepada suami. Contoh “Duduklah dulu bang nanti Tinah ambilkan kopi”(hal.88)


 
Cikgu Apek
Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan tentang seorang wanita yang berusaha untuk menyebarkan ajaran agamanya kepada penduduk orang asli. Namun usaha itu kurang disenangi oleh seorang guru tadika yang bernama cikgu Apek. Semasa bertemu di hadapan tadika mereka berdua telah berborak dan berlaku percanggahan pendapat. Namun keadaan masih tetap terkawal. Akhirnya cikgu Apek menyahut seruan Faduhah untuk menyambung pelajarannya di maktab perguruan.
Tema
Kepentingan ilmu
Cikgu Apek menyambung pengajian di maktab perguruan.“Di luar pengetahuan ku, dia menyahut seruanku agar memohon belajar ke maktab perguruan.”(hal.137)
Persoalan
a.Menghormati masyarakat lain
“kesemua 32 buah rumah di sini kami ziarahi. Ada pantang larang yang menegah kami masuk ke sesetengah rumah, kami akur dan hormat, ...”(hal.134)

Aspek Bahasa
Bahasa cerpen ini mudah dan senang untuk difahami
Hiperbola
“Tidak secalit pun kekurangan itu mencomotkan kanvas perjuanganku,Apek!”(hal.130).
“Dia tidak kuat berenang dia alam kongkrit yang penuh dengan teknologi”(hal.137).
Metafora
            “Pelangi azam”(hal.136)
 “Tali sabar”(hal.131)
Personifikasi
            “seekor kumbang gagah yang menyelinap ke dunia tadika”(hal.132).
Similie
            “Bagai ular kena palu”(hal.133).
Bahasa Asing
Bahasa Arab
“Bil haq” dan “uswah hasanah”(hal.133)
Pemilihan kata/diksi
Kata-kata yang mudah difahami dan menggunakan bahasa sehari-harian.
            “Salahkah berbakti kepada masyarakat kau?”(hal.130)
Penggunaan kata ganda
            “otot-otot,inak-inak,lagu-lagu,bergotong-royong dan dll.”
Aliterasi
“Aku sentiasa menajamkan pendengaran”(hal.132). perulangan konsonan “N” sebanyak 5 kali
“Aku balik dulu Faduhah, jumpa esok petang”(hal.134). perulangan konsonan “K” sebanyak 3 kali.
Asonansi
            “Kenapa masih ke sini”(hal.130). perulangan vokal “I” sebanyak 3 kali.
            “Tapi niat kita tak sama juga bukan”(hal.131). perulangan vokal “A” sebanyak 8 kali.
Peribahasa
            “Berkaki ayam”(hal.136)
 Teknik
Teknik dialog.
            “Kenapa masih di sini?. Salahkah berbakti kepada masyarakat kau?”(hal.130)
Teknik imbas kembali.
“Kali pertama aku dan teman-teman ke Kampung Tohor ini, pemuda 20-an inilah yang penting kalut menyambut kedatangan kami. Dia mewakili Tok Batin yang sakit ketika itu.”(hal.131)         
Konflik luaran.
Berlaku antara Faduhah dan juga Cikgu Apek. “Adakah kami memaksa kalian? Tiada paksaan dalam islam, Apek. Giliran dia pula ketandusan bicara”(hal.131).
Pemerian.
“Hampi sahaja aku gelojoh mendesaknya segera memanjangkan cerita, tetapi apabila mata besarnya yang berkening lebat itu tunak memanah mataku yang ternyata amat sepet, aku diserbu malu”(hal.132).
Monolog dalaman
“Diam-diam aku terkilan sebenarnya kerana di sini masih tiada seorang pun yang mentasdikkan hati dengan kebenaran-Nya. Menyetujui Apek bererti aku memejamkan mata terhadap usaha dakwah itu, menidakkan Apek bererti aku kaan mejolok sarang tebuan”(hal.133)
Plot
Plot cerpen ini mengikut kronologi. Penulis menceritakan sesuatu yang berlaku secara tersusun.
Permulaan
Tahap ini menunjukkan watak-watak yang terlibat dalam cerpen ini. “Tidak secalit pun kekurangan itu mencomotkan kanvas perjuanganku, Apek!. Jangan buang masa, Faduhah.”(hal.130)
Perkembangan
Pada bahagian ini Faduhah dan Cikgu Apek telah memulakan perbualan dan menyatakan pandangan dan pendapat masing-masing. “Tidak secalit pun kekurangan itu mencomotkan kanvas perjuanganku, Apek!. Jangan buang masa, Faduhah.”(hal.130)
Puncak/klimaks
            Kemuncak perbualan Faduhah dan Cikgu Apek apabila mereka saling berusaha untuk menegakkan hujah masing-masing. “. “Adakah kami memaksa kalian? Tiada paksaan dalam islam, Apek. Giliran dia pula ketandusan bicara”(hal.131).
Penurunan/peleraian
Kemudian Faduhah dan Cikgu Apek beredar meninggalkan perbualan mereka itu tadi. “ Aku balik dulu Faduhah. Jumpa esok petang”(hal.134)
Penyelesaian
Akhirnya Cikgu Apek menyambung pengajian di maktab perguruan dan dia ingin mencari betulkan kata-kata Faduhah betul belaka. “Di luar pengetahuan ku, dia menyahut seruanku agar memohon belajar ke maktab perguruan. Faduhah, di sana nanti, aku juga nak cari, adakah benar cakap-cakap kau ...”(hal.137)
Latar
Latar Masyarakat
Masyarakat Orang Asli
“Semasa diberi taklimat tentang kampung ini, aku agakk hairan mengapa di kampung Orang Asli ada yang dipanggil Cikgu Apek”(hal.132)
Latar  Masa
Esok petang
“Lantas aku teringat petang esok kami dan penduduk di sini akan bergotong-royong memasak nasi di dalam buluh”(hal.134)
Latar Tempat
Kampung Tohor
“Apek satu-satunya bintang kampung Tohor yang diharapkan mengerdipkan sinar penuh kemilau”(hal.136)
Sudut pandangan
Sudut pandangan orang pertama
Cerpen ini banyak menggunakan kata ganti diri orang pertama iaitu “aku”. “Aku meletakkan seorang kanak-kanak perempuan duduk di ribaku. Ciuman kasihku ...”(hal.136)
Pengajaran
Kita mestilah berusaha untuk mengejar kejayaan
Kita mestilah menghormati orang lain
Kita janganlah suka menyalahkan orang lain
Kita janganlah mengecewakan ibu bapa sendiri
Nilai
Nilai Kemanusiaan
            Berani
Ditunjukkan oleh watak Cikgu Apek yang berani menyahut cabaran Faduhah.“Di luar pengetahuan ku, dia menyahut seruanku agar memohon belajar ke maktab perguruan. Faduhah, di sana nanti, aku juga nak cari, adakah benar cakap-cakap kau ...”(hal.137)
Hormat-menghormati
“kesemua 32 buah rumah di sini kami ziarahi. Ada pantang larang yang menegah kami masuk ke sesetengah rumah, kami akur dan hormat, ...”(hal.134)
Nilai Kemasyarakatan
            Kerjasama dan bersatu padu
“Lantas aku teringat petang esok kami dan penduduk di sini akan bergotong-royong memasak nasi di dalam buluh”(hal.134)


