BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SELAMAT DATANG

Lokasi Online

what you waiting, just click.....

Isnin, 25 April 2011

HIKAYAT RAJA_RAJA PASAI


SEJARAH KELAHIRAN
WATAK                     :PUTERI BETUNG
LATAR TEMPAT     :TENGAH HUTAN RIMBA( DALAM REBUNG BETUNG)
           
            Ketika Raja Muhammad dan rakyatnya menebas hutan rimba. Ada serumpun betung uang terlalu amat tebal. Apabila rakyatnya menebas betung itu, bertung tersebut akan tumbuh semula. Apabila Raja Muhammad mengetahui akan perihalan ini maka, baginda sendiri turun ke hutan untuk menebas betung yang di perkatakan oleh hulubalangnya. Dalam usaha Raja Mahammad menebas rebung itu terlihat di suatu sudut, baginda hairan melihat rebung yang amat besar. Rebung itu boleh di ibaratkan sebesar badan manusia. Kemudian Raja Muhammad ingin menebas betung itu, secara tiba-tiba telah muncul seorang kanak-kanak perempuan yang amat cantik dan sempurna sifatnya. Raja Muhammad telah mengambil dan membawa kanak-kanak itu ke istananya. Setibanya di rumah Raja Muhammad menceritakan peristiwa yang dialami kepada isterinya. Selepas itu kedua pasangan suami isteri tersebut pun menamakan kanak-kanak yang keluar dari betung itu sebagai “Puteri Betung”.


 
            Dapat kita lihat di sini bahawa sejarah kelahiran Puteri Betung mempunyai unsur-unsur mitos atau fantasi. Di mana kelahiran Puteri Betung bukan dari seorang ibu tetapi dari sebatang betung yang di jumpai di dalam hutan oleh Raja Muhammad.

WATAK         :MERAH GAJAH
TEMPAT        :DI TEPI SUNGAI
Ketika Raja Ahmad pergi berburu di dalam hutan rimba. Baginda telah menemui sebuah surau dan seorang tua yang berada dalam surau tersebut. Raja Ahmad telah menceritakan peristiwa yang telah di lalaui oleh saudaranya iaitu Raja Muhammad. Orang tua uti menyuruh Raja Ahmad agar berehat sebentar. Lalu ketika Raja Ahmad sedan berehat muncul seekor gajah yang terlalu besar. Di atas kepala gajah itu terdapat seeorang kanak-kanak lelaki yang sedang duduk. Lalu dimandikan kanak-kanak oleh gajah tersebut. Selepas selesai memandikan kanak-kanak lelaki itu barulah gajah tersebut memandikan dirinya pula. Selesai mandi gajah tersebut pun membawa kanak-kanak itu masuk kembali ke dalam hutan. Maka orangbtua itu menyarankan kepada Raja Ahmad agar mendapatkan kanak-kanak itu. Pada suatu hari Raja Ahmad dan segala hulubalangnya pergi ke rimba di mana gajah itu memandikan kanak-kanak itu. Tetapi apabila Raja Ahmad ingin bertemu dengan orang tua itu, dilihatnya surau dan orang tua itu telah ghaib begitu sahaja. Pada hari itu juga semua hulubalang Raja Ahmad mengorek tanah. Hal ini bertujuan sebagai tempat bersembunyi, iaitu sebahagian rancangan bagi mendapatkan kanak-kanak itu. Pada hari Jumaat iaitu keesokkan harinya, Raja Ahmad mengambil kanak-kanak itu ketika sang gajah sedan memandikan dirinya di dalam sungai. Apabila gajah menyedari akan perlakuan Raja Ahamd itu, gajah tersebut pun mengekori baginda. Namun gajah itu berpaling juga setelah di halau oleh hulubalang Raja Ahmad. Setibanya di rumah Raja Ahmad dan isteri amat suka kepada kanak-kanak itu lalu menamakannya sebagai Merah Gajah.
Dapat kita lihat di sini  bahawa kelahiran Merah Gajah ini juga mengandungi unsur-unsur mitos atau fantasi. Hal ini dapat di jelaskan melalui kemunculan Merah Gajah, tidak di ketahui siapa ibu bapa kandung Merah Gajah. Kerana dalam Hikayat Raja Pasai ini hanya menerangkan bahawa Merah Gajah di jaga oleh seekor gajah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gambar 3D

Jemaah Nazir Blog