BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SELAMAT DATANG

Lokasi Online

what you waiting, just click.....

Jumaat, 21 Oktober 2011


BUKU INI DALAM PROSES PERCETAKKAN, SESIAPA YANG INGIN MEMBELINYA TERUS MEMBERITAU SAYA KUANTITINYA DISINI..DAN UNTUK MAKLUMAN, BERKEMUNGKINAN BESAR KULIT BUKU INI AKAN DIUBAH OLEH PENERBIT

Khamis, 14 Julai 2011

Pepatah hari ini......


Ø  Kalau besar jangan melanda,
Kalau cerdik jangan menipu.

Dalam pepatah tersebut mementingkan sikap seseorang itu. Sekiranya seseorang itu mempunyai kelebihan janganlah menindas orang lain. Begitu juga dengan seseorang yang cerdik, gunakan kepintaran dengan betul dan jangan sesekali menggunakannya sebagai cara untuk melakukan penipuan.

Jumaat, 24 Jun 2011

Pepatah hari ini......

Ø  Kalau kail panjang sejengkal,
Lautan dalam jangan di duga.

Pepatah ini menyatakan bahawa jika kita ingin melakukan sesuatu haruslah melihat kemampuan diri sendiri. Jangan melakukan sesuatu yang berada di luar kawalan atau tahap kemampuan diri kita.

Selasa, 24 Mei 2011

Pepatah Hari Ini......

Ø  Baik diambil dengan muafakat,
Buruk dibuang dengan musawarah.

Dalam pepatah ini menyatakan bahawa sesuatu yang baik itu harus dilakukan dengan kerjasama atau bantu-membantu. Namun bagi sesuatu yang buruk itu perlulah dibawa berbincang terlebih dahulu.

Ahad, 15 Mei 2011

Sahabat.....

SAHABAT…..

Apabila kita ingin bersahabat janganlah kerana
Kelebihannya kerana mungkin dengan satu
Kelemahan, kita mungkin akan menjauhinya
Andai kita ingin  berteman, janganlah kerana
Kebaikannya kerana mungkin dengan satu
Keburukan kita akan membencinya.

Andai kita inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kita mungkin akan menyalahkannya.
Andai kita inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya, kerana apabila
Dia buntu, kita mungkin akan memfitnahnya.

Andai kita ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa,
Jangan diharapkan terlalu sempurna,
Kerana kita sendiri pun tidak tahu
Apakah diri kita sudah cukup sempurna
Mengikut kehendak Allah SWT
Yang sebenar benarnya…..

Sabtu, 14 Mei 2011

Pepatah Hari Ini......

Ø  Usul menunjukkan asal,
Bahasa menunjukkan bangsa.

Pepatah ini menyatakan bahawa setiap yang berlaku itu ada tujuannya. Dapat dilihat bahawa usul dalam pepatah itu menunjukkan asal sesebuah masyarakat atau seseorang. Begitu juga bagi bahasa yang menunjukkan bangsa dalam sesebuah tamadun manusia.

Ahad, 8 Mei 2011

Pepatah Hari Ini......


Ø  Buat baik berpada – pada,
Buat jahat jangan sekali.

Dalam pepatah ini menyatakan bahawa jika seseorang itu ingin menabur budi haruslah sesuai dengan masa dan tempat. Selain dilakukan secara berpada – pada. Namun perbuatan atau kelakuan yang jahat jangan sesekali dibuat atau disengajakan.

Khamis, 28 April 2011

Pepatah Hari Ini......


Ø  Buat baik berpada – pada,
                 Buat jahat jangan sekali.

Dalam pepatah ini menyatakan bahawa jika seseorang itu ingin menabur budi haruslah sesuai dengan masa dan tempat. Selain dilakukan secara berpada – pada. Namun perbuatan atau kelakuan yang jahat jangan sesekali dibuat atau disengajakan.

HIKAYAT RAJA_RAJA PASAI


SEJARAH PEMBUKAAN NEGERI PASAI
WATAK          :SULTAN MALIKAUL SALEH
TEMPAT        :DI TEPI LAUT
Pada suatu hari sedang Sultan Malikul Saleh sedang pergi berburu dengan pengikutnya di tepi laut. Sultan Malikul Saleh telah membawa anjingnya yang bernama si Pasai. Setelah tiba di tepi laut si Pasai pun dilepaskan lalu masuk ke dalam hutan. Kemudian si Pasai bertemu dengan seekor pelanduk yang sedang duduk berehat di atas satu kawasan tanah tinggi tersebut. Si Pasai itu pun menyalak akan pelanduk tersebut dan ingin menangkapnya. Namun sesuatu yang ganjil telah berlaku apabila pelanduk itu membalas salakan si Pasai. Apabila si Pasai mendengar salakan pelanduk itu tadi , maka ia pun kembali kebalakang iaitu tempat asalnya. Setelah di lihat oleh Sultan Malikul Saleh keadaan yang berlaku itu, baginda pun cuba untuk menangkap pelanduk itu tadi. 

Selasa, 26 April 2011

Pepatah Hari Ini.....


Ø  Dimana langit dipijak,
          Disitu langit dijunjung.

Makna disebalik pepatah tersebut adalah sesuatu yang kita lakuakn itu mestilah mengikut adat, cara dan budaya sendiri. Setiap perkara haruslah dilakukan dengan melihat asal dan budaya kita.

Isnin, 25 April 2011

HIKAYAT RAJA_RAJA PASAI


SEJARAH KELAHIRAN
WATAK                     :PUTERI BETUNG
LATAR TEMPAT     :TENGAH HUTAN RIMBA( DALAM REBUNG BETUNG)
           
            Ketika Raja Muhammad dan rakyatnya menebas hutan rimba. Ada serumpun betung uang terlalu amat tebal. Apabila rakyatnya menebas betung itu, bertung tersebut akan tumbuh semula. Apabila Raja Muhammad mengetahui akan perihalan ini maka, baginda sendiri turun ke hutan untuk menebas betung yang di perkatakan oleh hulubalangnya. Dalam usaha Raja Mahammad menebas rebung itu terlihat di suatu sudut, baginda hairan melihat rebung yang amat besar. Rebung itu boleh di ibaratkan sebesar badan manusia. Kemudian Raja Muhammad ingin menebas betung itu, secara tiba-tiba telah muncul seorang kanak-kanak perempuan yang amat cantik dan sempurna sifatnya. Raja Muhammad telah mengambil dan membawa kanak-kanak itu ke istananya. Setibanya di rumah Raja Muhammad menceritakan peristiwa yang dialami kepada isterinya. Selepas itu kedua pasangan suami isteri tersebut pun menamakan kanak-kanak yang keluar dari betung itu sebagai “Puteri Betung”.


Pepatah Hari Ini......


Ø  Baik diambil dengan muafakat,
Buruk dibuang dengan musawarah.
                    
Dalam pepatah ini menyatakan bahawa sesuatu yang baik itu harus dilakukan dengan kerjasama atau bantu-membantu. Namun bagi sesuatu yang buruk itu perlulah dibawa berbincang terlebih dahulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gambar 3D

Jemaah Nazir Blog