 
Anak-Anak Pejuang
Ghazali Lateh
Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan tentang seorang ayah iaitu Pak Denan yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Pak Denan telah menyuarakan hasrat kepada kedua-dua anaknya bahawa dia ingin ke Kuala Lumpur hujung bulan ini. Namun hasrat itu ditentang oleh kedua-dua anaknya iaitu Abdul Rahman dan Abdul Razak. Tujuan Pak Denan adalah ingin merayakan sambutan Hari Kemerdekaan Negara. Namun akhirnya anak-anak Pak Denan beralah kepada ayahnya. Oleh kerana anaknya tidak muncul-muncul juga Pak Denan telah mengikut Ah Bee ke Kuala Lumpur. Namun apabila Abdul Rahman sampai di rumah pada pagi esoknya, didapatinya ayahnya sudah tiada. Apabila Abdul Rahman berhenti di kedai kopi Maniam dia terlihat ayahnya di kaca televisyen. Ayahnya telah berada di Kuala Lumpur menyertai perarakan Hari Kemerdekaan. Abdul Rahman dan Abdul Razak akhirnya menemui ayahnya di hadapan tugu Negara. Namun ayahnya amat kesal dengan kedua-dua anaknya itu. lalu kedua-duanya menyesal kerana melupakan perjuangan ayahnya suatu ketika dahulu. Pada hari itu barulah mereka sedar bahawa mereka adalah anak-anak pejuang.
Tema
Semangat Patriotik atau cintakan Negara.
“Pak Denan hanya diam ketika itu. fikirannya melayang jauh ke lorong sejarah yang pernah dilaluinya. Dia pejuang. Pejuang kemerdekaan”(hal.71).

Persoalan
a.Tanggungjawab kepada orang tua
Abdul Rahman dan Abdul Razak yang sering melawat ayahnya di kampung. “Kami boleh balik setiap bulan untuk mejenguk ayah”(hal.71)
b.Perpaduan antara kaum
Antara Masyarakat Melayu dan Cina. “ketika darurat dahulu, anak Ah Yau itu memerap di rumahnya.”(hal.74)

Aspek Bahasa
Bahasa yang mudah difahami
Hiperbola
            “Bebayang mula rebah merentasi laman rumah yang semakin dipenuhi semak”(hal.70).
Simili
            “Seperti barisan askar yang berbondang-bondang menuju ke medan perang”(hal.76)
Metafora
            “Lorong sejarah”(hal.71)
Pemilihan kata/Diksi
Kata-kata yang mudah difahami. Penggunaan kata-kata sehari-harian.
            “Jika mereka tidak pulang, dia yang akan pergi”(hal.70)
Penggunaan kata ganda
            “anak-anaknya, sekali-sekala,mundar-mandir,bebayang”(hal.70)
Aliterasi
“Dalam samar-samar malam, Pak Denan berjalan ke simpang jalan”(hal.74) perulangan  konsonan ‘M’ sebanyak 6 kali.
            “Ayah duduklah di rumah”(hal.71) perulangan konsonan ‘D’ sebanyak 3 kali.
Asonansi                                                                                                    
            “Hari ini Hari Kemerdekaan”(hal.78) perulangan vokal ‘I’ sebanyak 4 kali.
            “Maafkan kami, ayah”(hal.77) perulangan vocal ‘A’ sebanyak 4 kali.

