BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SELAMAT DATANG

Lokasi Online

what you waiting, just click.....

Khamis, 8 Mac 2012

Persoalan & Pemikiran Novel 6:20

Persoalan dan Pemikiran dalam novel 6:20

Dalam novel ini terdapat beberapa persoalan. Antara persoalan yang terdapat dalam novel iaitu kegigihan dan ketekunan seorang remaja dalam mendapatkan sesuatu yang diinginkan. Dalam novel ini pemikiran ini didukung oleh watak utama iaitu Sukma. Hal ini kerana Sukma merupakan seorang pelajar perempuan sebuah pusat pengajian tinggi. Pemikiran ini dapat ditonjolkan oleh watak Sukma kerana dalam novel ini Sukma adalah penggerak utama bagi menumpaskan aktiviti kumpulan ruang sepi. Semua ini bermula apabila sukma mengetahui bahawa rakannya iaitu Jerry terlibat. Kemudian Sukma ingin membantu Jerry supaya keluar daripada kumpulan tersebut. Hal itu lah yang menyebabkan Sukma mencari siapa dalang disebalik aktiviti ruang sepi dalam kelab WX2. Contoh kegigihan dan ketekunan Sukma dalam melakukan penyiasatan dapat dilihat dalam petikan berikut,

“Abang jangan takut. Saya yang tinggal di rumah putih tu. Rumah Haji Syaqir. Abang pernah datang ke rumah saya, menunggu di pintu pagar. Abang ingat tak?. Lelaki itu keliru. Saya pegang lengan bajunya. Saya tidak mau mahu mengalah. Abang datang hari selasa lepas. Jam 6:20 pagi. Ya, memang abanglah orangnya. Abang bersila di sepan pintu pagar. Ingat tak?”.

(Siti Jasmina Ibrahim.2006:80-81)

Petikan di atas membuktikan bahawa Sukma seorang yang berusaha keras. Sehinggakan Sukma berjaya menemui salah seorang tetamu tidak diundang, yang sering sahaja datang di rumah mereka tepat 6:20 pagi.

Ahad, 4 Mac 2012

Pendekatan Biografi

Pendekatan Biografi

     Menurut Talib samat (2008) dalam penyelidikannya yang bertajuk ‘Biografi Lapan Orang Pemegang Gelaran Tengku Menteri (Perak) Daripada Keturunan Tengku Menteri Ngah Ibrahim Sejak Abad Ke:19 Hingga Tahun 2006’ menyatakan pendekatan biografi bermaksud 

‘penulisan biografi atau riwayat hidup seseorang tokoh itu ditulis oleh orang lain mengikut kronologi atau perkembangan riwayat hidupnya dari satu fasa kehidupan ke satu fasa kehidupan yang lain. Penelitian kajian menggunakan pendekatan ini bererti seseorang pengkaji memfokuskan perkembangan hidup seseorang tokoh besar atau kecil berasaskan pelbagai sumber rujukan sama ada sumber pertama seperti mewawancara tokoh itu sendiri atau waris-waris keturunan dan sahabat handainya yang masih hidup. Manakala penggunaan sumber kedua bererti meneliti surat-surat peribadi, koleksi ucapannya mahupun artikel-artikel surat khabar, majalah, buku, mikrofilem dan sebagainya yang boleh memberikan maklumat tentang tokoh tersebut untuk menguatkan lagi pentafsiran dan penulisan biografi tokoh tersebut’.


Jumaat, 24 Februari 2012

Sastera Kanak-Kanak

Fungsi Sastera Kanak-Kanak

Menurut Molina S.Nijhar, dalam buku Hadijah Rahmat kesusasteraan kanak-kanak merangkumi semua jenis penulisan kreatif dan imaginatif yang dikhususkan untuk bacaan, hiburan dan penilaian kanak-kanak. Secara amnya kesusasteraan kanak-kanak ini meliputi keseluruhan buku yang bermutu dan berfaedah yang ditulis untuk bacaan kanak-kanak yang merangkumi bidang fiksyen dan bukan fiksyen. Sastera kanak-kanak juga mempunyai fungsi dan peranan yang tersendiri. Oleh itu ada baiknya kita menelusuri fungsi dan peranan sastera kanak-kanak itu dengan jelas dan teliti.

