BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SELAMAT DATANG

Lokasi Online

what you waiting, just click.....

Puisi Tradisional


Syair


Ciri-ciri syair : 
  •    Terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2 @ 3 rangkap) 
  •      Syair tidak mempunyai pembayang maksud (berbeza dengan pantun)
  •  Setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu. Sebuah syair biasanya menceritakan suatu kisah.
  • Bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama iaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam satu baris.
  • Syair boleh terdiri daripada syair romantic, syair sejarah, syair ibarat dan juga syair keagamaan.
 

SYAIR NASIHAT

Syair Kelebihan Ilmu  : Ilmu Bekalam Hidup

Berkata ilmu akulah sultan
Kerajaan aku darat dan lautan
Jahil berseru akulah syaitan
Ikutlah aku merata hutan

Ilmuj itu gemala sakti
Sinarnya cerah cahaya sejati
Asal puncanya lamun didapati
Sukar bercerai hingga mati

Harganya tidak dapat ternilaikan
Sebuah dunia belinya bukan
Kuasanya sukar digunakan
Di laut, di darat, di rimba, dan pekan

Jasa seorang ialah taman
Teman berbeka suluh berjalan
Jasa berhimpun ialah pengenalan
Hiasan penyata polan si polan

Bagi yang duka ia penghibur
Ia penerang bagi yang kabur
Ialah kerdil di alam kubur
Lamun dengannya beramal subur
 
Ialah penerang ke jalan syurga
Ia pemuas tekak dan dahaga
Ialah sungai dan telaga
Laut yang luas ialah juga

Ialah alat sangat berguna
Idaman oarang yang bijaksana
Hampirnya luas pandang sejuta
Tepinya ajal sempadan fana



Rejang 

Makna rejang mengikut R.J.Wilkinson (1901), menyatakan rejang sebagai suatu istilah astrologi (ramalan bintang) yang mengaitkan siri lambang-lambang yang mewakili tiap-tiap hari dalam sebulan. Rejang juga ada hampir menyerupai bentuk pantun atau syair. Namun rejang dapat dibezakan melalui rima akhir yang tidak tetap. Masyarakat di nusantara suka meramalkan hari-hari baik dalam sesuatu bulan. Rejang juga dikatakan mempunyai hubungan dengan ramalan waktu dan Rejang Ketika pula dikaitkan dengan nasib baik atau buruk mengikut perkiraan waktu. Di daerah Sumatera Selatan, rejang menunjukkan sebuah tempat. Hal ini dimana mengikut sejarahnya, masyarakat di daerah tersebut memiliki bahasa dan huruf mereka sendiri yang dinamakan bahasa dan huruf Rejang. Rejang juga dapat dikatakan sebagai Puisi Melayu Tradisional yang bersandar pada puisi warisan Melayu dan puisi warisan Islam. Antara contoh rejang ialah Rejang Sindiran Diri, Rejang Padi Emping, Rejang Hari Bulan,Rejang Tiga Puluh Hari dan Rejang Tujuh Hari.

Ciri-ciri Rejang

Rejang mempunyai beberapa ciri-ciri yang penting antaranya ialah terdiri daripada empat baris serangkap, dua baris pertama merupakan pembayang dan dua baris berikutnya merupakan maksud. Seterusnya dua baris pertama dalam rejang tidak berhubung langsung. Akan tetapi ada pula yang berhubung seperti syair dan ada kalanya rejang ini juga hampir sama dengan pantun berkait. Rima akhir rejang juga ada lah tidak terikat iaitu berbentuk bebas. Selain itu isinya juga menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan, nasihat, teladan dan pengajaran.

Selepas itu kita lihat pula tema rejang itu sendiri. Biasanya rejang bertemakan nasihat, pendidikan atau bercorak pengajaran. Contohnya dalam “Rejang Hari Bulan” dan rejang ini juga cuba meramalkan hari-hari yang baik dalam waktu sebulan. Selain iu tema rejang juga berkaitan dengan keagamaan, adab, budi, kesopanan dan kesusilaan,selain mementingkan akhlak yang baik sebaik anggota masyarakat.

Manakala dari segi bentuk pula, rejang terdiri daripada empat baris serangkap. Dua baris pertama adalah pembayang. Manakala dua baris berikutnya adalah merupakan maksud rejang yang ingin disampaikan. Kadangkala dua baris pertama tidak berhubung langsung tetapi ada juga yang berhubung seperti syair. Rejang juga ada masanya hampir sama dengan pantun berkait. Dilihat pada rima rejang pula adalah berbentuk bebas. Namun ada juga yang berunsurkan pantun dan syair seperti ab ab, dan aa aa.