Teknik
Teknik dialog
Contohnya “Ayah nak ke Kuala Lumpur hujung bulan ini… Buat apa ayah susah-susah nak ke Kuala Lumpur?”(hal.70-71).
Contohnya “Pak Nan, malam-malam mana mau pergi, tegur Ah Bee dari atas lori kecilnya. Ah Bee malam ini ada hantar sayur ka? Esok hari besar, tak cuti? Balas Pak Denan”(hal.74)
Imbas kembali
Contohnya “Lima tahun usia Abdul Razak, isteri Pak Denan menghembuskan nafas terakhir”(hal.72)
Contohnya “Di situ jugalah lebih 45 tahun yang lalu dia bersama-sama penduduk lain bermesyuarat untuk meniupkan semangat kebangsaan dalam kalangan penduduk setempat”(hal.73)
Monolog dalaman
Contohnya “Ah … masa itu sudah berlalu,fikirnya”(hal.73)
Contoh, “Ah … menyusahkan! Abdul Rahman mendengus dalam hati”(hal.76)
Pemerian
Contohnya “Pak Denan berjalan gagah di barisan depan, lengkap berbaju Melayu dan bertenggkolok. Di pinggangnya tersisip sebilah keris. Tidak ubah seperti seorang pahlawan bersiaga ke medan juang. Cuma langkahnya nampak goyah kerana bertongkat”(hal.76)
Konflik Luaran
Contoh, “Siapa kamu? Tanya Pak Denan setelah anak-anaknya tunduk untuk meminta maaf. Aku tak ada anak. Anak-anak aku dah mati. Aku bangga mereka mati kerana mempertahankan negara”(hal.77).
Suspen
Contoh, “Apabila Abdul Rahman sampai pagi esoknya, rumah ayahnya kosong dan berkunci. Anak pejuang itu terkejut. Puas dicari di serata kampung, orang tua itu tiadak ada”(hal.76).
Plot
Plot cerpen ini mengikut kronologi.
Permulaan
Pada bahagian ini pengarang menunjukkan watak-watak yang terlibat. Contohnya “Sepatutnya Abdul Rahman sudah pulang dengan kembarnya”(hal.70).
Perkembangan
Permintaan Pak Denan tidak dipersetujui oleh anak-anaknya. Namun Pak Denan tetap merayu agar dia dapat menghadirkan diri pada sambutan Hari Kemerdekaan. Akhirnya anak-anak Pak Denan bersetuju akan permintaan ayah mereka itu. Contohnya “Pak Denan tetap memujuk Abdul Rahman. Seminggu selepas itu ketika Abdul Razak pulan, itulah juga permintaannya. Dia merayu lagi. Dia memujuk lagi. Hasratnya memang besar. Sekali pun cukuplah katanya.”(hal.73)
Puncak/klimaks
Pada tahap ini ketika Abdul Rahman pulang ke kampung, pada pagi hari Sambutan kemerdekaan. Didapati ayahnya telah tiada di rumah. Kedua beradik itu saling menuding jari ke atas kehilangan Pak Denan. “Apabila Abdul Rahman sampai pagi esoknya, rumah ayahnya kosong dan berkunci. Anak pejuang itu terkejut. Puas dicari di serata kampung, orang tua itu tiadak ada”(hal.76).
Penurunan/peleraian
Pak Denan sebenarnya telah berada di Kuala Lumpur. Dia menyertai perarakan tersebut. Kemudian terlihat oleh Abdul Rahman wajah ayahnya di kaca televisyen. Lalu kedua beradik itu  pergi bertemu ayahnya. Contohnya “Pak Denan masuk TV! Pak Denan masuk TV!”(hal.76)
     Penyelesaian
Abdul Rahman dan Abdul Razak bertemu ayahnya di Tugu Negara. Pada masa itu barulah mereka sedar kesilapan masing-masing. Selain itu mereka menyedari bahawa mereka adalah anak-anak pejuang. Contohnya “ Cuma kali ini anak-anaknya itu  yang berpandangan sesame sendiri. Berdiam seketika seperti menginsafi diri”(hal.77).
Latar
Latar Masyarakat.
Masyarakat kampung yang berjiwa patriotisme.
Ditonjolkan melalui watak Pak Denan. “Pak Denan mundar-mandir di ruang serambi rumah tua di hujung kampung”(hal.70).
Masyarakat Bandar daripada golongan elit.
Digambarkan oleh watak Abdul Rahman dan Abdul Razak. “Baginya kedatangan ayahnya ke Kuala Lumpur akan lebih menyusahkan hidupnya. Lagipun, tidak ramai golongan elit sepertinya yang sanggup bersusah payah ke Dataran Merdeka untuk melihat perarakan itu”(hal.72-73).

Latar Masa.
            Pagi
“Apabila Abdul Rahman sampai pagi esoknya, rumah ayahnya kosong dan berkunci. Anak pejuang itu terkejut. Puas dicari di serata kampung, orang tua itu tiada ada”(hal.76).
            Petang
            “Itulah yang tertulis dalam kotak fikirannya sejak petang tadi”(hal.70)
            Malam
“Pak Nan, malam-malam mana mau pergi, tegur Ah Bee dari atas lori kecilnya. Ah Bee malam ini ada hantar sayur ka? …”(hal.74).
Zaman Penjajahan
“Akhirnya, penentangan itu berhasil apabila Malcome Macdonald membentuk sebuah jawatankuasa untuk menyelesaikan tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union”(hal.72).
Latar Tempat
            Rumah Pak Denan
“Apabila Abdul Rahman sampai pagi esoknya, …”(hal.76).
Kuala Lumpur
“Kehadiran ayahnya di Kuala Lumpur menyusahkan dirinya berbanding …”(hal.71)
Dataran Merdeka
“… yang sanggup bersusah payah ke Dataran Merdeka untuk melihat …”(hal.72-73).
Kedai Kopi Maniam
“… di kedai kopi Maniam …”(hal.76)
Tugu Negara/Kebangsaan
“… ditemui berbaring di kaki Tugu Kebangsaan”(hal.71)
Rumah Abdul Rahman
“Dahulu, ketika datang ke rumah Abdul Rahman, dia hilang dari rumah”(hal.71)
Sudut Pandangan
Sudut pandangan orang ke tiga.
Cerpen ini menggunakan sudut pandangan orang ke tiga serba tahu. Pegarang banyak menggunakan kata ganti nama ketiga iaitu “dia”.
Pengajaran
Kita mestilah mempunyai semangat patriotik yang tinggi dalam diri.
“Pak Denan berjalan gagah di barisan depan, lengkap berbaju Melayu dan bertenggkolok. Di pinggangnya tersisip sebilah keris. Tidak ubah seperti seorang pahlawan bersiaga ke medan juang. Cuma langkahnya nampak goyah kerana bertongkat”(hal.76).
Seorang anak mestilah menunaikan tanggungjawab ke atas orang tuanya.
Abdul Rahman dan Abdul Razak sering pulang  ke kampung untuk melawat ayahnya.“Pak Denan memberitahu Abdul Rahman yang pulang hujung minggu baru-baru ini”(hal.70)
Kita haruslah sentiasa mengenang jasa orang lain.
            “Ah Bee dan adik-adiknya tidak pernah lupa akan jasa Pak Denan”(hal.74)
Nilai
Nilai Kemanusiaan
            Baik Hati
“Ah Bee dan adik-adiknya tidak pernah lupa akan jasa Pak Denan. Ada sahaja sumbangan yang dihulurkan”(hal.74)
            Mengenang Jasa
            “Ah Bee dan adik-adiknya tidak pernah lupa akan jasa Pak Denan”(hal.74)
            Bertanggungjawab
Tanggungjawab anak-anak kepada orang tuanya.“Pak Denan memberitahu Abdul Rahman yang pulang hujung minggu baru-baru ini”(hal.70)
Nilai Kemasyarakatan
            Bantu-membantu
“ketika darurat dulu, anak Ah Yau itu memerap di rumahnya. Mereka sama-sama tidur sekelambu dalam parit besar yang kering ketika apa kekacauan memuncak”(hal.74)


