BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SELAMAT DATANG

Lokasi Online

what you waiting, just click.....

Ahad, 24 April 2011

Pengenalan Kepada Hikayat Raja-Raja Pasai


       
Pengkajian sejarah terhadap Hikayat Raja Pasai telah bermula sejak dahulu lagi.Justeru telah ramai pengkaji yang terdiri daripada dalam dan luar negara cuba merungkai kisah yang terdapat dalam hikayat ini.Antara nama-nama yang tidak asing lagi dalam kajian ini ialah Russell Jones,RO Winsteds, A.H Hills,R.Roolvink,P.L Amin Swee Nye,A.Wahab Ali,Ali Haji Ahmad ,A Teeuw,Mazlina Harun dan Nora Taslim.Kajian  terhadap hikayat ini menjadi pilihan para pengkaji adalah disebabkan keunikan yang terdapat pada setiap isi yang disampaikan oleh penulis yang memberi kesan secara langsung kepada para pembaca.Begitu juga dengan plot cerita yang digunakan yang berbeza jika dibandingkan dengan hikayat-hikayat lain.


Sabtu, 23 April 2011

Pepatah Hari Ini......


Carik – carik bulu ayam,
               Lama – lama bercantum juga. 

Dalam pepatah ini menyatakan bahawa setiap usaha yang dilakukan akan berjaya juga akhirnya.Walaupun ada kalanya dugaan dan halangan tersebut menjadi sesuatu yang perit. Namun usaha dan ketekunan akan membawa kejayaan juga akhirnya.

Khamis, 21 April 2011

Pantun Hari Ini

Pantun Nasihat
Alang-alang menjeruk asam,
         Biar lebih kurang jangan,
Alang-alang menyeluk pekasam,
         Biar sampai ke pangkal lengan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gambar 3D

Jemaah Nazir Blog