            Fungsi sastera kanak-kanak yang biasa dan sama fungsinya dengan kebanyakkan genre sastera adalah berfungsi sebagai bahan hiburan. Hal ini kerana bahan yang dibaca oleh seorang kanak-kanak itu mampu menghiburkan hati mereka. Contohnya cerita jenaka. Selepas membaca atau mendengar cerita jenaka seorang kanak-kanak itu akan ketawa dan gembira kerana kelucuan yang wujud dalam cerita jenaka tersebut. Oleh itu fungsi sebagai alat hiburan menjadi fungsi tetap dan ada pada setiap genre sastera tidak terkecuali juga sastera kanak-kanak.

Jumaat, 27 Januari 2012

CeRpEn TiNgKaT 34

KaRyA SiTi JaSmInA IbRaHiM

Sinopsis Cerpen Tingkat 34
Cerpen ini mengisahkan tentang Maria yang hidup dalam penipuan. Maria adalah nama yang telah ditukarkan olehnya. Maria sanggup hilang ahli keluarga demi kepentingan diri sendiri. Namun masalah bermula apabila Sam melamar Maria. Maria tidak pernah menceritakan tentang keadaan dirinya yang sebenar. Kemudian Maria menceritakan kepada rakan baiknya iaitu Sofia. Sofia juga melakukan perkara saya sama seperti Maria Cuma Sofia lebih jujur dan sangat mementingkan kejujuran dalam dirinya. Dia sangat benci dan hina melihat pembohongan yang berlaku. Ketika memberitahu masalah itu kepada Sofia, dia bertanya kepada Maria kenapa Maria tidak pernah berterus terang kepada Sam tentang keadaan dirinya yang tidaklah sebenar yang digambarkan diluarannya. Kemudian pertengkaran berlau di antara Maria dan Sofia. Maria meninggikan suara, manakala Sofia sangat marah dan membenci pembohongan yang telah dilakukan oleh Maria. Disebabkan hal itu mereka tidak bersahabat lagi.

Rabu, 25 Januari 2012

CeRpEn KhaBaR DaRi JeNdeLa OmaK

KaRyA SiTi JaSmInA IbRaHiM

Sinopsis Cerpen Khabar Dari Jendela Omak
Cerpen ini mengisahkan tentang seorang ibu yang menanti kepulangan dua orang anak lelakinya. Cerpen ini berlatar belakangkan masyarakat negeri sembilan yang masih mengamalkan adat perpatih. Cerita bermula apabila kedua anak lelakinya iaitu Ashraf dan Haziq mula mempersoalkan tentang pemilikan harta dalam adat pepatih. Ashraf dan Haziq menginginkan harta keluarga mereka dibahagikan sama rata kepada mereka semua. Namun ibunya tidak membenarkan keadaan itu berlaku. Ibunya sangat berpegang pada adat perpatih yang lebih mengutamakan kepada anak perempuan. Walaupun dengan nasihat daripada ibu, mereka tetap tidak mengendahkannya. Kemudian mereka berdua telah keluar daripada rumah dan berhijrah ke luar kampung.

Sabtu, 21 Januari 2012

NoVeL TriLoGi CiNtA.....