 
Gelungnya Terpokah
Shahnon Ahmad
Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan tentang watak Jusoh yang amat marah kepada Berahim. Kemarahan Jusoh bermula apabila dia mengatakan bahawa Berahim telah memokah gelung sawahnya. Jusoh ingin membalas dendam, lalu isterinya memberikan buah fikiran dengan menuangkan cuka getah ke atas badan kerbau Berahim. Selepas beberapa hari kerbau Berahim telah mati akibat kesan cuka getah yang sangat kuat. Tiga hari selepas tersebarnya kejadian kematian kerbau-kerbau Berahim, Jusoh mula menokah air sawahnya. Jusoh menokah air di sawahnya sehinggakan terpaksa bermalam berhampiran sawahnya. Namun pada malam tersebut isterinya datang sambil menangis dan mengatakan bahawa semua ini adalah perbuatan Berahim. Kemudian pada detik itu juga Jusoh pergi mencari Berahim dengan perasaan yang sangat marah dan berangnya. Jusoh ingin menetak Berahim, sehinggakan penduduk kampung terjaga. Kemudian orang kampung menangkap Jusoh dan menganggapnya sebagai seorang yang gila. Masyarakat kampung membawa Jusoh kepada ketua kampung untuk tindakan selanjutnya. Isterinya hanya mampu melihat dan mendengar suara suaminya yang semakin mengecil dan menghilang dari pendengaran dan penglihatannya.

Tema
Pergolakan hidup berjiran    
“cuba bangkit tengok bendang kita. Setitik air pun tak ada. Ini tentu Berahim yang memokah gelung kita semalam”(hlm.62)

Persoalan
a.Kehidupan golongan pesawah yang miskin.
“Melalui celah-celah dinding pelupuh buluh gading dia ternampak anak-anaknya sibuk menyumbat nasi”.(hal.61)
b.Tanggungjawab terhadap keluarga
“padinya lebat. Dan besar-besar pula bijinya. Dan anaknya yang tujuh orang itu bukan saja tidak kebuluran malah dapat makan nasi tiga kali sehari”.(hal.60)
c.Konflik kejiranan
 Antara Jusoh dan Berahim. Contohnya “Ini tentu Berahim yang memokah gelung kita semalam”.(hal.62)

Aspek Bahasa
Perkataan atau ayat yang digunakan mudah untuk difahami dan yang sering digunakan sehari-hari.
Hiperbola
Sinarnya menampar-nampar dinding pelupuh rumah jusoh beranak tujuh (hal.62).
Tumit kakinya yang beretak seribu itu (hal.60).
Perulangan di awal ayat.
Tak boleh kepalanya aku tetak bininya. Tak boleh bininya aku cincang anaknya. Tak boleh anaknya aku rantas kaki kerbaunya (hal.63).
Mungkin pecah. Mungkin terkoyak pipinya. Mungkin luluh bahunya(hal.63).
Pemilihan kata/diksi
Kata-kata yang mudah difahami.
Contohnya aku takung air malam ini. Esok pergi cabut semai (hal.61).
Banyak menggunakan dialek negeri Kedah.
Contohnya dah habeh apo? (hal.61) dan terpokah (hal.60).
Penggunan kata ganda.
Contohnya tanah-tanah, kelam-kabut, tersembur-sembur,tunggang-langgang dan dll (hal.60)
Peribahasa .
Buah Hati (hal.64)
Aliterasi
“Dah habeh,” sambung Jusoh.(hal.61) Perulangan konsonan ‘H’ sebanyak 4 kali.
“aku…aku…aku dipaksa Berahim.”(hal.68) perulangan konsonan ‘K’ sebanyak 4 kali.
Asonansi
“Ambuh!” Suara parau tercetus keluar daripada mulut bininya.(hal.61) perulangan vokal ‘U’ sebanyak 7 kali.
Dada Jusoh lapang melampaui cerita.(hal.67) perulangan vokal ‘A’ sebanyak 7 kali.


