BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SELAMAT DATANG

Lokasi Online

what you waiting, just click.....

Ahad, 24 April 2011

Pengenalan Kepada Hikayat Raja-Raja Pasai


       
Pengkajian sejarah terhadap Hikayat Raja Pasai telah bermula sejak dahulu lagi.Justeru telah ramai pengkaji yang terdiri daripada dalam dan luar negara cuba merungkai kisah yang terdapat dalam hikayat ini.Antara nama-nama yang tidak asing lagi dalam kajian ini ialah Russell Jones,RO Winsteds, A.H Hills,R.Roolvink,P.L Amin Swee Nye,A.Wahab Ali,Ali Haji Ahmad ,A Teeuw,Mazlina Harun dan Nora Taslim.Kajian  terhadap hikayat ini menjadi pilihan para pengkaji adalah disebabkan keunikan yang terdapat pada setiap isi yang disampaikan oleh penulis yang memberi kesan secara langsung kepada para pembaca.Begitu juga dengan plot cerita yang digunakan yang berbeza jika dibandingkan dengan hikayat-hikayat lain.



Secara umumnya,diketahui bahawa Hikayat Raja Pasai ini didolongkan dalam genre sejarah yang banyak menceritakan tentang kisah Raja Pasai yang telah memeluk agama islam.Ia meliputi kisah pembukaan negeri,corak pentadbiran,politik,sosial seawal sejak dari kewujudan,perkembangan,zaman keemasan,kekalahan hinggalah zaman keruntuhannya.

Sebagai sebuah hikayat teks lama,sudah pasti bahawa penulisannya telah mendapat tokok tambah daripada generasi ke generasi.Ia bertujuan untuk memperindahkan lagi erta mampu menarik perhatian para pembaca untuk membaca.Ditambah pula,masyarakat masyarakat dahulu mengamalkan tradisi penceritaan semula dari satu individu ke individu lain.Setelah hikayat ini dikarang,sudah menjadi satu cabaran kepada pengkaji-pengkaji memandangkan tulisan yang digunakan sukar untuk dikaji oleh mereka memandangkan ia menggunakan tulisan jawi lama yang bercampur dengan unsur-unsur gaya bahasa yang sukar difahami.       




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gambar 3D

Jemaah Nazir Blog