Rejang juga mempunyai nilai murni dan baik. Hal ini kerana rejang dihasilkan oleh masyarakat berfungsi untuk memberi nasihat, memberi pengajaran, memberi pendidikan dan ajaran akhlak yang baik.

Fungsi Rejang

Rejang juga mempunyai fungsi-fungsi yang hampir sama dengan puisi-puisi melayu tradisional. Rejang berfungsi sebagai satu bentuk hiburan. Hal ini dikatakan sebagai satu bentuk hiburan kerana rejang mempunyai cara dan lagu tersendiri apabila melagukannya. Dengan cara melagukan rejang mampu menghiburkan orang lain yang mendengarnya.

Selain itu rejang juga dikatakan sebagai satu cara untuk menyampaikan kritikan sosial. Hal ini dimana rejang adalah salah satu medium untuk mengkritik masyarakat pada masa tertentu. Contohnya dalam rejang Sindiran Diri. Dalam rejang tersebut banyak menyindir masyarakat yang tidak mementingkan ilmu, contohnya pada rangkap berikut;

“Kuda aman lalu di pasar,
Pacunya lalu di Inderagiri,
Akhir zaman muda dan misai,
Tuntutlah ilmu, kenalkan diri.”

Seterusnya rejang juga berfungsi sebagai medium pengajaran dan nasihat. Fungsi sebagai medium pengajaran dan nasihat ini sememangnya diterapkan dalam mana-mana hasil karya puisi melayu tradisional. Begitu juga dengan rejang yang tergolong dalam puisi melayu tradisional. Contoh rejang yang boleh kita kaitkan sebagai medium pengajaran ialah “Rejang Hari Bulan”.

“Habislah dapat ilmu sakti,
Sampai ia mengubah rupa,
Sebab mengenang budi pekerti,
Siang malam abang tak lupa”.


Contoh – Contoh Rejang:

Rejang Sindiran Diri
Satu hari bulan rejangnya kuda:
Kuda aman lalu ke pasar,
Pacuya lalu di inderagiri,
Akhirnya zaman muda dan misai,
Tuntutlah ilmu, kenalkan diri.

Dua haribulan rejangnya kijang:
Kijang mengantuk di rumpun buluh,
Maknya kaduk di dalam padi,
Tuntutlah tuan ilmu yang sungguh,
Hidup kita menantikan mati.

Tiga haribulan rejangnya harimau:
Harimau sekoci turun sekawan,
Mati ditikam si orang buru,
Ilmu yang suci tuntutlah tuan,
Kerana suci pohon fardu.

Empat haribulan rejanganya kucing:
Kucing melompat di atas tilam,
Turun ke kebun memakan kepiat,
Adam belum menjadi insan,
Segala berhimpun sekelian zuriat.

Rejang Tiga Puluh Hari
sehari bulan rejangnya kuda:
sehari bulan rejangnya kuda,
perian Ahad harinya minggu;
Tuanku nyawa ayahnda bonda,
Dikasihi oleh kaum dan suku.

Perian Ahad harinya minggu,
Seberang kerjaanmu selok;
Dikasihi oleh kaum dan suku,
Keduanya menjadi mestika makhluk.

Sebarang kerjamu elok,
Belayar tak bail selama-lama;
Keduanya menjadi mestika makhluk,
Kekal kebesaran duli saksama.

Rejang Hari Bulan
Tujuh hari rejangnya tikus,
Tikus jantan masuk penjara,
Kalau terkenang sifat yang bagus,
Hilanglah akal lenyap bicara.

Tikus jantan masuk penjara,
Penjara besi besi kursani,
Hilanglah akal lenyap bicara,
Dendam oi apa selaku ini.

Penjara besar besi kursani,
Perbuatan Maharaja Jaya Dewata,
Dendam oi apa selaku ini,
Tidur berendam air mata.


BIBLIOGRAFI

Abdul Halim Ali,Mendekati Puisi Melayu Tradisional, Bandar Baru Bangi Selangor. Elpos
print Sdn.Bhd,2006.
Majlis peperiksaan Malaysia, Mutiara Sastera Melayu Tradisional, Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka,2003.
Prof. Madya Dato’ Dr. Rosli Saludin, Puisi Melayu Tradisional, Bukit Mertajam Penang.
Goalintelligent Publishing Sdn.Bhd,2007.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gambar 3D

Jemaah Nazir Blog