Teknik
Teknik dialog.
Contohnya ‘dah habeh?’ Tanya bininya apabila sudah membetulkan ikatan kain di dadanya. ‘dah habeh apo?’ Tanya Jusoh pura-pura tidak faham. ‘Habeh tenggala petak kita’. ‘dah habeh’ sambung Jusoh (hal.61).
Teknik imbas kembali.
Contohnya ‘Tahun sudah Lebai Karim ditangkap dan dikurung kerana menetak penghulu Sudin. Tiga bulan penghulu itu dikurung di rumah sakit’. (hal.63)
Imbas muka.
Contohnya ‘terbayang dimatanya kepala Berahim yang akan menerima lading itu. mungkin pecah. Mungkin terkoyak pipinya.mungkin luluh bahunya. Bagaimana suaminya? Dia pasti ditangkap. Dikurung sampai mati.’(hal.63)
Konflik luaran.
Di antara  Jusoh dan Berahim. Contohnya ‘Berahim anak kurang ajar,’ gerutunya. Nanti aku sesah kepalanya dengan lading malam ini’.(hal.63)
Pemerian.
Contohnya kecederaan yang dialami kerbau Berahim, ‘ siang malam berkurung dalam tahi. Cabuknya merebak luas. Kulitnya mengoyak-ngoyak dan di sana sini kedapatan nanah likat berombak’.(hal.65)
Monolog dalaman.
Berlaku pada watak Berahim. Contohnya ‘musuh pantang dicari, kalau bertemu jangan dielak. Dan aku tak mengelak daripada musuh ini,’ fikir Berahim.(hal.67)
Suspen.
Dalam cerpen ini apakah yang berlaku ke atas Jusoh selepas dibawa bertemu penghulu. “bawa dia ke rumah penghulu” seru seorang tua yang berdiri agak jauh. “orang gila mesti dihantar ke Tanjung Rambutan!”.

Plot
Plot cerpen ini mengikut kronologi. Penulis menceritakan sesuatu yang berlaku secara tersusun.
Permulaan
Permulaan cerpen ini mengambarkan tentang kehidupan Jusoh sebagai pesawah. “Jusoh menyentak cangkul bermata buayanya serta dilambung hulunya ke atas bahu yang kejap dan berkematu itu. dan dengan kasar melangkah ke atas permatang bahagian bawah”.(hal.59)
Perkembangan
Pada bahagian ini pengarang menceritakan tentang konflik yang berlaku. “cuba bangkit tengok bendang kita. Setitik air pun tak ada. Ini tentu Berahim yang memokah gelung kita semalam”.(hal.62)
Puncak/klimaks
Berlaku konflik antara Jusoh dan Berahim. “Nanti aku pergi ke pekan beli sebotol cuka getah! Ujar Jusoh. Esoknya, belum pun sempat embun kering berita tentang malapetaka menimpa ‘buah hati’ Berahim gah sampai ke mana-mana.(hal.64) Selain itu Jusoh juga ingin menetak Berahim yang telah melakukan sesuatu kepada isterinya”
Penurunan/peleraian
Jusoh yang sedang mengamuk telah ditangkap oleh penduduk kampung, lalu dibawa bertemu penghulu. “ ada anak muda pendekar di antara orang ramai itu. pinggangnya dicekak. Dan jatuhlah lading berhulu kepala angsa itu ke dalam lumpur. “bawa dia ke rumah penghulu” seru seseorang tua yang berdiri agak jauh.”(hal.69)
     Penyelesaian
Isterinya terkaku dan termenung melihat jamung-jamung yang menerangi suaminya. “ bininya masih kaku. Dari permatang itu dia nampak jamung-jamung menerangi suaminya yang penuh diselimuti lumpur.” (hal.69)
Latar
Latar Masyarakat
Masyarakat pesawah. “Jusoh menyentak cangkul bermata buayanya serta dilambung hulunya ke atas bahu yang kejap dan berkematu itu. dan dengan kasar melangkah ke atas permatang bahagian bawah”.(hal.59)
      Latar  Masa
Pagi.
“Esoknya matahari muncul macam biasa. Sinarnya menampar-nampar dinding pelupuh  rumah Jusoh beranak tujuh”.(hal.62)
Petang. 
   “matahari nyaris-nyaris tenggelam pada kala Jusoh melucutkan cangkuk tenggala teras nangka daripada tengkuk kerbau bertanduk songsangnya”(hal.59)
Malam.
  “malam itu cuaca sederhana”.(hal.67)
Latar Tempat
Sawah
     “dan dengan kasar melangkah ke atas permatang bahagian bawah”.(hal.59)
Rumah Jusoh.
     “ Dia menghampiri tingkap rumah hala ke sawah”. (hal.62)
Kandang kerbau Berahim.
     “kandangnya yang beratap dan berdinding bertam itu menjadi tempat kunjungan ramai.”(hal.64)
Kampung Banggul Derdap.
    Di mana Jusoh tinggal. “Penduduk Banggul Derdap tidak ke sawah hari ini.”(hal.65)
Sudut pandangan
Sudut pandangan orang ketiga.
    Pengarang banyak menggunakan perkataan ganti diri iaitu ‘dia’ dan ‘Jusoh’. “ Dia menghampiri tingkap rumah hala ke sawah”. (hal.62)
Pengajaran
Kita mestilah rajin berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
“matahari nyaris-nyaris tenggelam pada kala Jusoh melucutkan cangkuk tenggala teras nangka daripada tengkuk kerbau bertanduk songsangnya”(hal.59)
Janganlah kita berdendam antara satu sama lain.
Dia telah melakukan sesuatu kepada isteri Jusoh. “Berahim! Kedengaran suara bininya tersekat-sekat. Aku… aku … aku dipaksa Berahim”.(hal.68)
Janganlah kita mengkhianati jiran sendiri.
“cuba bangkit tengok bendang kita. Setitik air pun tak ada. Ini tentu Berahim yang memokah gelung kita semalam”(hlm.62)
Kita mestilah saling tolong-menolong dalam hidup bermasyarakat.
Masyarakat kampung yang bersama-sama menangkap Jusoh ketika dia sedang mengamuk.“Bawa dia ke rumah penghulu. Seru seorang tua yang berdiri agak jauh.”(hal.69)
Nilai
Nilai kemanusiaan
Bersabar dan tabah
Walaupun Jusoh hanya bekerja sebagai petani dia tetap setia dan tabah menempuhi pancaroba kehidupan.
Nilai Kemasyarakatan
Kerjasama
Masyarakat kampung yang bersama-sama menangkap Jusoh.“Bawa dia ke rumah penghulu. Seru seorang tua yang berdiri agak jauh.”(hal.69)
Bersatu padu
“orang Ujung Becah tahu. Orang kaki Bukit tahu. Semua orang tahu. Kendangnya yang beratap dan berdinding bertam itu menjadi tempat kunjungan ramai”(hal.64-65).

