BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SELAMAT DATANG

Lokasi Online

what you waiting, just click.....

Drama


KAJIAN DARI ASPEK PERSOALAN DAN PEMIKIRAN DALAM DRAMA
Mengikut drama Megat Tarawis yang dicetak pada 1951 diaggap sebagai drama pertama yang diterbitkan kemudian barulah menyusul beberapa buah buku drama dan terdapat juga majalah yang sedia menyiarkan skrip seperti Dewan Bahasa.Fungsi utama adalah sebagai
    -alat yang berkesan membangunkan semangat nasionalisme
    -perakam sejarah
    -pencerminan masyarakat dan mendiskusikan keunggulan intelektualisme dan tamadun negara
Persoalan yang digarapkan sangat meluas dan beragama sifatnya. Sepanjang pertumbuhan drama perkembangan dan perubahan yang dilaluinya dalam usia setengah abad telah mengalami zaman persandiwaraan,realism dan absurdisme yang mencakupi pelbagai aspek.Contoh persoalan yang diketengahkan dalam drama ini seperti berkenaan degan moral,sosial,keagamaan,nasionalisme dan lain-lain.
     Persoalan mengenai moral mengermukakan konflik manusia yang berkonfrontasi antara kebaikan dan kejahatan,kesenian,ketekunan,kemunduran serta nilai-nilai atau sifat yang bertentngan.
      Persoalam dari sudut sosial pula seperti drama realism Malaysia yang menggarapkan permasalahan harian dan semasa banyak menyentuh premis kemasyarakatan orang-orang melayu.Para dramatis melihat masyarakat melayu yang terlalu kuat menganut kepercayaan lama dan dikonkong oleh peraturan tradisi.

PENGGUNAAN BAHASA DALAM DRAMA
Dialog adalah bahasa yang murujuk ,mengkhusus dan memukau pendengaran.Bahasa drama bukan ditujukan untuk dibaca tetapi untuk didengar dan seharusnya dilafazkan,diucapkan atau ditutur supaya dapt menimbulkan keseronokan indera di samping meyampaikan soalan dan pemikiran.
      Kesempurnaan dalam memilih ungkapan dialog sebagai alat berdrama diperlukan malah kejayaan seseorang dramatis terletak pada penggunaan bahasa dalam mengarang dialog.Pengkajian dalam aspek bentuk/stail itu bertujuan ingin memperlihatkan sejauh mana keberhasilan seseoramg penulis dialog sebagai bahasa kreatif yang sifatnya imiginatif,figuratif,simbolik dan memilih unsur-unsur estetika.



SEJARAH PENUBUHAN DRAMA TERAWAL
Dari sudut sejarah tidak dapat dipastikan bangsa atau negara yang memiliki drama terlebih dahulu.Ahli-ahli sejarah tidak pernah sepakat untuk membulatkan keputusan mengenai premis ini sehingga pengkajian terakhir menyifatkan drama sebagai sebuah misteri yang belum dapat dipecahkan.kajian dan penyelidikan satu teori telah dapat diketengahkan bahawa drama sebenarnya wujud sebelum manusia mengenal sejarah.Drama muncul sebagai aktiviti secara naluriah yang seiring dengan kegiatan keagamaan yabg berbentuk persembahan kepada supernatural dan mereka menetapkan drama sebagai teori ritual.Sejarah terwal drama Malaysia ada  hubungan dengan fungsi keagamaan yang ada kaitannya dengan kepercayaan tertua nenek moyang iaitu fahaman animism.Animisme berhubung dengan daya pemikiran manusia yangcuba memahami proses alam sekeliling yang suka dikuasai oleh mereka seperti gejala alam yang dianggap mempunyai kuasa roh atau semangat yang perlu dipuja bagi mendapatkan keselamatan.Aktiviti ritual yang diamalkan itu merupakan salah satu bentuk drama yang terawal kerana di dalamnya mengandungi beberapa aspek drama seperti tarian,nyanyian dan aksi-aksi(gerak-geri).Semua ini telah menjurus kepada amalan atau adat kebiasaan yang cenderung memperlihatkan aspek kesenian,motif dan kepercayaan itu sendiri.Keadaan ini telah mengalami perubahan yang memakan masa agak lama,sedikit demi sedikit ia mengalami perubaan dari jampi serapah kepada bentuk nyanyian,tarian akhirnya aspek lakonan lebih menonjol dan motifnya turut berubah dari tujuan pemujaan kepada semangat menjadi suatu seni.