KaRyA SiTi JaSmInA IbRaHiM

5.1.1.      Sinopsis Trilogi Cinta

Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis muda yang bernama Umi Citra Cempaka atau lebih dikenali sebagai Cempaka. Cempaka merupakan seorang penuntut di sebuah kolej Seni di ibu kota. Cempaka merupakan seorang wanita yang serius dan seorang yang lebih suka menyendiri. Cempaka pada awalnya memiliki seorang rakan karib iaitu Hana. Hana seorang pelajar yang berasal daripada Indonesia dan baru sahaja enam bulan menetap dan belajar di Kolej Seni. Walaupun mereka berdua akrab namun Hana masih tidak mengetahui tentang diri Cempaka. Namun Hana membiarkan sahaja kerana dia merasakan itua adalah hak peribadi Cempaka. Alfin Ong sangat tertarik dengan Cempaka. Dia merasakan bahawa terdapat keistimewaan yang wujud dalam diri Cempaka. Namun agak sukar dia untuk berbicara. Hal ini kerana apabila bersua mereka sering sahaja bermasam muka terutama Cempaka. Alfin juga memiliki seorang teman rapat iaitu Ezam. Alfin adalah seorang jejaka kacukan cina dan india. Cempaka juga sering dicemburui oleh seorang pelajar senior iaitu Munirah.

Khamis, 19 Januari 2012

NoVeL 6:20 (Versi Asal)

Karya Siti Jasmina Ibrahim

5.1.1.    Sinopsis novel 6:20
Novel ini menceritakan tentang Sukma iaitu seorang remaja perempuan yang hidup dalam kemewahan dan sedang menuntut di sebuah universiti awam tempatan. ayah Sukma merupakan seorang YB di kawasan tersebut. keganjilan muncul apabila Sukma sering melihat tetamu di hadapan rumah mereka. tetamu-tetamu yang tidak diundang itu muncul tepat pada pukul 6.20 pagi. Antara tetamu yang sering dilihat oleh Sukma adalah seorang kanak-kanak lelaki, seorang nenek tua dan juga seorang lelaki. Sukma akhirnya dapat bercakap dengan tetamu-tematu itu, namun apabila ibu sukma melihat, ibunya akan  marah dan secara tiba-tiba tetamu-tetamu itu akan hilang dengan sekelip mata. Sukma juga mempunyai beberapa orang rakan karib antaranya Rafiq, Tija, Jerry dan Reny, serta seorang lelaki yang sering bertengkar dengannya iaitu Iskandar. mereka semua adalah rakan sekampus dan sekuliah. sukma mula menyiasat akan kehadiran tetamu-tetamu yang tidak diundang itu. nenek tua itu pernah memberitahu kepada sukma, bahawa rumah mereka panas dan hanya sukma yang boleh menyejukkannya. kemudian mengetahui bahawa rakan karibnya Jerry terlibat dengan aktiviti ruang sepi di dalam kelab WX2. Bukan setakat Jerry malah musuhnya iaitu Iskandar juga terlibat sama.

Jumaat, 21 Oktober 2011


BUKU INI DALAM PROSES PERCETAKKAN, SESIAPA YANG INGIN MEMBELINYA TERUS MEMBERITAU SAYA KUANTITINYA DISINI..DAN UNTUK MAKLUMAN, BERKEMUNGKINAN BESAR KULIT BUKU INI AKAN DIUBAH OLEH PENERBIT

Khamis, 14 Julai 2011

Pepatah hari ini......


Ø  Kalau besar jangan melanda,
Kalau cerdik jangan menipu.

Dalam pepatah tersebut mementingkan sikap seseorang itu. Sekiranya seseorang itu mempunyai kelebihan janganlah menindas orang lain. Begitu juga dengan seseorang yang cerdik, gunakan kepintaran dengan betul dan jangan sesekali menggunakannya sebagai cara untuk melakukan penipuan.

Jumaat, 24 Jun 2011

Pepatah hari ini......

Ø  Kalau kail panjang sejengkal,
Lautan dalam jangan di duga.

Pepatah ini menyatakan bahawa jika kita ingin melakukan sesuatu haruslah melihat kemampuan diri sendiri. Jangan melakukan sesuatu yang berada di luar kawalan atau tahap kemampuan diri kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gambar 3D

Jemaah Nazir Blog