Anak-anak Suria
Zahara Nawawi
Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang membela kucing sebagai haiwan peliharaan. Hakim dan Amanai belum dikurniakan cahaya mata. Namun mereka merasa bahagia dengan adanya suria iaitu seekor kucing kesayangan mereka. Hakim dan Amanani bakal berangkat ke Kota Mekkah untuk menunaikan fardu haji selama sebulan. Oleh sebab itu mereka terpaksa mencari pembantu rumah yang boleh menjaga Suria. Kemudian mereka mengambil Ayu sebagai pembantu rumah. Tidak berapa lama selepas pulang dari mengerjakan haji. Suria telah mengandung dan kemudian melahirkan anak kembar lima. Namun sesuatu telah berlaku apabila tiga daripada anak-anak suria telah hilang. Kemudian Hakim dan Amanani mendapati Ayu telah melakukan penyiksaan terhadap anak-anak Suria. Mereka berdua akhirnya melaporkan kes tersebut dibalai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.
Tema
Kasih sayang antara manusia dengan haiwan.
Kasih sayang Amanani dan Hakim terhadap Suria iaitu seekor kucing. “Bagi Hakim dan Amanani, Suria ialah cahaya mata mereka. Penyeri rumah tangga. Peanut retak. Dan pengerat simpulan tali kasih antara mereka”(hal.95).
Persoalan
a.Sifat perikemanusiaan dalam diri yang tinggi
Dalam cerpen dapat dilihat melalui watak Amanani dan Hakim. ““Bagi Hakim dan Amanani, Suria ialah cahaya mata mereka …”(hal.95).
b.Tanggungjawab terhadap keluarga
Watak Hakim yang bertanggungjawab mencari pembantu rumah untuk menjaga Suria semasa ketiadaan mereka. “Kita menunaikan fardu haji lama. Sebulan. Kita mesti mencari seorang pembantu untuk menjaga dan menemani Suria”(hal.95)
Aspek Bahasa
Kata-kata yang mudah difahami.
Hiperbola
“setiap kali Amanani dan Hakim pulang keriangan menebarkan aromanya …”(hal.96).
Pemilihan kata/Diksi
Kata-kata yang mudah dan senang untuk difahami.
            “Kita tidak ada pilihan bukan ?”(hal.95)
Kata Ganda
            “betul-betul,mengoncang-goncang, berterus-terang”(hal.95)
Aliterasi
“Hakim, suami Amanani pun begitu.”(hal.94). perulangan konsonan “M” sebanyak 3 kali.
“Kakak Cuma Tanya …”(hal.96). perulangan konsonan “K” sebanyak 3 kali.
Asonansi
“… Dialah cahaya mata kami”(hal.95) perulangan vocal “A” sebanyak 8 kali.
“Saya sudah kuburkan”(hal.99). perulangan vocal “U” sebanyak 3 kali.