DRAMA MALAYSIA SEKITAR 1970 AN
Kehidupan pendramaan Malaysia di sekitar tahun 1970 an ini didominasikan oleh drama absurd.Pengertian absurd di dalam drama Malaysia iala karya yang berbentuk antirealism(anti-story) sukar difahami dan mengaplikasikan stail atau situasi(menurut simiotik).Drama absurd Malaysia manandakan dirinya lebih intelektual dari drama realism dan sejarah.Ia menolak pendewaan terhadap pemikiran murah serta rendah dan memperlihatkan kecerdikan dan ketamadunan.
    Antara dramatis yang membicarakan drama absurd ialah Noordin Hassan dan Johan Jaafar.Dekad 70 an ini dikuasai oleh mereka.Noordin Hassan pelapor drama absurd dengan dramanya yang berjudul”Bukan Lalang Di Tiup Angin” yang sangat popular.Ia mengadunkan tradisi moden dan ingin menimbulkan imej-imej orang melayu selepas 13 Mei.
    Johan Jaafar pula banyak memasukkan suasana penuh misteri dan fantastic melalui dramanya terutamanya ‘Angin Kering”.ini dieksposisikan sebagai pertentangan organisasi melawan gejala alam, fitriah, malapetaka dan ironi kemiskinan.
 
DRAMA SEKITAR TAHUN 1960-1970 AN
Drama sekitar tahun 1960-1970 an adalah lebih bercorak realism iaitu tradisi yang berkembang sesudah drama sejarah.Drama realisme menandakan perubahan aliran pemikiran bangsa malayu dan berhasil meninggalkan tradisi sejarah bertukar kepada bentuk yang lebih baru,modendan maju.Drama realisme ini merupakan drama yang persoalan dan pemikiran menggarap kehidupan sehari-hari.Drama realisme boleh dikenal juga sebagai drama masyarakat.Drama ini menjadi alat untuk sesuatu perjuangan yang berbentuk kemasyarakatan.Konsep pertama drama realism ialah untuk menghidupkan suasana realistic kepada aspek persoalan dan pemikiran yang menjadi bahan perbincangan dramatis. Pelopor drama realisme di Malaysia ialah Kala Dewata.Contoh  dramanya ialah “Atap Genting Atap Rumbia”.Antara penulis-penulis lain yang terkemuka dalam manghasilkan drama realism ialah Usman Awang,Awang Had Salleh,Malina Manja dan lain-alain.

PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN DRAMA MALAYSIA
Drama-drama Malaysia telah mencapai kemajuan yang cemerlang terutama dalam penciptaan dan aliran.Drama telah dijadikan satu alat untuk menyemarakkan semangat kebangsaan dan menjadi alat pencerminan masyarakat dan mempersoalkan serta membincangkan keunggulan dan keintelektualan melayu.Sejarah perkembangan drama juga dapat menyuburkan perkembangan sebua tradisi drama contohnya di Tanah Arab yang tidak memiliki tradisi drama sebelum ini, selepas sahaja mekanisme dan teknologi dibawa masuk Tanah Arab telah menjadi pusat drama yang terpenting di Asia Barat.Pengetahuan ini jelas turut membantu meningkatkan tahap perkembangan drama Malaysia.Bagi membantu meningkatkan lagi tahapd drama Malaysia beberapa pendekatan sejarah telah digunakan bagi membantu menunjukkan aspek terpenting yang berlaku dalam sejarah drama.Contoh pendekatan yang digunakan ialah;
     -Pendekatan Formalistik
     -Pendekatan Analitik
Kedua-dua pendekatan ini digunakan untuk membincangkan persoalan, pemikiran dan strukturnya. Perkembangan dan perubahan yang dialami adalah mengikut kronologi zaman.Drama moden Malaysia dapat dilihat mengikut tahap atau masa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gambar 3D

Jemaah Nazir Blog