Teknik
Teknik dialog.
Perbualan Hakim dan Amanani. Contohnya “Kita menunaikan fardu haji lama. Sebulan … kita tidak ada pilihan bukan? …”(hal.95)     
Konflik luaran. 
Amanani dan Hakim marah kepada Ayu yang telah mendera dan menyiksa anak-anak Suria. “ Nani menyoal Ayu di mana kubur Awan dan Bayu yang sebenar. Ayu tunduk keras tidak menjawab”(hal.101). 
Pemerian.
“Siapa kata kes ini kecil? Di bawah Ordinan Haiwan 1953, sesiapa yang didapati bersalah mendera binatang boleh dipenjarakan enam bulan, atau denda RM200 atau kedua-duanya sekali”(hal.101)
Suspen.
“tiba-tiba Nani terdengar seperti bunyi anak kucing menjerit-jerit kecemasan dari dalam tong sampah”(hal.100)
Plot
Plot cerpen adalah mengikut kronologi. Pengarang menceritakan sesuatu secara tersusun.
Permulaan
Menceritakan tentang watak yang wujud dalam cerpen. Selain itu mengambarkan kehidupan keluarga Hakim yang bahagia. “Kemurungan perasaan Amanani segera terubat menyaksikan keletah Suria”(hal.94)
Perkembangan
Bahagian ini menunjukkan masalah yang berlaku iaitu tentang pembantu rumah yang boleh menjaga Suria. Selain itu mereka mendapat pembantu iaitu Ayu. Contohnya “Kita menunaikan fardu haji lama. Sebulan. Kita mesti mencari seorang pembantu untuk menjaga dan menemani Suria”(hal.95)
Puncak/klimaks
Pada tahap ini selepas Amanani dan Hakim pulang dari menuanikan fardu haji. Suria telah melahirkan anak kembar lima. Namun lama-kelamaan satu persatu anak-anak Suria hilang entah kemana. “Ayu di mana Manja? …”(hal.98)
Penurunan/peleraian    
Amanani menjumpai Didi yang berada dalam tong sampah dan dibungkus menggunakan plastik sehingga mengakibatkan badanya menjadi lemah dan tidak bermaya. Pada masa itu barulah mereka tahu bahawa Ayu telah melakukan penyiksaan terhadap anak-anak Suria. “ pantas Nani membuka plastik yang diikat dengan tali rafia itu. Alangkah terkejutnya Nani melihat Didi, anak Suria sudah lembik dan hampir lemas dalam plastik itu …”(hal.100)
Penyelesaian
Akhirnya Amanani dan Hakim melaporkan kes itu kepada pihak polis. “selepas membuat aduan tentang kemalangan kereta, Hakim dan Nani pergi ke kaunter aduan kes-kes lain, lalu mengadukan penderaan dan pembunuhan Bayu, Manja,Awan dan terhadap penyiksaan Didi”(hal.101)
Latar
Latar Masyarakat
Masyarakat yang mencintai haiwan
Digambarkan pada watak Hakim dan juga Amanani. “Bagi Hakim dan Amanani, Suria ialah cahaya mata mereka. Penyeri rumah tangga. Peanut retak. Dan pengerat simpulan tali kasih antara mereka”(hal.95).
Masyarakat yang tiada perikemanusiaan
Watak Ayu yang menganiyaya anak-anak Suria. “ pantas Nani membuka plastik yang diikat dengan tali rafia itu. Alangkah terkejutnya Nani melihat Didi, anak Suria sudah lembik dan hampir lemas dalam plastik itu …”(hal.100).
Latar  Masa
Pagi
“Pagi-pagi sebelum matahari memancar terik …”(hal.97)
Petang
“Dia membongkok hormat di hadapan Hakim sebelum meneruskan langkah hala ke dapur untuk menyiapkan minuman petang”(hal.97).
Malam
“Dua hari dua malam Nani menangis”(hal.99)
Latar Tempat
Rumah Hakim dan Amanani
“Sebaik pulang dari pejabat, yang pertama …”(hal.94)
Tong sampah
“Tiba-tiba telinga Nani terdengar seperti bunyi anak kucing menjerit-jerit kecemasan dari arah tong sampah”(hal.100)
Balai polis
“Demi keselamatan dankecurigaan, Hakim dan Nani membawa Suria dan Mega, ke balai polis”(hal.101)
Sudut pandangan
Sudut pandangan orang ke tiga.
Cerpen ini menggunakan sudut pandangan orang ke tiga serba tahu. Pegarang banyak menggunakan kata ganti nama ketiga.
Pengajaran
Kita perlulah menjaga dan menyayangi haiwan.
Haiwan juga adalah salah satu makhluk Tuhan di muka bumi. Contohnya Nani yang menyayangi Suria. “Nani mencuit hidung comel itu sekali lagi. Suria pantas menggapai dan menangkap tangan Nani dengan kedua-dua belah tangannya, lalu dibawah ke pipinya”(hal.95)
Kita mestilah jujur dan tidak berbohong.
Watak Ayu yang tidak jujur dan melakukan pembohongan kepada majikannya. “Tetapi lubang yang dikatakan kubur itu hanya diisi seketul batu yang keras dan kaku”(hal.101)
Nilai
Nilai kemanusiaan
Penyayang
Nani dan Hakim yang menyayangi Suria. “Bagi Hakim dan Amanani, Suria ialah cahaya mata mereka. Penyeri rumah tangga. Peanut retak. Dan pengerat simpulan tali kasih antara mereka”(hal.95).

Baik hati
Nani yang sangat baik hati kepada Ayu. “Budak Ayu ni sungguh baik. Nanti pada sambutan hari lahirnya, Nani hendak belikan dia seutas rantai emas bersama loket sekali. Boleh kan?”(hal.96)

Melakar Impian
Mohd Kasim Mahmud
Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan tentang usaha Rosli yang mengutarakan idea untuk menternak burung Ruak-ruak. Namun hasrat Rosli itu telah menjadi ejekan dan diperlekehkan oleh rakan-rakannya. Namun, setelah berusaha gigih akhirnya Rosli berjaya dalam perniagaan menternak burung ruak-ruak. Pada suatu hari Rosli mendapat tahu bahawa rakan-rakannya telah ditangkap kerana cuba untuk melakukan rompakan ke atas rumah penduduk  kampung. Namun, atas rasa tanggungjawab Rosli membantu rakan-rakannya dengan mengikat jamin mereka supaya dapat keluar daripada penjara sebelum tarikh perbicaraan berlangsung. Pada masa itu barulah rakan-rakannya menyesal dan terharu dengan sikap dan kebaikan Rosli.
Tema
Kegigihan untuk mencapai cita-cita.
Kegigihan ini ditonjolkan menerusi watak Rosli yang ingin menjalankan usaha ternakan burung ruak-ruak. Kegigihan Rosli ditunjukkan menerusi sikapnya yang tabah menghadapi segala cabaran. Usaha gigihnya ini tidak sia-sia kerana Rosli akhirnya berjaya melaksanakan projek penternakan burung ruak-ruak.  
Persoalan
a.       Sikap tidak berputus asa.
b.      Kesabaran dalam menghadapi cabaran.
c.       Keburukan sikap memperkecil-kecilkan kebolehan orang lain.

Aspek Bahasa
Bahasa yang digunakan dalam cerpen ini umumnya mudah difahami.
Unsur gaya bahasa
Hiperbola
“Ngauman motorsikal ketiga-tiga pemuda itu membelah kedamaian petang Kampung Beringin Tunggal”(hlm.126).
“Setompok ludahnya melayang lalu mendarat di atas tanah”(hlm.123).
Metafora
            “Taman sanubari”(hlm.129)
Pemilihan kata/Diksi
Kata-kata yang mudah difahamai dan menggunakan bahasa harian.
“Ha,ha,ha! Ledakan ketawa sekumpulan anak muda mengusik kedamaian petang  minggu Kampung Beringin Tunggal”(hlm.121)
Kata Ganda
            “Bukan-bukan(hlm.121),bersungguh-sungguh,rakan-rakannya,bermain-main(hlm.122)”
Aliterasi
“Macam Mat Jenin”(hlm.123) perulangan konsonan “M” sebanyak 3 kali
“Rosli tidak putus asa”(hlm.122) perulangan konsonan “S” sebanyak 3 kali
Asonansi
“Air matanya menitik”(hlm.129) perulangan vokal “I” sebanyak 3 kali

Teknik
Teknik dialog.
            “Hei kawan, engkau ni dah buang tabiatkah? ... Ini rancangan baik, Lamin …”(hlm.122)

Konflik luaran. 
Berlaku antara Rosli dan rakan-rakannya. Contoh, “Rosli anak muda bertubuh kurus tinggi menyambut ledakan ketawa rakan-rakannya itu dengan penuh ketabahan”(hlm.121)
Suspen.
Adakah Rosli akan membantu rakan-rakannya yang ditimpa masalah. “ dia menemui Encik Ishak, Ketua Polis Daerah. Dia diberitahu, ketiga-tiga rakannya boleh dibebaskan dengan ikat jamin RM1000 seorang sementara menunggu hari perbicaraan”(hlm.128)
Imbas Kembali
“Semasa bersekolah dulu, aku pernah membaca kegigihan Henry Fayol mencipta kereta, Thomas Edison mencipta lampu elektrik, …”(hlm.122)


Imbas Muka
“Siapa tau dengan izin Allah kita boleh menjadi jutawan! Hah, setelah menjadi jutawan, kita boleh bantu golongan fakir miskin”(hlm.124)

Plot
Permulaan
Bahagian ini mula memperkenalkan watak-watak yang terlibat dalam cerpen. Contohnya “Rosli anak muda bertubuh kurus tinggi menyambut ledakan ketawa rakan-rakannya itu dengan penuh ketabahan”(hlm.121)
Perkembangan
Dalam bahagian ini pengarang memaparkan masalah atau konflik yang berlaku diantara Rosli dan rakan-rakannya. “Hei kawan, engkau ni dah buang tabiatkah? ... Ini rancangan baik, Lamin …”(hlm.122)
Puncak/klimaks
Rosli berusaha sendiri untuk mencapai impian yang dihajatinya. “Rosli membentangkan rancangannya itu kepada kedua-dua ibu bapanya,  malah mereka memberi bantuan sebanyak RM 2000.00 bagi membolehkan Rosli membina sebuah sangkar besar seluas gelanggang badminton di belakang rumah.” (hlm.126)
Penurunan/peleraian    
Semakin hari usaha Rosli menampakkan hasil sehinggakan dia menjadi seorang penternak yang berjaya. “Hari terus berganti projek ternakan burung Ruak-ruak itu semakin berjaya” (hlm.128).
Penyelesaian
Rakan-rakan lama Rosli telah ditangkap oleh pihak polis kerana melakukan rompakan. Namun Rosli telah melakukan ikat jamin kesemua rakan-rakannya. Sehinggakan mereka semua merasa bersalah dan terharu dengan sikap Rosli. Akhirnya mereka insaf dan ingin membantu dalam perniagaan Rosli.
Contoh: “Kami tidak ingin mengulangi kesilapan lalu, kami mau berubah menjadi warga yang berguna, tambah Lamin penuh kekesalan” (hlm.129).
Latar
Latar Masyarakat
Masyarakat desa
“Ha,ha,ha! Ledakan ketawa sekumpulan anak muda mengusik kedamaian petang minggu Kampung Beringin Tunggal”(hlm.121)
Latar  Masa
Pagi
“Tiba-tiba pada suatu pagi, tersebar berita…”(hlm.128)
Latar Tempat
Kampung Beringin Tunggal
“Ha,ha,ha! Ledakan ketawa sekumpulan anak muda mengusik kedamaian petang minggu Kampung Beringin Tunggal”(hlm.121)
Belakang Rumah Rosli
Tempat dimana Rosli membina sangkar untuk burung ruak-ruaknya. “Rosli membina sebuah sangkar besar seluas gelanggang badminton di belakang rumah”(hlm.126).
Balai Polis
Tempat dimana kawan-kawannya ditahan. “terima kasih, Li. Mujurlah kau sudai menjamin kami. Kalau tidak, kami terpaksa meringkuk di dalam bilik tahanan sampai hari perbicaraan,’ ucap Azwan dengan nada rendah”(hlm.128).

Sudut pandangan
Sudut pandangan orang ketiga. Dalam cerpen ini banyak menggunakan kata ganti diri orang ketiga. Contohnya “terima kasih, Li. Mujurlah kau sudah menjamin kami. Kalau tidak, kami terpaksa meringkuk di dalam bilik tahanan sampai hari perbicaraan,’ ucap Azwan dengan nada rendah”(hlm.128).

Pengajaran
Kita janganlah memandang rendah terhadap orang lain.
Kita mestilah berusaha untuk mencapai sesuatu yang diingini.
Kita haruslah bersifat pemaaf dan penyabar.

Nilai
Nilai kemanusiaan
Sabar dan tabah
Watak Rosli seorang yang sabar dan tabah. “Hati Rosli tetap tabah.”(hlm.126).
Rajin
Rosli seorang yang rajin. Dia mendirikan kandang burung ruak-ruaknya sendiri. “Rosli membina sebuah sangkar besar seluas gelanggang badminton di belakang rumah”(hlm.126)

Nilai Kemasyarakatan
Kerjasama
Penduduk kampung yang bekerjasama menangkap kawan-kawan Rosli yang cuba memecah masuk rumah penduduk di kampung mereka.
Bantu Membantu
Rosli yang membantu rakan-rakannya agar dapat keluar daripada penjara.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jemaah Nazir Blog